Selalu Bergaya Sedondon, #OOTD Zizie Ezette Bersama Anak-Anak Sering Curi Tumpuan Ramai!

Share

Lama kita tak melihat lakonan hebat dari Zizie Ezette di kaca televisyen. Pasti ramai yang merindui bakatnya bukan? Walaupun tidak muncul di tv, namun Zizie aktif di laman sosial dan sentiasa memuat naik gambar terkini bersama anak-anaknya berkongsi bersama peminat sekaligus mengubat rindu.

Sentiasa mencuri tumpuan ramai apabila sering berpakaian sedondon bersama, #OOTD Zizie dan anak-anaknya memang membuatkan mata-mata tidak jemu memandang.

Warna biru lembut ni memang onz!

Zizie telah berkahwin dengan Datuk Seri Bung Mokhtar yang juga merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan pada tahun 2009.

Mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata kembar lelaki iaitu Aadam Zac Izette dan Aeleph Zac Izette yang lahir pada 29 Disember 2017. Terbaru, Zizie telah melahirkan anak perempuan pada 1 Mac lalu yang diberi nama Aalisa Belle Izette.

Pasangan suami isteri ini juga turut mempunyai dua lagi anak angkat iaitu Nayla Nurjenna,3, dan Aariq Zayn Izette yang berusia setahun.

IKLAN