Jus buah-buahan yang segar memang enak jika diminum beramai-ramai apatah lagi jika ia dibuat sendiri di rumah. Siap boleh tambah apa sahaja bahan yang anda mahukan seperti coklat, madu atau sebagainya.
Paling penting, anda dapat berjimat kerana kosnya lebih murah berbanding jika anda minum di kedai. Seronoknya jika dapat dinikmati bersama keluarga, lagi-lagi pada waktu panas dan diminum sejuk-sejuk. Fuh, memang nikmat!
Wanita bernama Lin Chalo ini telah berkongsi resepi jus avokado super creamy yang memang ‘yummy’. Tengok gambar pun dah tahu memang sedap. Jom kita lihat kebaikan jus ini serta cara-cara membuatnya. Esok pun cuti kan, boleh la buat di rumah!
Jus alpukat yang digilai satu keluarga.
Ads
Beli buah avocado pastu buat sendiri.
Cara-cara:
Blend isi alpukat bersama susu segar. Lebih afdal susu segar tajuk Farmfresh. Nanti rasa creamy. Tajuk lain nanti tak jadi. Gurau. Lol.
Letak madu/organik sugar kalau nak manis sikit.
Tambah sikit air sejuk. Lepas tu blend la sambil selawat kepada Rasul. MasyaAllah.
Minum dengan hepi!
Step 1Step 2Step 3Yeay dah siap!
Anggaran untuk 6 orang.
Ads
Bahan-bahan:
3 biji avocado.
500ml susu segar.
500ml air sejuk.
Madu/organic sugar.
InsyaAllah akan dapat jus alpukat yang creamy dan sedap. Jangan la kata mahal. Kalau beli kat Wong Solo 1 gelas tu dah hampir RM10 kannnn. Pastu dah kurang fresh sebab dorang dah buat siap-siap.
Ads
Kebaikan Avokado
Avocado ni adalah salah satu buah yang sangat kaya dengan mineral dan vitamin. Antaranya ada magnesium, omega 3, leutin, vitamin C, K. Ada folate sangat bagus untuk mommy & baby.
Seperti yang diketahui ramai, Asyalliee yang satu ketika dahulu dikenali sebagai ‘Syasya Solero’ telah pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 2 Januari yang lalu. Asyalliee telah melahirkan bayinya secara normal dengan bantuan induce.
Setelah hampir seminggu para pengikut Instagram (IG) Asyalliee berteka-teki dengan nama serta wajah anaknya, akhirnya Asyallie telah memaparkan wajah serta menukar nama anaknya di IG. Mengikut perkongsian di IG milik anaknya itu, nama yang telah diberikan ialah Haider Mikhael. Alahai, sedapnya nama! Haider merupakan nama kepada sahabat Nabi Musa as.
Dalam IG milik Haider Mikhael, Asyalliee turut berkongsi beberapa keping gambar serta video yang memaparkan separuh wajah anaknya. Memang comel!
Seperti yang kita semua tahu, Asyalliee telah pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 2 Januari yang lalu. Sekitar seminggu yang lalu, Asyalliee telah pun berkongsi wajah anaknya kepada umum. Bayi lelaki yang diberi nama Haider Mikael ini memang comel sungguh!
Memasuki minggu ketiga bergelar ibu, Asyalliee telah berkongsi pengalamannya melahirkan Haider Mikael kepada para followers di IG. Memang besar pengorbanan seorang ibu yang menahan kesakitan demi melahirkan zuriat yang ditunggu-tunggu.
Lebih mengharukan apabila Asyalliee turut mendoakan para followers yang masih menanti zuriat dapat merasai pengalaman yang dirasai itu. Yang penting, berusaha dan percaya dengan rezeki Allah.
Rindu masa ni. Ramai minta Asya ceritakan pengalaman Asya bersalin kan, nahh bacalah kalau sudi.
Last check up untuk kandungan, Doktor check air ketuban dah kurang dari yang sepatutnya, jadi doktor cakap baby mungkin keluar awal dari due date. Lepas tu check nadi baby and contraction, masa tu jantung baby okay cuma contraction tu dah ada cuma saya yang tak rasa lagi, cuma rasa keras perut macam tu ja.
Saya fikir baby gerak tu yang jadi keras taktau rupanya contraction dan doktor check bukaan rahim sudah 1cm. So we decide datang balik 31 Dec untuk induce. Doktor suruh balik dulu. Balik tu berjalan sana sini lagi saya. Kaki ni tak kenal erti penat betul. Bedal jugak segala makanan yang mengidam.
Pukul 11 pagi saya dan husband terus pergi ke Hospital Andorra and terus masuk labour room untuk check. Nadi baby masih okay tapi contraction pula jadi 2 kali dalam masa 10 minit tapi saya masih tak rasa sakit apa apa pun.
Then doktor check bukaan rahim baru 2cm, mashaAllah nak check bukaan rahim pun rasa macam kena seksa tau sakitnya tapi doktor cakap kawal cara penafasan tu baru tak rasa sakit sangat. Doktor cakap tak payah induce la, doktor kasi chance untuk normal sebab bukaan sudah 2cm dan contraction dah mula.
So doktor minta nurse hantar ke wad. Wad yang kami minta ada patient pula, so sementara tunggu patient tu discharge petang nanti kami masuk dulu wad yang lain. Nasib la dalam wad ada TV siap ada YouTube and Neflix lagi tau. So boleh layan layan dulu then makan apa yang patut sebelum tak boleh makan dah.
Dan nasib la ada kawan kawan yang meneman dikala kami laki bini tak tahu nak buat apa dalam wad tu. Lepastu dalam pukul 3 macam tu baru kami dapat masuk wad yang kami nak. Wad yang kami nak ni besar sikit sebab saya dan husband kami adik beradik ramai so bermalam la satu malam kami kat situ dengan harapan esok baby dah boleh keluar. Dan saya laki bini new year dalam wad je malam tu.
Pukul 10 pagi doktor masuk bilik then check bukaan rahim still 2cm tapi contraction ada. Jadi kami pun decide untuk induce juga akhirnya. Pukul 10 tu doktor masukkan ubat. Lepastu saya cuba berjalan keliling hospital tingkap 3 tu sambil sambil tengok baby baby yang baru lahir.
Then saya buat senaman untuk senang bersalin semua. Pukul 4:30 petang tu doktor datang balik untuk check tapi bukaan rahim baru 3cm then doktor masukkan ubat yang kedua. Lepastu nasib dalam bilik ada TV youtube, saya buka zumba dan berzumba la saya dalam bilik wad tu, buat senaman dan buat jalan itik.
Lepastu rehat dan buka surah Maryam dan berzikir zikir nabi Yunus. Pukul 8 malam doktor check pula dan bukaan dah 4cm terus doktor suruh masuk labour room. Dah masuk labour room, doktor pecahkan dulu air ketuban.
Then baru la start rasa contraction tu, makin lama makin sakit. Tapi nasib la pergi antenatal class yang Andorra buat tu, belajar cara kawal penafasan masa contraction. Sakit contraction tu memang menyeksakan, nasib boleh lagi zikir nabi Yunus , midwife pun turut berzikir sambil usap usap perut saya, husband pula tempat saya patahkan tangan dia, bertabahnya dia.
Setiap kali contraction tu datang husband mesti ingatkan saya suruh kawal penafasan tapi kena marah balik dengan saya sebab saya kata serabut. Jahatnya saya. Pukul 9 malam bukaan sudah 7cm wauu! Patutlah sakitnya kuat.
Lepastu bertahan la saya menahan sakit contraction tu. Pukul 10 tu rasa makin terlampau sakit sangat sangat tapi doktor check baru 8cm dan menahan saya lagi. Makin lama contraction kuat sangat sangat sampai rasa nak lompat lompat saya. Saya cakap kenapa lambat sangat ni kan dah buka 8cm.
Punya la tak tahan sakit tu saya merayu rayu dekat suami saya , saya nak ceaser jer, suami saya dah pusing, pujuk saya cakap jangan nanti lagi sakit ceaser tu. Then midwife pun datang cakap jangan juga, pujuk pujuk saya usap usap sambil berzikir. Tapi masa tu saya dah tak boleh nak berzikir sebab terlampau sakit, bila contraction tu hilang saya hanya tidur rehatkan diri. Punya sakit contraction tu berpusing pusing badan saya atas katil tu.
Suami cakap saya siap isap jari saya lagi tapi saya tak perasan bila saya isap. Lepastu suami bagi saya minum satu sudu minyak selusuh. Then pukul 11:30 tu saya rasa macam nak terberak.
Pukul 11:58 malam doktor sudah nampak kepala baby then terus kecoh labour room tu sekali suami saya. Nasib saya masih ingat cara nak meneran yang diajar masa antenatal class ritu, so saya teran selama 10 minit.
Pada pukul 12:08 pagi sudah keluar anakku yang bernama Haider Mikhael dengan beratnya 3.14kg. Lega rasanya masa dia dah keluar. Suami pula menangis sambil cium cium di pipi dan dahi saya.
Lepas 10 minit menjahit saya toleh ke arah anak saya dan saya rasa macam tidak percaya yang saya sudah mempunyai anak. Rasanya saya baru habis sekolah, huhu. Biasalah umur baru 20 tahun. Rasa sakit itu hilang serta merta bila lihat anak sendiri.
Selepas satu jam dalam labour room after bersalin terus saya masuk wad balik dan berehat. Pagi tu nurse mandikan saya. Doktor yang sambut anak saya namanya Dr.Lily, doktor datang tengok saya dan bagi saya bunga ros.
Tanya keadaan saya macam mana, apa perasaan lepas bersalin dan bagi contoh cara cara nak jaga jahitan semua. Petang tu saya dah discharge, nurse nurse dekat situ semua escort saya dan baby sampai la ke kereta.
Alhamdullilah permulaan 2018 yang baik . Terima kasih Dr.Lily and nurse nurse dekat Andorra hospital, saya sangat sangat suka betul! Ibarat hotel tau hospital ni dan layanan yang sangat bagus sampai la ke pakcik guard dia tau!
Dan terima kasih juga kepada kawan-kawan dan family yang datang bagi semangat dan yang paling penting terima kasih juga kepada suami saya @eboyarbaainyang sentiasa berada di samping saya dari sebelum bersalin sampai la anak ada depan mata.
Memang satu anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Okay sampai disini saja cerita pengalaman saya bersalinkan @haidermikhael.
Ibu mana yang tidak terkejut apabila gambar anak perempuannya dirakam secara senyap oleh lelaki berbangsa asing. Malah, yang membuatkan ibu tersebut menjadi marah apabila mereka berani merakam gambar di tempat terbuka iaitu di sebuah pasar raya yang terletak di Kulim, Kedah.
Dek kerana sifat keibuan yang tidak mahu anaknya menjadi mangsa pedofilia, wanita tersebut nekad untuk bertanya dan meminta lelaki yang datang bersama beberapa orang rakannya itu untuk membuka galeri gambar di dalam telefon bimbitnya.
Ternyata telahannya tepat. Memang ada gambar anaknya telah dirakam oleh lelaki tersebut dan dengan perasaan amarah dia meminta lelaki tersebut membuang gambar-gambar anaknya. Dalam masa yang sama, wanita ini juga perasan terdapat beberapa gambar kanak-kanak lain yang turut dirakam oleh lelaki tersebut.
Jom ikuti perkongsian wanita bernama Siti Umairah yang memberi seribu satu manfaat buat kita semua. Semoga anda di luar sana sentiasa berhati-hati dan menjadikan cerita ini sebagai iktibar.
Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha mengasihani. Post kali ni mungkin panjang sikit tapi inilah yang berlaku kepada saya ketika membeli–belah di Tesco Kulim, Kedah. Tarikh kejadian 15.01.18, jam lebih kurang jam 9.00 malam. Saya tidak sesekali menyalahkan pihak Tesco dalam post ini. Harap anda semua baca sampai habis, baru komen. Dilarang maki hamun. Sila share post ini jika rasa berguna.
Saya dan Layla Salikin, kakak iparZadariah Zakariaberserta anak 3 org, mak ke Tesco Kulim nak beli diapers yang sedang offer. Sampai tesco, saya terlintas di kawasan baju kanak-kanak yang sedang offer jugak. Mak dah ke bahagian ikan ayam dll. Tinggal saya, Layla dan anak sedara, Zahra.
Tengah syok-syok saya pilih seluar dan acukan ke kaki Layla, mata saya terpana. 5 hingga 6 org bangla, salah seorangnya sibuk snap gambar Layla(saya agak je masa ni sebab kamera HP beliau menghala ke arah Layla). Bergetar badan ni haa. Depa ramai. Saya seorang diri.
Saya gagahkan diri, bertanya dalam nada marah “buat apa?” Depa mula menjauhkan diri.Saya tolak troli dan ikut. Sambil jari menuding dan beri isyarat (mai sini) mulut saya lantang berkata “open camera gallery. Delete. I call police”. Dan makhluk bangla yang pegang HP td patah balik dan mai depan saya. Yang lain dah x senang duduk dan ushar panas. Makhluk tu open gallery HP. Ada gambar Layla Salikin!!!!!!Dan saya perasan banyak lagi gambar, sepertinya gambar budak2!!!! Makhluk bangla delete gambar Layla. Mulut x berhenti cakap “Ok. Delete. Delete. Sorry. Sorry. I don’t know. Sorry. No police”
Allah. Gais. Ampa rasa???? Saya ketaq segala-galanya. Saya p cari mak dan kakak ipar. Saya cerita. Dan saya bertekad nak inform pihak tesco. Saya nampak 2 orang staff kat bahagian keju. Sayaberitahu. Depa x layan!!!! Depa suruh p customer services sebab manager ada sana. Seriuslah bhai???? Saya call suami beritahu semua yang berlaku tadi. Saya teruskan ambil apa yang saya mau, masih nampak segerombolan makhluk bangla tu masih berlegar-legar dengan tangan seorang tu masih pegang HP. Saya bayar, p kaunter customer service n cerita. Staff tu cakap, “ok. Kami akan berhati-hati.” What? Tu ja? Xmau tanya aku ka makhluk tu yang mana?(makhluk gerombolan tu sedang menuju keluar tanpa membeli apa-apa barang)
Demmit. celaru. Ikut mak n kakak ipar yang tunggu kat food court. Segerombolan tu lalu dan benti kat kedai cermin mata sambil menerai. Saya snap gambar depa. Depa perasan n bercakap-cakap. Saya buat-buat cakap kat HP. Lama depa tunggu situ. Saya tunggu abangkat food court tu. Abang saya mai, bagi anak-anak main dulu, baru turun ke parking.
Turun parking, abam polis tunggu kat kereta dah. Nak ambil keterangan. Saya tunjuk gambar yang daku sempat snap tadi. Tapi bak kata abam polis, x boleh buat apa-apa sebab segerombolan makhluk bangla tu dah balik. Allah.
Gais out there. Parents out there. Maaf. Ntah kenapa saya x suruh ja makhluk tu delete semua gambar anak-anak. Maaf. Saya sangat blur. Ntah dari mana daku dapat kekuatan p ikut depa, saya pun x tahu. Please. Sambil kita cuci mata, rupanya ada yang “curi” (cahaya) mata kita. Dalam kes ni, alhamdulillah, saya terrr berani. N alhamdulillah segerombolan makhluk bangla tu x mengganas. Ni ja yg saya nak bgtau. Abam polis cakap “kita takut kes penderaan seksual kanak-kanak ataupun kes culik”. Abam polis sangat frust sebab segerombolan tu dah blah. Nothing to do.
Terima kasih pihak Tesco sebab tolong call abam polis. Tapi staff anda kurang membantu. Terima kasih suami tercinta sebab call polis jugak. Sayang, lain kali jangan kalut sangat. Huhuhu. Takut anak kita abam polis dok tunggu kat kereta. Ramai plak tu. Yang mata-mata, yang berseragam, yang bermotor besaq.
Masa saya taip ni, saya masih ketaq. Layla Salikin dah tido. Kalau rasa penting, sila share. Tolong lah semua. Beringat. Beringat. Beringat.
Alhamdulillah, mata saya dapat tangkap kegiatan depa. Alhamdulillah, syukur Ya Allah.
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!