Siapa yang tidak kenal dengan Cut Syifa, pelakon berbakat besar berusia 27 tahun ini yang sering menarik perhatian ramai menerusi lakonannya dalam pelbagai sinetron.
Cut Syifa dikenali ramai sebagai Maesaroh dalam siri Tukang Bubur Naik Haji The Series, di mana Cut Syifa mula menunjukkan kebolehannya sejak berusia tujuh tahun.
Dengan wajah menawan dan kemahiran lakonan yang luar biasa, dia kini menjadi bintang yang hangat diperkatakan terutama selepas melakonkan watak Rindu dalam sinetron Cinta di Ujung Sajadah.
Hijabista kongsikan 5 foto terkini Cut Syifa dengan penampilannya yang sentiasa kelihatan menawan.
Anggun Dengan Gaun Bercorak Bunga
Cut Syifa kelihatan sangat menawan apabila mengenakan gaun labuh berwarna krim yang dihiasi dengan motif bunga. Penampilannya memberikan cita rasa feminin dan berkelas, yang menguatkan lagi kesan elegan.
Busana yang dipakainya bukan sekadar pakaian, malah mencerminkan perwatakannya yang ceria.
Ads
Pesona Kebaya Moden
Cut Syifa tampil menawan dengan kebaya satin hijau pastel yang dilengkapkan dengan skirt merah jambu bercorak.
Penampilannya yang anggun mencerminkan kecintaannya terhadap budaya Indonesia, dan pada masa sama masih boleh tampil bergaya.
Ads
Keindahan Malam Di Kota
Senyuman ceria Cut Syifa semakin memukau apabila dikelilingi cahaya lampu kota.
Aura gembira dan ceria yang terpancar dari dirinya seolah-olah menggambarkan semangat juang seorang anak muda yang kaya dengan harapan dan impian.
Suka Menunggang Kuda
Cut Syifa kelihatan sangat gembira ketika bergambar dengan kuda kesayangannya.
Ads
Penampilan Cut Syifa yang sporty dan anggun menggambarkan kecintaannya terhadap ekuestrianisme yang bukan sahaja menunjukkan kecantikannya, malah memiliki hobi yang mencabar.
Tudung Biru Serlah Kecantikan Semula Jadi
Tudung biru dan solekan natural menyerlahkan lagi pesona kecantikan semula jadi Cut Syifa.
Penampilan ringkas tetapi tetap anggun membuktikan kecantikan sebenar tidak memerlukan banyak perhiasan.
Menjadi seorang usahawan bukanlah satu benda yang mudah, ianya sukar dari apa yang kita bayangkan. Masyarakat juga punyai tanggapan mereka yang boleh mematahkan semangat seseorang, tetapi tidak buat seorang graduan yang kni berniaga takoyaki meski pun di cemuh oleh pelanggannya sendiri.
Perkongsian kisah ini oleh graduan yang bernama Nazirah, 24, tular di laman sosialnya apabila dia di persoalkan oleh seorang ‘pak cik’ mengenai masa depannya. Ramai yang turut memberikan kata-kata semangat untuk dia kekal kuat menghadapi dugaan.
Melalui perkongsian Nazirah, kejadian itu telah terjadi pada 5 Ogos lalu, namun, ia tetap segar di ingatannya apabila kata-kata yang di keluarkan oleh ‘pak cik’ tersebut. Nazirah yang baru sahaja menamatkan sesi latihan industri sudah mula bergiat meniaga Takoyaki sepenuh masa.
Melalui temubual Nazirah bersama mStar, dia di datangi oleh seorang pak cik untuk membeli makanan yang di buatnya. Dalam pada masa yang sama, pak cik itu mula untuk bersembang dengan dia seperti pelanggan yang lain, tetapi perbualan mereka membuatkan Nazirah rasa tidak selesa.
“Ada seorang pak cik ini datang untuk beli takoyaki yang saya jual. Pada awalnya, kami borak topik biasa sahaja,
“Selepas itu, dia mula tanya hasil jualan harian saya, ada tak dapat dalam anggaran RM100 mahupun sehingga RM200?
“Saya teragak-agak nak jawab sebab tak selesa bila orang luar tanya jualan. Saya cuma mengiyakan sahaja dengan cakap Alhamdulillah boleh dapat,” katanya lagi.
Pak cik itu mula membawa perbualan mereka kepada arah pendapatan dan hasil jualan perniagaan Nazirah yang sudah semestinya menjadi satu maklumat sulit buat setiap peniaga. Walaupun begitu, Nazirah tetap cekalkan hatinya untuk teruskan perbualan tersebut sebagai cabaran dalam kehidupannya.
Perbualan mereka bukan sahaja mengenai perniagaan dia, malah pak cik itu mula bertanyakan tentang status pendidikannya. Nazirah yang sudah mula berniaga Takoyaki sejak Mac 2021 itu telah membuatkan pak cik tersebut terkejut selepas dengarinya.
“Pak cik itu ada tanya saya sekolah sampai tahap mana? Saya cakap yang saya pelajar ijazah. Dia macam terkejut juga dengan apa saya beritahu,
“Kemudian dia mula tanya lepas ini saya nak buat apa dengan ijazah itu? Tak kerja ke atau buat apa-apa yang menggunakan kelulusan saya. Saya pun beritahu yang ketika itu saya baru sahaja habis praktikal. Konvo pun belum lagi,
Nazirah yang juga di kenali sebagai Ira turut menjelaskan bahawa dia sudah faham perbualan pak cik itu sebenarnya ingin tahu kenapa dia berniaga pada seawal umur yang muda. Dia juga menyatakan tidak menjadi masalah kerana dia merupakan graduan bidang Sarjana Muda Keusahawanan dengan Kepujian, Universiti Utara Malaysia (UUM), di Sintok, Kedah.
“Sebenarnya saya dah faham maksud pertanyaan dia. Tapi saya malas nak cakap lebih jadi saya ‘tamatkan’ perbualan itu dengan beritahu saya bakal mencari kerja selepas ini. Tak jadi masalah pun,
“Bukan apa, saya terkesan dengan soalan pak cik itu sebab sebelum ini dah beberapa orang yang tanya soalan yang sama seperti ini. Jadi bila terjadi lagi sekali, saya pun cuba untuk luahkan melalui video.” ujarnya.
Ira yang menetap dan berniaga di Felda Keratong 3, Bandar Tun Razak, Pahang telah biasa menerima soalan dari pelanggannya yang berbaur seperti itu. Kecewa? Sudah pasti tapi itu bukan alasannya untuk teruskan kerjaya yang dia sudah usahakan.
Meninjau di ruang komen juga dapat di lihat ramai yang berkongsi pengalaman mereka yang sama serta ada juga yang memberikan kata-kata semangat buat Nazirah. Mungkin di pandang rendah, tetapi tetap bangkit dengan kejayaan.
“Tunjuk kak dekat dia yang akak boleh berjaya, kita tahu mana tahap kita, moga dipermudahkan segala urusan kak.
“Its ok sis…biasalah orang tua…iya kan sahaja…lagi cepat dia balik rumah.
“Sama lah…kerja sahaja apa yang ada dulu…yang pasti, jangan takut untuk mencuba. InsyaAllah suatu hari nanti ada rezeki lebih baik.
“Rezeki masing-masing kan awak. InsyaAllah ada rezeki akan datang nanti. Moga dapat kerja yang lagi baik.” begitulah coretan dari warganet buat Nazirah.
Kisah Nazirah ini telah di dengari dan dapat tontonan sebanyak 400,000 jumlah penonton di TikTok. Apa yang boleh kita ambil iktibar adalah untuk teruskan kehidupan meski pun ada cemuhan atau kata-kata yang boleh mengguris hati, pastikan anda tabah dan tetap berlayar untuk capai kejayaan.
Jika sebelum PKP mengidam makan tahu berlauk, pasti order sahaja. Tetapi kebayakkan di pasaran menggunakan teknik yang sama hanya digoreng. Berlainan dengan resepi tahu gorengn ini, anda perlu kukus dan boleh tahan lama. Malah tauhu ini boleh di frozen dan digoreng kemudian.
Nak tambah sedap lagi cicahkan tahu ni dengan sambal kicap berapi, barulah kena kombinasi rasanya. Jom kita ikuti resepi tauhu berlauk sedap ini.
Telefon merupakan gajet yang sangat penting buat masa kini. Kalau rosak ibarat patah kaki sebelah. Kalau boleh mahu cari kedai yang berpatutan harganya untuk membaiki gajet yang satu ini. Tetapi hati boleh jadi sakit jika menjadi mangsa tipu di kedai berkenaan. Seperti perkongsian lelaki ini yangmendakwa dirinya telah menjadi scam ketika mendapatkan perkhidmatan membaiki telefon di Plaza Low Yat hingga mengakibatkan kerugian.
Dia yang membawa Iphone5 memberitahu button tidak dapat berfungsi dengan baik. Setelah berurusan, dia bersetuju untuk dibaiki dengan harga RM80 tetapi beberapa minit kemudian apabila kembali semula, pekedai itu berkata bukan saja button rosak, tetapi juga LCD pecah.
Dia jadi pelik kerana sebelum diserahkan tidak ada masalah lain berlaku dan dia akhirnya bersetuju dengan harga RM100 untuk membaiki telefonnya semula.
Menulis thread di twitter menggunakan akauan @ZunairHusain menceritakan pengalamannya dan berharap warga twitter tidak akan menjadi mangsa di kedai membaiki telefon berkenaan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.