“Saya Sanggup Juga Tidur Walaupun Hanya Bertilamkan Tikar Sahaja” – Luahan Hati #Thorwback Haji V Shantie Cukup Menyentuh Hati

Share

Walaupun musim haji sudah berlalu, namun pemergian ke sana memang memberikan impak yang sangat mendalam pada kehidupan sesetengah jemaah.

Lihat sahaja perubahan yang berlaku pada Mizz Nina yang melakukan perubahan cukup drastik dan dia terus istiqomah walaupun ke sana beberapa tahun lalu.

Pengalaman yang dilalui jemaah itu sendiri menjadi tetamu Allah sukar untuk diluah dengan kata-kata. Bukan seminggu dua berada di tanah haram itu, tetapi ada yang tinggal selama 30 hari dan memang meninggalkan kesan cukup mendalam.

Begitu juga dengan selebriti jelita ini Vie Shantie Khan. Beliau yang diberi peluang mengerjakan haji tahun lalu telah menulis pengalamannya melalui catatannya sebagai VSKHajiJournal.

Dalam tulisannya di laman instagram, beliau meluahkan apa yang dirasakan sepanjang berada di sana selama 30 tahun hidup di muka bumi Allah. Dalam banyak-banyak catatan #throwback itu ada satu post yang cukup menyentuh hati.

Vie Shantie menceritakan apa perasaan yang dialami terutama pada hari kemuncak iaitu bermalam di Mina dan wukuf bersama jemaah lain di Padang Arafah. Dia tidak dapat menggambarkan kesayuaannya hingga tidak berhenti air mata menitis di pipi.

Luahannya itu cukup menyentuh hati dan mendapat reaksi positif dari netizen. Rata-rata mengucap syukur dan turut terkesan dengan  luahan isi hati dari sudut hatinya yang sangat dalam.

1.Selama 30 tahun saya hidup dibumi milik Allah SWT ini, tidak pernah saya merasai hari yang sungguh menyentuh hati nurani seperti hari Wukuf di Arafah.. Ada satu perasaan yang luar biasa sukar diungkap oleh kata-kata hanya yang pernah hadir disini sahaja yang fahami rasa itu.. diiringi Khubah Afarah oleh bekas Mufti Johor, Datuk Haji Noh Gadut yang penuh syahdu membuatkan mata ini tidak berhenti menitiskan airmata syukur..
.
2.Inilah suasana didalam Khemah kami sebelum menjelang Waktu Zohor.. Syukur Alhamdulillah sebenarnya terdetik dihati saya pada masa ini, ‘ya Allah, inikah khemah kami ? Subhannallah.. masyaAllah.. tabarakallah.. Allahuakbar !! sayu berbisik dalam hati sendiri betapa mewahnya kami disediakan disini’  Jauh amat dengan tafsiran saya, tidak pernah saya terfikir ada khemah yang sebegini sempurna.. sebab saya sudah tanam didalam hati dan fikiran bahawa disini bukannya tempat untuk bersenang lenang.. malah saya sanggup juga tidur walaupun hanya bertilamkan tikar sahaja.. tapi Allah berkehendakkan lain.. dan bagi saya ini bukan hanya kerana saya mampu membayar lebih.. tapi ini sudah Qada dan Qadar yang Allah tulis untuk saya nikmati.. Segala puji hanya untuk-Mu ya Rahman

3.Lepas sahaja masuk Fardu Zohor dan solat berjemaah tibalah hari wukuf yang ditunggu-tunggu.. Diluar khemah kami, dibawah sang matahati yang terik menjadi saksi duduknya seorang hamba yang ingin merasa nikmatnya berpanas seperti yang dirasakan oleh kekasih-Mu, Rasulullah SAW.. insha Allah

4.Diatas izin-mu ya Allah, tidak berganjak kaki ini dan sesungguhnya mata ini menjadi saksi terbenamnya makhluk yang selalu menerangi alam semesta-Mu.. Setiap yang mula pasti ada pengakhirannya.. maka berakhirlah hari penuh berkah yang bersejarah buat semua jemaah DuyurfurRahman pada tahun 1437 Hijrah ini..

5.Sesungguhnya makna ‘Wukuf’ adalah BERHENTI, diam tanpa bergerak.. Wukuf adalah merupakan satu contoh sebagai peringatan kepada kebenaran Allah SWT.. Status hukum wukuf diArafah adalah rukun haji, yang jikalau ditingalkan maka hajinya tidak sah.. Disini juga merupakan miniatur padang Masyar, dimana seluruh umat islam akan dibangkitkan..

#Vsk #VskHajjJournal

IKLAN