Rupanya Pernah Alami Berat Badan Naik Mendadak Lepas Bersalin, Siti Sarah Kongsi 10 Tip Kurus & Sihat

Share

Siapa tidak mengenali penyanyi genit bersuara gemersik ini, Siti Sarah yang punya bakat tersendiri. Melihat dirinya yang makin cantic sekarang ini, bagai tidak percaya pelantun lagu Semakin ini pernah mengalami pertambahan berat badan. Sarah pernah mengalami situasi itu selepas melahirkan anak keduanya dulu.

Namun kini, ibu kepada tiga cahayamata ini memiliki tubuh yang langsing dan sangat menawan seperti anak dara. Bukan senang untuk mendapat berat badan ideal sementelah fizikalnya yang bersaiz kecil molek.

Dalam satu temubual Siti Sarah ada berkongsi beberapa tip kecantikan dari dirinya dan bagaimana dia mengekalkan bentuk badan seperti diidamkan kebanyakan wanita.

Bagi hijabi yang mengalami masalah berat boleh cuba cara ini sebelum menyarung kebaya Syawal nanti.

Ayuh kita lihat 10 tip diet Siti Sarah yang sangat mudah tetapi paling penting kena disiplin.

1. Selain mengamalkan produk sendiri, Sarah juga amat menitikberatkan soal pemakanan.

2. Sarah akui mengurangkan pengambilan tepung gandum.

3. Isteri kepada pelawak Shuib ini juga tidak makan daging merah.

4. Penyanyi lagu Jangan Kau Mimpi ini juga tidak minum air bergula. Sebagai ganti, Sarah akan minum jus buah.

5. Ibu kepada tiga anak ini juga akui mengamalkan jamu selepas bersalin. Sarah akan menggunakan bahan-bahan seperti asam jawa, kunyit, telur, gula kabung asli, kencu dan cekor untuk direbus sebelum diminum.

6. Sarah juga akan minum banyak air putih untuk memastikan kulitnya tidak kering.

7. Penyanyi berusia 33 tahun ini tidak mengambil makanan berminyak.

8. Pernah melihat sendiri arwah ibunya menderita akibat penyakit kencing manis, Sarah akui dia kini tidak mengambil gula putih atau makanan manis. Sebaliknya, jika dia terasa ingin makan benda manis, dia akan menggantikannya dengan madu asli ( #MaduShuib ) & coklat.

9. Kesibukan dengan keluarga dan kerjaya membuatkan Sarah jarang bersenam. Namun, jika ada masa kelapangan, dia akan cuba cari masa untuk pergi bersenam.

10. Sarah juga mengambil suplemen Vitamin C untuk kesihatan badan.

SUMBER: FACEBOOK THE BEE FACTORY JOHOR

IKLAN