Kecantikan

Sengsara Ekzema Tak Boleh Bawa Bincang! Gadis Ini Kongsi Produk Yang Bantu Rawat Kulitnya

Share

Ramai di antara kita yang mempunyai masalah kulit iaitu ekzema tanpa kita sedari. Ada yang kronik dan ada yang tak. Ekzema ini tidak boleh hilang sepenuhnya tapi kita boleh sentiasa mencegahnya daripada menjadi lebih teruk jika tahu caranya.

Di twitter, Sahira telah berkongsikan caranya bagi masalah ekzema yang dialaminya ini. Selain mendapatkan rawatan doktor, dia juga telah mencadangkan beberapa pelembap yang sesuai untuk mereka yang mengalami masalah ini.

Gatal ekzema ini memang tidak boleh dibawa bincang!

Siapa yang ada ekzema pasti tahukan betapa seksanya bila kulit jadi kering seperti bersisik.

Jangan pakai sabun yang mengeringkan. Pilihlah yang sesuai untuk kulit sensitif.

Untuk anda yang ada ekzema, sis faham ia memang menjadi suatu perkara yang sukar untuk anda kerana bukan sebarangan produk yang kita boleh gunakan terhadap kulit. Jika salah sikit, habislah. Oleh itu, sentiasa dapatkanlah nasihat daripada pakar untuk mendapatkan solusi yang terbaik.

kredit: twitter @skinbestiesmy

IKLAN