Ara menitipkan ucapan Ramadan buat seluruh umat Islam.
Penampilannya itu meraih tumpuan para pengikutnya yang sopan mengenakan jubah dan hijab berwarna hitam.
Memetik perkongsian Ara kepada BH Online, dia mengakui dirinya kini sedang cuba menyesuaikan diri dengan imej berhijab dan berharap orang ramai mendoakan yang baik-baik buat dirinya.
Ads
Menurut Ara atau nama sebenarnya, Nurfarrah Izzatie Johari niat utamanya ialah bagi menghormati bulan Ramadan serta majlis-majlis berbuka puasa yang dihadiri.
“Saya bertudung kerana menghormati majlis dan imej ini sesuai dengan majlis yang dihadiri. Nak cakap saya bertudung sepenuhnya, tak berani lagi,” kata Ara.
Pun begitu, Ara merasa bersyukur dan terharu apabila ramai memberikan respon positif serta berdoa agar dirinya istiqamah menutup aurat. Ara juga akui, dia masih mencuba dan berusaha untuk memakai tudung.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa senang melihat penampilan Ara yang sopan. Malah, ada juga mendoakan Ara agar dikurniakan hidayah untuk berhijab suatu hari nanti.
“Alhamdulillah, ramai mendoakan dan saya taklah cakap saya tidak selesa (bertudung). Insha-Allah, tapi semua itu tak tahu lagi.
Ads
“Niat dah ada, tapi tak tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan. Disebabkan itu, saya tak berani nak cakap apa-apa. Apa yang boleh saya cakap doakan baik-baik.”
Ara kini bergerak di bawah syarikatnya sendiri, 97 Entertainment sejak tamat kontrak bersama Rocketfuel pada 31 Januari 2024.
Kredit Foto: Instagram Ara Johari
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Teh Ais merupakan antara air yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia, rasa tehnya yang pekat, ditambah dengan susu pekat manis dan dihidang sejuk menjadikan ia antara minuman yang sukar untuk ditolak.
Malah, teh ais yang begitu sinonim di jiwa rakyat Malaysia amat popular dikalangan setiap lapisan masyarakat tidak kira golongan muda mahupun tua. Lazimnya, teh ais ini mudah didapati di kedai mamak.
Tapi kalau setiap kali berbuka puasa dengan teh ais, lama-lama bosan juga kan. Kali ini hijabista berkongsikan resepi ‘Almond Cloud Milk Tea’ yang segar dan mempunyai rasa estetik.
Cara penyediaanya pun mudah je! Apa kata hijabi cuba sendiri resipi air ini dirumah untuk berbuka puasa nanti.
Bahan-Bahanya:
1. Teh Bunga Telang (Butterfly Pea) – 1 Uncang
2. Susu Badam (Almond Milk) – 1 Kotak
3. Sweeted Heavy Cream atau
4. Ais Batu
Cara-Caranya:
1. Cara membuat Almond Cloudy Milk Tea ini sangat mudah, pertama anda perlu mereneh teh Bunga Telang (Butterfly Pea), seperti membancuh teh biasa di dalam gelas.
2. Apabila, air bertukar warna biru keungguan keluarkan uncang teh bunga telang terlebih dahulu.
3. Kemudian, gunakan cawan lain tuang sweetened heavy cream pukul sehingga krim bertukar menjadi bebuih pejal seakan tekstur kepulan awan (foamy)
4. Seterusnya, ambil gelas lain dan masukan ketulan ais batu ke dalamnya. Tuangkan teh bunga telang yang telah disediakan sebentar tadi, dan tuangkan juga susu badam ke dalam gelas sama mengikut selera masing-masing.
5. Langkah terakhir, cedok buih yang terhasil dari sweetened heavy cream yang telah di pukul tadi, letakkan di atas permukaan Air tersebut. Taraaa.. Almond Cloudy Milk Tea sedia untuk dinikmati!
Haa.. Sekarang dah ada option lain untuk sediakan air sebagai pelangkap juadah berbuka puasa kan? Takde lah asyik hadap teh ais je! Selamat mencuba.
Kenali Erin Zelia Nawawi dari Sergai, Sumatera Utara yang memenangi tempat pertama dalam tilawah Tijan An Nur Musabaqoh Tilawah Quran (MTQ) ke-11 di Qatar pada 8-17 Februari 2023.
Erin Zelia Nawawi melakar namanya di mata dunia serta membutkikan bahawa anak kampung juga mampu menggenggam kejayaan.
Terdahulu, kejayaannya bermula di sekolah atas bimbingan ibu bapa serta guru-guru sehinggalah bergelar juara dunia di MTQ Qatar.
Erin merupakan anak kepada pasangan Agul Kurnawawi dan Safrida Tapi. Dia menjadi salah seorang daripada empat wakil Indonesia yang mengambil bahagian dalam acara tersebut.
Sejak dari dahulu lagi, Erin sangat terkenal dengan pencapaiannya yang sering memenangi beberapa pertandingan MTQ peringkat wilayah dan kebangsaan.
Tahun lalu, Erin berjaya memenangi tempat kedua dalam MTQ XXIX Kebangsaan pada tahun 2022.
Semoga kejayaan dan pengaruh yang baik daripada Erin menjadi motivasi dan inspirasi kepada semua.
Sesungguhnya tiada yang mustahil jika Allah berkehendak. Semoga pencapaian Erin ini menjadi pendorong kepada anak-anak muda untuk terus memartabatkan Al-Quran.
Kredit Foto: Instagram Erin Zelia Nawawi
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Berusia 29 tahun, adik kepada akres Fathia Latiff ini bukan hanya cantik bahkan bijak orangnya.
Dr Nur Fasiha Abdul Latiff atau mesra disapa Dr Fasiha merupakan graduan perubatan Trinity College Dublin serta bekas pelajar Kolej Tunku Kurshiah Seremban.
Dalam kesibukannya sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Fasiha turut mengusahakan bisnes sampingannya iaitu Mulan Scarf dan pakaian perubatan scrubs ‘Three 0’.
PENGORBANAN IBU
“Ibu, Badriyah Hassan, yang saya panggil Umi memang seorang superwoman. Satu ketika dulu, ibu pernah bekerja dan pada masa yang sama perlu menguruskan anak-anak yang ketika itu masih bersekolah.
“Setiap pagi, selalunya ibu akan hantar kami ke sekolah kemudian terus ke tempat kerja. Tengahari datang semula jemput anak-anak balik. Di rumah telah tersedia makanan untuk kami.
“Bila balik kerja, ibu akan kemas rumah dan buat tugas-tugas rumahtangga yang lain. Itulah yang membuatkan saya bangga dan bersyukur kerana dikurniakan seorang ibu yang sangat hebat. Ibulah sumber inspirasi saya.
“SATU LAGI PERKARA YANG BUAT SAYA BANGGA DENGAN IBU IALAH KETIKA USIANYA 45 TAHUN, IBU TERBUKA HATI UNTUK SAMBUNG BELAJAR AMBIL MASTER SELAMA DUA TAHUN. WALAUPUN BANYAK TANGGUNGJAWAB TETAPI IBU MAMPU MENGURUSKAN MASANYA DENGAN BAIK.
“Ibu berjaya membuktikan it’s never too late to gain knowledge. It is powerful!”
CITA-CITA SEJAK KECIL
“Sejak kecil saya memang mahu bergelar doktor kerana terinspirasi dengan kisah seorang sepupu. Semasa saya berusia 13 tahun, sepupu ini sudah pun bergelar Pakar Perunding Rheumotologi di Ireland.
“Bila berpeluang berjumpa dan berborak dengannya, dapatlah saya dengar serba sedikit mengenai bidang perubatan. Dialah idola dan pencetus semangat untuk saya teruskan impian bergelar doktor,” ujar anak ketiga dari empat beradik ini.
DETIK MENCABAR SEBAGAI DOKTOR
Sepanjang bergelar doktor, detik paling mencabar ialah ketika pandemik COVID-19 yang berlaku beberapa tahun lalu. Ia juga detik paling sedih dalam hidup Dr Fasiha.
“Ketika itu saya diarahkan untuk menjaga pesakit berusia lebih 60 tahun. Mereka ditempatkan di beberapa wad. Bila terlalu ramai pesakit, alat ventilator (alat pernafasan) menjadi terhad.
“Sebagai doktor yang bertanggungjawab, saya merasa amat sedih kerana tidak dapat memberi peluang kepada pesakit untuk mendapatkan alat tersebut. Sehingga berlakunya kematian dan saya sendiri menjadi saksi. Memang sedih walaupun saya sudah buat yang terbaik.”
Menurutnya lagi, beliau amat tertekan kerana terlalu penat dan terpaksa menjarakkan diri dari ahli keluarga. Masa bersama keluarga juga kurang. Begitulah rutinnya setiap hari ketika di awal pandemik COVID-19 berlaku.
“Ketika itu saya masih bujang dan tinggal bersama kedua ibu bapa. Sebolehnya saya tidak mahu merisikokan mereka. Bila keadaan makin teruk, saya terpaksa tinggal di rumah lain buat sementara. Setiap hari saya akan video call mereka untuk tanya khabar dan melepaskan rindu.”
KAHWIN SESAMA DOKTOR
“Suami, Dr Hazheem Syazwan merupakan doktor tulang (orthopaedic) dan bertugas di hospital yang sama dengan saya. Saya bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat supportive dan memahami. Contohnya kalau saya balik kerja lewat atau belum makan lagi, suami sudah siapkan makanan di rumah.
“Begitu jugalah saya. Bagi saya, hikmah dari perkahwinan ini ialah kami sama-sama memberi semangat antara satu sama lain. Ibu sering berpesan, dalam perkahwinan perlu sentiasa memberi dan menerima, serta saling berkompromi.”
IMPIAN
“Saya berhasrat untuk mengembangkan lagi karier untuk menjadi seorang pakar kardiologi di hospital. Jika tidak meniad seorang doktor, mungkin sekarang saya bergelar usahawan.”
Semoga segala impian serta perjalanan Dr Fasiha untuk berjaya dalam bidang perubatan dan perniagaan dipermudahkan.
Kredit Foto: Instagram Dr Fasiha Latiff
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!