Sedapnya Serunding Petai, Bukan Sekadar Masak Menu Sambal Campur Udang

Share

Walaupun ia mengeluarkan bau yang kurang enak, petai tetap menjadi antara ulam-ulaman yang digemari ramai. Selalunya apabila petaui sudah ada di tangan, tentunya sudah terbayang menu sambal udang petai.

Sebenarnya selain dibuat sambal bersama udang, petai juga boleh dijadikan serunding.

Berikut perkongsian resipi  Ira FarihaFaiq FarhaFaiz

BAHAN-BAHAN:
Petai
Ikan bilis
Cili api
Bawang putih
Bawang merah
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak

 

CARA MEMBUAT:
1.Kisar semua bahan di atas dengan minyak masak.
2.Masak di atas kuali. Kacau sehingga ringan dan kekuningan.
3.Siap untuk dihidangkan dengan nasi panas.

Menu serunding petai ini mungkin boleh menjadi menu terbaru dalam senarai hidangan keluarga anda. Selamat mencuba!

Sumber kredit: Ira FarihaFaiq FarhaFaiz

DAPATKAN HIJABISTA E-MAGAZINE DENGAN MEMUAT TURUN APLIKASI EMALL DI GOOGLE PLAY DAN APP STORE.

http://emall.karangkraf.com/Shop/Magazine/HIJABISTA

IKLAN