Video penyanyi terkenal, Yuna beraksi di hadapan kamera GlamBOT di karpet merah Anugerah People’s Choice pada tahun lalu meraih perhatian ramai selepas dia memuat naiknya di Instagram dan juga Twitter.
Menurut Yuna, pengalaman itu sangat berharga buat dirinya apabila pengarah kelahiran Kanada, Cole Walliser memberikan peluang keemasan berkenaan.
“Cole mengorek semula video ini dan saya harus kongsikannya. Ini pengalaman GlamBOT yang julung kali buat saya di Anugerah People’s Choice.
“Saya sebenarnya sangat gementar tetapi Cole adalah orang yang begitu mesra. Ia menjadikannya lebih mudah dan GlamBOT itu sangat laju,” katanya.
Semestinya bukan calang-calang artis yang pernah dirakam oleh kamera GlamBOT seperti Ariana Grande, Billie Eilish, BTS, Shawn Mendes, Brad Pitt dan ramai lagi.
Perkongsian Yuna itu sekali gus menerima reaksi luar biasa bukan saja daripada peminat, malah rakan artis.
Ads
Ia mendapat lebih 550,000 tontonan dan lebih 2,000 komen di Instagram manakala mendapat lebih 8,000 ulang kicau dan 17,000 tanda suka di Twitter.
GlamBOT adalah rakaman menggunakan kamera berkelajuan tinggi untuk menghasilkan video gerak perlahan (slow motion). Ia kerap digunakan untuk merakam aksi khas buat selebriti ternama di Hollywood.
Ads
Menurut Cole, rakaman itu dibuat menggunakan pemegang kawalan kamera yang dinamakan BOLT. Mereka menyambungnya bersama kamera Phantom 4K Flex yang menggunakan lensa Leica Summilux.
Pasti ada di antara hijabi yang mempunyai tabiat malas nak mencuci pinggankan? Eh, sebenarnya best tau bila kita cuci pinggan ni sebab kita dapat hilangkan stress yang dialami sekali. Rasa puas je bila lihat semua pinggan dan periuk sudah bersih dan licin.
Orang dok viral. Maka akak pun cuba le buat. Beli sebotol sunlight. Ada 2 botol kosong utk 2 tmpt cuci pinggan.
1.Tuang 1/4 sunlight dalam botol kosong.
2.Bancuh 3sudu besar garam halus dengan air panas. Kacau sehingga larut.
3.Selepas larut air garam tadi tambah air biasa dan Tuang air garam tu dlm botol tadi hingga 3/4 botol.
4.Kocak kocak.. Siap.
Serius syok basuh pinggan. Letak sikit aje. Buihnya banyak. Pinggan pun bersinar. Jimat kome.. Selalu 1botol sunlight ori tu seminggu aje.. Cuba la..
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Masih kekal berbisa dan tiada tandingan! Itulah ungkapan paling tepat yang boleh menggambarkan kehebatan persembahan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza di Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza baru-baru ini.
Gamat segenap sudut Axiata Arena Bukit Jalil dengan sorakan dan sahutan para peminat yang turut menyanyi bersama-sama artis kesayangan mereka itu.
Kehadiran lebih 10 ribu peminat yang membanjiri segenap ruang Axiata Arena membuktikan penyanyi yang mula dikenali dengan lagu Jerat Percintaan ini masih kekal relevan dalam industri seni tanahair.
Tiga jam konsert berlangsung tidak terasa. DS Siti Nurhaliza menyampaikan lebih kurang 36 buah lagu antaranya ialah Lebih Indah, Aku Bidadari Syurgamu, Kurniaan Dalam Samaran, Biarlah Rahsia, Nirmala, dan Kurik Kundi.
Bukan sekadar lontaran vokal dan persembahan yang mantap, koleksi busana yang disarungkan DS Siti Nurhaliza turut mencuri perhatian. Cantik sangat DS Siti Nurhaliza pada malam itu!
Ramai yang memuji penampilan ibu kepada dua anak ini yang disifatkan sangat classy. Malah, nampak sangat awet muda dan sweet!
Hijabista kongsikan koleksi baju diilhamkan oleh empat pereka fesyen tersohor tanahair iaitu Ezuwan Ismail, Samm Republic, Ashraff Zainal, dan Bianca Bella yang berjaya menyerlahkan penampilan memukau DS Siti Nurhaliza pada malam itu.
Menerusi kapsyen yang dimuat naik DS Siti Nurhaliza di Instagram peribadinya, beliau menitipkan ucapan penghargaan buat pereka-pereka fesyen tersebut.
EZUWAN ISMAIL “Untuk busana yang pertama ini, kami hanya membuat pertukaran warna anak tudung dari warna kelabu ke warna biru lembut. Boleh saksikan perbezaannya di hari sebenar konsert.
“Busana untuk segmen pertama iaitu segmen Mimpi Ke Awan adalah rekaan @ezuwanismail Terima kasih @ezuwanismail saya hargai setiap usaha, idea, kreativiti yang ditampilkan. Semoga @ezuwanismail akan terus dikenali dengan hasil kerja terbaik dan kita sama-sama berikan sokongan kepada perniagaan beliau.”
SAMM REPUBLIC “Untuk busana yang kedua ini, perbezaan pada hari konsert adalah merendahkan sedikit bahagian ‘boning corset’ dan menambah ‘detailing’ di bahagian leher.
“Busana untuk segmen kedua iaitu segmen Surat Harapan adalah rekaan @samm_republic Terima kasih Samm kerana memahami tema segmen yang saya adakan khas untuk saudara kita di Palestin. Burung yang terdapat pada busana saya adalah lambang kebebasan dan warna ‘detailing’ pula adalah warna bendera Palestin. Semoga @samm_republic terus maju jaya di masa akan datang.”
ASHRAFF ZAINAL “Untuk busana yang ketiga ini, pada hari konsert kami menggunakan material yang sama tetapi membuat sedikit perubahan pada design baju. Design pada hari latihan dan hari konsert sedikit berbeza dan saya nak ucapkan terima kasih di atas usaha @ashraffzainal yang telah melakukan ‘magic’ mendapatkan kain dari negara jiran (kain yang sama) pada 9 Mac (hari konsert) dan menyiapkan baju konsert dalam masa 2 jam sebelum dihantar ke Axiata. Magic yang menjadi.
“Busana untuk segmen ketiga iaitu segmen Mega Karaoke adalah rekaan @ashraffzainal . Semoga terus berjaya @ashraffzainal”
BIANCA BELLA “Untuk busana yang keempat dan terakhir, ada perubahan pada aksesori kepala di bahagian hadapan sahaja.
“Busana untuk segmen terakhir iaitu segmen Bayu Timur adalah rekaan @_biancabella Saya selesa mengenakan baju dari kain songket ini kerana senang bergerak dan menari. Anak muda yang kreatif, semoga @_biancabella akan terus mengukir nama dan maju dalam perniagaan.”
Sementara itu, wajah polos DS Siti Nurhaliza dirias cantik oleh jurusolek ternama yang sentiasa menjadi pilihannya iaitu Epie Temerloh.
Terdahulu, tiket untuk Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza habis terjual dalam masa dua jam selepas ia dibuka untuk jualan pada 21 Disember 2023.
Ini merupakan konsert ke-4 DS Siti Nurhaliza yang habis terjual dan diadakan di Axiata Arena.
Difahamkan, sebahagian kutipan jualan tiket konsert anjuran Yayasan Nurjiwa iaitu pertubuhan amal diasaskan DS Siti Nurhaliza bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, akan disalurkan ke Sekolah Afwa Al-Afiyah di Gaza, Palestin.
Kredit Foto: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Nissa Sabyan, penyanyi gambus berusia 24 tahun yang mencipta nama bersama kumpulan muzik terkenal Sabyan Gambus sebagai vokalis.
Nissa Sabyan bersama kumpulan muziknya itu dikenali dengan lagu-lagu berunsurkkan ketuhanan dan selawat antaranya Deen Assalam dan Ya Habibal Qolbi.
Kebanyakan lagu-lagu mereka menjadi trending di saluran YouTube.
Nissa Sabyan atau nama sebenarnya Khoirunnisa, hijabi muda yang sering mengikut trend fesyen semasa namun masih kelihatan sopan sesuai dengan ketetapan agama Islam.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.