Setelah 3 Hari Menghadap Ilahi, Surat Cinta Buat Chef Adamdidam Dari The Family UK Ini Buat Netizen Sebak

Share

Ramai yang masih terkejut dan dengan kehilangan chef selebriti, Chef Adamdidam yang meninggal dunia Ahad lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Dan paling terkesan pastilah anggota keluarganya. Apatah lagi umum mengetahui Chef Adam juga dikatakan sangat rapat dengan anak-anak buahnya, trio The Family UK iaitu Umar Mokhtar, Fatimah, dan Ali.

Ramai beranggapan Fatimah dan adik beradiknya pastinya sukar untuk menerima kehilangan bapa saudara yang mereka panggil Mamajee ini.

Apatah lagi hubungan mereka yang sangat rapat, terutamanya Fatimah. Memang benar itu yang dirasi oleh keluarga ini atas kehilangan bapa saudara yang mereka kasihi.

Dalam posting terbarunya, The Family  UK  telah muat turut memberitahu betapa mereka amat menyayangi insan yang cukup istimewa ini, Muhammad Adam bin Mahamed Ismail, 29 tahun.

Menyuarakan rasa terima kasih pada Allah atas pinjaman yang terlalu istimewa ini. Keluarga ini akui mereka tidak kuat dan terlalu rindu Adam, tetapi mereka reda mengembalikan Adam pada pencipta-Nya kerana tahu Allah lebih menyayangi insan istimewa ini.

Pun menitipkan ucapan berterima kasih kepada-Nya kerana menjemput Adam pulang di bulan penuh mulia dan barakoh ini. Hari yang cukup istimewa buat Adam- Ahad yang terakhir.

Kebetulan hari Ahad sememangnya hari penuh bermakna buat Chef Adam. Ini kerana sejak awal pengenalan Adam dalam dunia masakan, beliau sering menggunakan tanda pagar #SundayWithAdam untuk berkongsi resipi kepada pengikutnya.

Keluarga yang tinggal di UK ini juga turut berterima kasih kepada semua yang menghadiahkan Al-Fatihah dan mendoakan Adam. Moga segala doa yang diberikan akan diberi ganjaran pahala dan kebaikan lebih besar dan hebat.

Kesayangan kami…Muhammad Adam bin Mahamed Ismail. Terima kasih Allah atas pinjaman-Mu yang terlalu istimewa buat kami. Sesungguhnya kami tidak kuat. Kami teramat rindu pada Adam. Tetapi kami redha kembalikan Adam pada-Mu kerana kami tahu Kau lebih menyayangi Adam lebih dari kami menyayanginya. Terima kasih Allah kerana menjemput Adam untuk pulang pada-Mu di bulan yang mulia penuh barokah. Di hari yang paling istimewa buat Adam – Ahad yang terakhir…


#SundayWithAdam @adamdidam
14 Ramadhan 1440

p/s: Terima kasih pada semua yang menghadiahkan Al-Fatihah & mendoakan Adam. Moga setiap doa anda semua Allah ganjarkan dengan pahala & kebaikan yang lebih besar & hebat…

Surat cinta dari keluarga The Family UK ini ternyata begitu menyentuh hati. Biarpun ringkas, tetapi punya makna cukup mendalam. Ternyata kasih sayang pada insan istimewa ini tidak berbelah bagi.

Malah netizen juga seperti masih tidak dapat menerima berita kehilangan chef selebriti kesayangan ramai ini. Turut meluahkan kesedihan dan rasa simpati mereka dalam ruangan komen.

tabrizihussin Honestly, I’m still trying to process the news, even till now… The friendship & kindness that he showed me all the way back when Instagram only allow 15 seconds video will be remembered for a long long time… His humbleness & kindness knows no boundary… He will be sorely missed…

mdmwan7147 I waiting for your post…nway…sy pun terkejut..walaupun kita tidak pernah bersua,oleh krn selalu mengikuti perkembangan kamu sekeluarga membuatkn seolah2 kita berkeluarga…pemergiaan arwah turut membuat sy sedih…seolah2 arwah juga keluarga saya…semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yg Allah kasihi…selamat sda dia di sana…semoga kita juga dapat dimatikan dlm husnul khotimah…sungguh sedikit mencemburui arwah…krn meninggalnya dlm bln baik dan bgitu ramai yg menyayanginya…smoga kematian saya juga begitu…

ilisulaiman Innalillahiwainnailaihirojiun. I am so blessed to have worked with Adam and got to know him and all of you through his stories. My prayers and thoughts are with you and your family during this difficult time. 

zaleha.olpin Salam takziah buat sekeluarga!! Tiada kata yang dapat menyembuhkan kesedihan kalian, cuma titipan Al Fatihah buat arwah. Semoga, Adam damai disana. Al Fatihah dari kami sekeluarga di Bristol

azizi.ab_aziz we miss him too. be strong there.. hugs to fatimah n ali. Tell them, ,they have many unknown uncles who are praying with them, for their Mamajie

Hijabista ucapkan takziah atas kehilangan yang cukup istimewa ini pada seluruh ahli keluarga dan semoga arwah di tempatkan dalam kalangan orang beriman.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM THE FAMILY UK

IKLAN