Setelah 20 Tahun Kenal Imamnya, Azrinaz Mazhar Hakim Selamat Bernikah & Pilih Persalinan Rona Putih Di Hari Bahagia

Share

Alhamdulillah personaliti popular, Azrinaz Mazhar Hakim telah selamat melangsungkan pernikahannya dengan Imamnya, Fairos Khan Abdul Hamid yang dikenali sejak 20 tahun lalu. Pasangan ini selamat diijabkabulkan di kediaman Azrinaz sendiri berwaikan bapanya. Dalam majlis penuh sederhana itu, Azrinaz dan pasangannya memilih persalinan serba putih di hari bahagia mereka. Keduanya-duanya kelihatan berseri-seri dengan persalinan kurung moden dan baju Melayu Teluk Belanga.

Persalinan yang cukup simple tetapi kelihatan mewah berwarna putih melambangkan ikatan suci dua jiwa dalam melayari kehidupan berumah tangga. Busana ini adalah dari rekaan pereka tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim.

Dalam statusnya di laman instagram, Azrinaz mengumumkan pernikahan mereka ini berlangsung pada 1 Mei lalu bersamaan 15 Syaaban 1439H yang jatuh pada hari Nifsu Syaaban.

Beliau menjelaskan juga perkahwinan kali ini bukanlah material yang dicari tetapi padanya cukup sekadar seorang insan yang dapat membimbing, menemani, menyayangi, menghargai, menghormati dan menyanjungi dirinya kala susah dan senang. Malah sewaktu dirinya cerdas, sakit dan sewaktu kepala masih diliputi rambut mahupun sehelai dua.

Seterusnya Azrinaz turut mengucap syukur ke hadrat Illahi kerana segala urusanya dipermudahkan kerana segala perancangan hanya memakan masa 2 bulan.

Walaupun telah mengenali suaminya 20 tahun lalu tetapi hubungan mereka rapat kembali setahun yang lalu. Azrinaz juga akur dengan jodoh yang tela ditentukan Tuhan kerana Dia lebih mengetahui.

Sebaik status dimuat turun, follower beliau turut mengucapkan tahniah dan mendoakan pasangan ini kekal hingga ke syurga.

zackyht4274 Tahniah..smoga bahagia till jannah…

kellyaqeenazman Tahniah..tahniah@azrinazmazharhakimsemoga berkekalan hingga ke jannah..slm dr org melaka..

sudarnee Tahniah semoga berbahagia dan kekal hingga ke jannah… Happy for you…

norlehaislam Alhamdulillah. Tahniah. Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahnat Allah. Kekal bahagia hinggga ke jannah…

saridahredjuan You look so amazing n beautiful.. Congrats sis.. May GOD bless you n your husband always..

Hijabista ucapkan tahniah kepada kedua mempelai dan semoga hubungan yang baru dibina berkekalan ke akhirnya.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM RIZALMANAZRINAZ MAZHAR HAKIM

 

IKLAN