Sayang Walaupun Wajah Pernah Alami ‘Breakout’, Tapi Lepas 10 Kali ‘Dating’ Cinta Gadis Ini Tak Kesampaian

Share

Saat paling menyakitkan apabila terpaksa berpisah dengan insan tersayang. Ada sesetengah orang yang tidak mahu mengenang kembali si dia yang telah meninggalkan/ditinggalkan. Tetapi ada juga yang seperti tidak boleh ‘move on’ dengan segala kenangan yang tercipta.

Seperti perkongsian gadis ini yang menulis thread kenangan mereka bersama  disebabkan rindu pada bekas kekasihnya itu. Apatah lagi bekas kekasihnya sanggup terima keadaan dirinya ketika sedang mengalami masalah ‘breakout

‘.

Malah dalam thread di tulis itu, dia yang menggunakan nama akaun di twitter @eykabieber memberitahu masih sayang pada bekas kekasihnya itu dan tiada rasa dendam atau marah di hatinya.

Ikuti setiap momen penuh bermakna sepanjang 10 date mereka berdua ketika bersama.

Date pertama memang sangat berdebar.

Pertemuan kedua hanya dapat jumpa sejam sahaja.

Date seterusnya sebelum dia pergi Singapura.

Ini date yang kelima, berjumpa dengannya selepas dia masuk National Service. Walaupun sudah botak tetapi tetap cute.

Cinta jarak jauh itu memang cukup menguji.

Ini pula ketika date
ke tujuh.

Paling best date kelapan ini sebab asyik makan dan sangat seronok melalui momen ini.

Untuk pertemuan seterusnya boleh jumpa sekejap tetapi sudah memadai.

Dia sanggup lakukan apa sahaja.

Ini date yang terakhir. Memang sedih tetapi masih boleh senyum lagi.

Restoran makanan segera menjadi tempat kegemaran kalau bertemu. Sebab suka dengan ayam goreng dan juga bubur ayam.

Tak akan buang momen sepanjang bersama. Bila rindu akan tengok semua benda-benda ini.

Sepanjang kenal terima diri dia seadanya.

Tulis semua kenangan dalam buku ini.

Terima kasih sebab menyayangi dari wajah breakout
sampai kulit wajah sembuh walaupun tak sepenuhnya. Sanggup dengar luahan menangis gara-gara masalah ini.

Kini hanya Allah yang tengokkan dia.

Terima kasih untuk segalanya.

 

Tinggal bukan sebab perempuan lain, sebab tak ada jodoh.

Buat thread ini sebab rindu dan mahu hargai segala kenangan yang pernah dikecapi dulu.

SUMBER: TWITTER EYKABIEBER

IKLAN