Sejarah telah tercipta apabila Lt. Maysaa Ouza melaporkan diri di Tentera Udara Amerika Syarikat (US Air Force) pada awal bulan ini sebagai pegawai Air Force’s Judge Advocate General’s Corps pertama yang memakai hijab.
Seperti yang dilaporkan oleh US Department of Veteran Affairs, “Becoming the first to wear hijab in the Air Force”, siaran oleh NBC News.
Lt Ouza yang merupakan graduan undang-undang dari University of Toledo telah membuat rayuan kepada pihak atasan tentera udara bagi mendapatkan pertimbangan khas agama (religious accomodation). Alhamdulillah, urusannya dipermudahkan apabila tentera udara meluluskan permohonan tersebut dan beliau menyertai latihan dan berkhidmat dengan mengenakan hijab.
Ads
Menurut ACLU, sebelum ini tentera udara telah memberikan kelulusan yang sama kepada pegawai Sikh. Selain itu, tentera udara juga telah mengambil langkah-langkah ke arah meluluskan dan melaksanakan polisi bagi memudahkan pegawainya memohon pertimbangan khas agama.
Berdasarkan laporan Air Force Times, Lt Ouza merupakan pegawai yang cemerlang dan telah dianugerahkan “Airman of the Week” oleh rakan sejawatannya dan pegawai latihan beliau. Kata mereka, beliau merupakan pemimpin sejati yang menyumbang kepada kejayaan tentera udara.
Ads
Lt Ouza yang berasal dari keluarga imigran Lebanon di Dearborn, Michigan mahu menyumbang kepada negara melalui kerjayanya dalam tentera udara. Lt Ouza akan melaporkan diri untuk latihan lanjutan di Alabama pada Julai ini. Apabila tamat latihan, beliau akan dinaikkan pangkat sebagai Kapten.
Ads
Dengan perkembangan sebegini, pasukan tentera udara Amerika Syarikat telah melakukan satu pembaharuan dan lembaran baru kerana meraikan diversiti tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Tahniah diucapkan!
Setiap kali tiba bulan Ramadan, pasti anda tidak sabar menantikan satu malam yang cukup hebat iaitu malam Lailatul Qadar. Malam ini dikatakan lebih baik dari 1000 bulan yang lain serta malam yang sangat istimewa di bulan Ramadan.
Kebiasannya, malam Lailatul Qadar akan terjadi pada 10 malam yang terakhir. Tidak semua individu bertuah untuk bertemu dengan malam yang hebat ini. Hanya individu yang terpilih sahaja akan bertemu dengan malam Lailatul Qadar.
Disebabkan itu, pakar agama menggalakkan umat Islam untuk memperbanyakkan amalan di 10 malam terakhir ini. Seorang wanita bernama Ummu Naufal telah berkongsi 6 persiapan yang boleh dilakukan dalam mencari malam yang cukup mulia ini. Semoga ia bermanfaat kepada anda di luar sana.
Malam Laylatul Qadr bakal tiba.
Hadiah hebat yang perlu dicari yang dianugerahkanNya.
Dikongsikan bersama sedikit bagaimana kita sekeluarga boleh atur dan persiapkan diri dan keluarga dalam mencari malam yang lebih mulia dari seribu bulan yang dijanjikanNya;
Usah lagi disibukkan diri dengan urusan dapur, kuih muih eid mahupun keluar membeli belah di tempoh ini (10 malam terakhir). Hentikan!
Menu iftar dan sahur keluarga dipermudahkan.
Aktiviti siang diringankan.
Tidurlah seketika walau tidak biasa tidur di waktu siang. 10 hari terakhir ini sahaja.
Apabila siang sudah cukup rehat, di waktu malam akan terasa segar inshaAllah. Mandilah air suam jika ia boleh menyegarkan tubuh badan. Ringankan makanan berbuka agar badan tidak berasa lemah dan berat kemudian. Jika penggemar minuman panas, siapkanlah minuman panas di dalam termos agar sentiasa ada untuk diminum. Pasangkanlah bauan bakhour atau diffuser minyak pati lemon, inshaAllah ia sangat membantu menaikkan mood, membantu menyegarkan diri dan menaikkan semangat kita.
Solatlah di ruang khusus, atau di mussola kecil keluarga, jika ada. Biarlah ruang ini selesa, bersih, suhu yang sesuai dan baik pengudaraannya.
Elakkan solat di bilik tidur kita, kecuali jika ada penghadang.
Solat, membaca Al Quran dan berzikir diselang-selikan sepanjang malam di ruang khas ini. Hiaslah jika mahu mencantikkan suasana. Ringkaskan ruang dengan apa yang perlu sahaja.
Jika ada bayi, bawa bersama di ruang ini bila si kecil terjaga. Biarkan dia tidur di ruang mussola yang sama sambil kita meneruskan ibadah malam kita.
Subhanallah.
Besar kesan dalam jiwanya inshaAllah.
“Umi, should they write it in points?” Nadiyah bertanya apabila dia ditugaskan membantu adik-adiknya mencatatkan doa yang mahu dipohon sepanjang 10 malam terakhir.
Nadiyah dan Naufal telah diajarkan yang sama ketika seusia adik-adik mereka. Bermula dengan poin sahaja, ditingkatkan kepasa adab menyusun kata dalam memohon doa padaNya.
Doa ditulis agar dirancang rapi apa yang mahu dipohon padaNya. Bila ditulis, menjadi lebih fokus bila berdoa padaNya.
Bersama anak-anak, hafalkanlah doa yang diajarkan Nabi s.a.w kepada Aisyah r.a apabila Baginda ditanya apakah doa terbaik untuk diucapkan pada malam Laylatul Qadr;
(Ya Allah, sesungguhnya Engkau Dzat Yang Maha Pemaaf dan Pemurah maka maafkanlah diriku)
Tingkatkan sedekah kita setiap hari dalam 10 malam terakhir ini. Jika sebelum ini kita memberi makanan iftar kepada jiran tetangga, 10 malam terakhir ini kita memberi kepada yang tidak kita kenali pula.
Pejalan kaki, penjaja di gerai, pencuci sampah…sesiapa sahaja yang dilewati kita.
Edarkan “Ramadan Iftar Bag”. Minta anak-anak isikan di dalamnya; kurma, air, roti, juga sedikit wang, misalnya. Edarkan setiap hari selama 10 hari terakhir ini. Rancanglah berapa beg yang boleh diberikan bersama seisi keluarga.
Amankan suasana rumah tanpa hiburan di kaca tv dan radio. Off telefon bimbit dan disimpan jauh-jauh…..termasuk telefon ibubapa juga ya. Tiada ‘cheat hour’ mahupun ‘reward slot’. Ini dilakukan sepanjang 10 malam terakhir Ramadan tanpa salingan.
Usah risau, 10 hari tanpa bermesej dan media sosial tidak akan merbahayakan sesiapa, inshaAllah.
Subhanallah.
Hebatnya malam Laylatul Qadr ini sepertimana Allah swt sebutkan di dalam Surah Al Qadr;
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya [Al Qur’an] pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar.”
Lalu duhai diri dan sahabat yang dikasihi sekalian, bersungguh dan berikhtiarlah mencari malam kemuliaan ini bersama keluarga tersayang.
Ingatlah, Ramadan tahun hadapan belum tentu kita ada. Maka usahakanlah sekarang kerana tiada usaha bersungguh kita sia-sia di sisiNya.
Semoga kita semua dipertemukan dengan Malam Penuh Kemuliaan ini dalam keampunan dan redhaNya.
Pelajar tajaan MARA, Maryam Balqis Abdul Rashid telah membanggakan Malaysia apabila berjaya mengekalkan Cumulative Grade Point Average (CGPA) sebanyak 4.0 dalam setiap semester sewaktu pengajian sarjana mudanya di School of Sustainability, Arizona State University (ASU) di Amerika Syarikat.
Menurut portal MARA e-Warta, gadis berusia 23 tahun yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sri Aman, Petaling Jaya itu bakal melanjutkan pengajian sarjananya dalam Sustainability Solutions di ASU bermula Ogos 2019.
Selepas tamat zaman sekolah, Maryam melanjutkan pengajiannya dalam asasi di INTEC Education College (INTEC) di bawah American Degree Foundation Programme sebelum meneruskannya di ASU.
Maryam Balqis juga dikenali sebagai seorang yang sangat aktif dalam ko-kurikulum aktiviti dan telah memenangi beberapa anugerah di atas pencapaiannya di ASU.
Antara anugerah yang diterima ialah ‘Community Assistant of the Year and Outstanding Graduate Award Spring 2019’ yang diberikan oleh ASU School of Sustainability and Alumni Association dan ‘Academic Excellence Award’ yang diberikan sempena dengan Perdana Scholar Awards 2018.
Sewaktu di universiti, Maryam juga pernah menyertai beberapa projek kajian seperti kelestarian global dalam pelancongan dan juga masalah perikanan di Lombok, Indonesia.
Beliau juga mempelajari pendekatan Los Angeles dalam menangani isu perubahan iklim dan menghasilkan satu dasar ringkas dan alat bagi kerajaan Mexico untuk melaksanakan konsep kelestarian, ketahanan, transformasi, dan penyesuaian.
Maryam juga telah melaksanakan latihan praktikalnya bersama Think City, sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh Khazanah Nasional Berhad dimana dia telah membantu memetakan 75 projek Think City kepada Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Diam tak diam kita sudah hampir sampai ke penghujung Ramadan. Dalam bergembira menyambut Syawal, ada antara kita yang sedih untuk meninggalkan bulan penuh mulia ini. Ramai menangis mengenangkan betapa masanya sudah hampir tamat untuk melakukan banyak amal ibadat di bulan Ramadan ini.
Seperti perkongsian Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa yang memberi ingatan kepada netizen untuk menangis di hujung Ramadan ini. Banyak perkara yang perlu ditangisi sebelum berakhirnya bulan paling mulia dari seribu bulan ini.
Ayuh ikuti perkongsian Ustazah Norhafizah yang boleh kita jadikan peringatan untuk diri kita sendiri.
MENANGISLAH! MENANGISLAH! Di hujung Ramadhan ini, tangisanlah menjadi penawar untuk penyakit hati… tangisan melembutkan hati yg keras… menangislah untuk hati yg masih belum bisa memaafkan…
hati yg belum redho… hati yg belum bersyukur… hati yg masih lupa tujuan hidup… hati yg sibuk dgn dunia… menangislah juga utk hati yg dikecewakan manusia… mudah2an jadi kaffarah yg sempurna… menangislah utk hati yg tidak pandai menyayangi dan menghargai …
mudah2an dgn tangisan itu mata hati lebih jernih… menangislah utk ramadhan yg telah disia-siakan… mana tangisanmu utk kematian yg semakin mendekat tapi bekalmu semakin menipis… menangislah utk setiap tangisan yg tidak ada makna hanya kerana makhluk … menangislah utk mata mu yg kering tanpa airmata walau rukuk dan sujud di hadapan Allah…
Ya Allah berapa banyak tangisan yg akan menyelamatkan… dari jurang hina dan binasa… Ya Rabb kurniakan kami airmata yg Engkau redhoi.
Bersyukurlah andai saat ini Allah datangkan jalan utk menangis kerana kasihNYA kepada kita.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.