Setiap orang diberi peluang untuk melakukan penghijrahan. Selagi pintu taubat masih belum tertutup, ada masa untuk memperbaiki kesilapan lalu. Begitu juga bagi pelakon, penyanyi yang juga bekas peserta Akademi Fantasia, Nonny Nadirah yang kini sudah berhijrah dengan memakai hijab. Kalau dulu pakaiannya hanya baju pendek dan mini skirt menutupi tubuhnya, tetapi kini Nonny kelihatan sangat cantik dalam sarungan hijab labuh serta baju longgar yang menutupi susuk tubuhnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ? Nonny Nadirah ? (@nonnynadirah) on

Bercerita dalam sesi video dengan Salam Muslim, Nonny menceritakan detik penghijrahannya. Ternyata dia tidak berjaya membendung air mata yang jatuh sepanjang bercerita detik penghijrahannya itu.

Menurut Nonny walaupun mengakui kebesaran Yang Maha Esa, namun masih tiada perasaan keberadaan Allah dalam hidup menjadikannya terus leka dan berbuat dosa.

Nonny juga percaya tentang kematian dan atas sebab itulah dia tidak mahu ambil peduli hal orang lain sebaliknya sentiasa muhasabah diri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ? Nonny Nadirah ? (@nonnynadirah) on

Tambah Nonny dia sentiasa memohon pada Allah untuk menjadikan dirinya orang yang lebih baik daripada sebelumnya. Dia terus terusan berdoa agar Tuhan makbulkan segala doanya. Nonny turut tidak malu menagkui setiap hari menangis berdepan dengan Tuhan di atas tikar sejadah.

IKLAN

Sememangnya bukan senang untuk seseorang itu berubah dari rutin sebelumnya. Nonny juga tahu hidayah itu milik Allah dan terupulang padaNya untuk memilih siapa berhak menerimanya.

Dan dia bersyukur kerana melalui fasa penghijrahan ini. Namun masih lagi belajar banyak perkara dan cuba untuk memperbaiki diri. Nonny memberi #6 tip bagaimana untuk berhijrah.

#1. Cuba-Cuba Sarung Tudung

“Permulaan hijrah saya bermula sehari selepas balik dari mengerjakan umrah. Sepanjang berada di sana, memang kita kena selalu pakai tudung dan wajib menutup aurat. Jadi apabila balik ke sini, saya rasa tidak selesa dan macam ada sesuatu yang tidak kena. Malah sehari sebelum itu (berhijrah) saya pergi shooting macam biasa dan masih lagi free hair. Balik sari shooting itu saya rasa macam tidak selesa tak mengenakan tudung. Kemudian saya ambil satu shawl dan cuba pakai dan tutup kepala. Perasaan ingin pakai itu datang secara tiba-tiba.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ? Nonny Nadirah ? (@nonnynadirah) on

#2. Cuba-Cuba Beli Tudung

“Besoknya saya mengajak kawan teman pergi beli beberapa helai tudung. Dia mulanya terperanjat tapi saya cakap saja nak beli nak try pakai. Saya kemudiannya beli tudung bawal berharga RM10 dalam 5 helai.

IKLAN

#3. Minta Nasihat Ibu Bapa & Orang Tersayang

“Sebelum saya decide untuk berhijrah, saya ada telefon emak dan tanya macam mana kalau terdetik hati nak pakai tudung. Tetapi tiada koleksi tudung. Yang ada banyak baju yang memang untuk free hair, t-shirt, mini skirt. Emak hanya  menasihati dan menjawab dengan tenang. Katanya “Nonny kalau dah terdetik hati untuk pakai tudung, pakailah. Hidayah itu milik Allah, tetapi kita yang kena paksa diri berubah ke arah yang lebih baik”. Emak suruh Nonny minta pada Allah agar dipermudahkan segala urusan. Dan insya-Allah, Allah akan permudahkan segala urusan kita.

 

View this post on Instagram

 

Thank you for being there for me ma.? . #nonnynadirah

A post shared by ? Nonny Nadirah ? (@nonnynadirah) on

#4. Doa Mohon Kekuatan

“Setiap kali lepas bersolat, saya doa pada Allah untuk permudahkan niat untuk buat benda yang betul. Jauhkah diri ini dari bisikan syaitan. Sehari selepas itu seorang sahabat datang hadiahkan tudung. Saya menangis dan saya cakap pada Tuhan, ya Allah kau dengar doaku, kau angkat doaku, dan kau permudahkan segala urusanku. Dan dari situlah saya terus pakai tudung. Keputusan dibuat adalah dengan kehendak diri sendiri bukanlah tanpa ada paksaan dari mana-mana pihak.

#5. Minta Sokongan & Doa Orang Sekeliling

“Saya juga berjumpa sahabat dengan memakai tudung. Mereka agak terkejut dengan penampilan saya. Mereka kata betul ke ni? Saya katakan saya dalam fasa percubaan dan mohon doakan yang terbaik. Mereka kena support sebab saya risau, rasa tak mampu, boleh ke tidak pakai tudung. Tetapi dalam masa sama hati jadi ringan dan tak berat.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ? Nonny Nadirah ? (@nonnynadirah) on

#6. Perbaiki Solat

Walau bagaimanapun sebelum berhijrah, pertama kali apa yang saya buat ada perbaiki solat. Kalau sebelum ini setiap kali shooting memang terdetik hati untuk solat. Jadi sehari ada lima waktu, saya try satu, kemudian dua. Kadang-kadang kalau belum sampai saya punya turn shooting, saya mintak izin untuk solat. Memang ramai yang pelik dengan perubahan diri. Tidak perlu rasa malu kerana itu urusan kita dengan Allah. Sama ada diterima atau tidak, kita sudah berniat dan penting mencuba. Saya audit diri sendiri dulu dengan cara perbaiki solat dulu.

Hingga kini Nonny masih lagi kekal berhijrah, walaupun masih baru dan belajar untuk menjadi insan lebuh baik.

Hijabista doakan semoga Nonny akan kekal istiqomah kerana perjalanan selepas itu yang sukar untuk ditempuh kerana pelbagai cabaran serta dugaan perlu dihadapi.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM NONNY NADIRAH

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI