Sering Minta Sejadah, Rakan Dedah Punca Utama Haqiem Rusli Sentiasa Murah Rezeki

Share

Baru-baru ini, penyanyi berbakat besar yang juga seorang komposer iaitu Haqiem Rusli telah dinobatkan sebagai Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-33 (ABPBH33).

Ini menjadikan Haqiem,22, sebagai artis termuda yang menerima anugerah tersebut. Bukan hanya bakatnya yang dikagumi, malah sifat dan akhlak mulianya juga menjadi perhatian ramai kerana beliau sering menitikberatkan soal agama dalam kehidupan seharian.

Seperti video yang dimuat naik oleh Jay Jusin di TikTok, dia berkongsikan bahawa pelantun lagu Tergantung Sepi itu sentiasa akan meminta sejadah apabila berkunjung ke rumahnya bagi menunaikan solat.

Berikutan video tersebut, ramai yang memberikan pujian terhadap Haqiem kerana faham dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim tanpa culas biarpun sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang anak seni.

Alhamdulillah, sesungguhnya apabila kita meletakkan urusan agama di hadapan, pastinya kejayaan akan sentiasa berada dalam genggaman kita.

Oleh itu sis, jadikanlah perkongsian ini sebagai iktibar untuk kita sentiasa beringat bahawa rezeki itu adalah sepenuhnya daripada Allah dan bukannya daripada manusia. Utamakan Allah, pastinya hidup kita akan diberkati.

IKLAN