Sharifah Sakinah Elak Kemurungan & Stress Dengan Amalkan Kunyah Petai

Share

Selebriti terkenal iaitu Sharifah Sakinah,31, memang diketahui umum sebagai seorang yang sukakan dengan aktiviti yang melibatkan fitness bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan.

Terbaru melalui laman instagramnya, pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka ini telah mencadangkan pengambilan ulaman seperti petai yang dipercayai mampu mengelakkan masalah kemurungan dan juga stress.

Content makanan kedua : petai

“Keputusan kaji selidik di kalangan orang yang mengalami kemurungan, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan petai.

“Ini kerana petai mengandungi tryptophan, sejenis protein yang badan bertukar kepada serotonin, yang yang dapat menjadikan orang lebih relaks, gembira dan menjadi emosi lebih stabil. (Sumber gugel),” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Menerusi informasi dari Penolong Pegawai Pertanian Kanan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), En. Tajuddin Abd. Manap, kandungan klorofil dalam biji-biji petai berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit, memastikan kesegaran tubuh, dan memperbaiki sistem penghadaman pengamal (makanan berasaskan petai).

Menariklah info yang diberi. Baru sis tahu rupanya banyak khasiat petai ni. Jadi lepas ni kalau stress je cuba-cubalah kunyah petai tu. Cicah dengan sambal tempoyak lagi sedap!

IKLAN