Sempat Buat ‘Makeup Tutorial’, Syatilla Melvin & Shaheizy Sam Selamat Timang Anak Perempuan

Share

Pasangan suami isteri dan juga pelakon terkenal, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin baru sahaja selamat menimang cahaya mata kedua iaitu seorang bayi perempuan hari ini, awal pagi tadi.

Menerusi ruangan Instagramnya, Syatilla berseloroh yang dia sempat melakukan tutorial solekan sewaktu berada di dalam bilik pembedahan (operation theatre).

Alhamdulillah baby girl kami dah keluaq????sihat gebu anak pompuan aku♥️tadi sempat laaa buat tutorial makeup dlm oT room?thank u sygku sezzy seng sentiasa di sisi♥️ #kekaSih

Sementara itu, Shaheizy pula meluahkan keterujaannya di laman Facebooknya yang mereka kini tidak lagi bertiga. Pasangan ini telah mempunyai seorang anak lelaki yang diberi nama Syeriv Samheizy.

WE ARE NO LONGER 3 ?. ALHAMDULILLAH!!! Thank u so much everyone ?? ?‍?‍?‍? 17/04/19, 9:15am #BabyGirl #SS

kredit: instagram @samtilla, facebook Shaheizy Sam

IKLAN