Raih Lebih 300 Anugerah! Siti Nurhaliza Tersenarai Dalam Anugerah Berprestij, Atasi Penyanyi Antarabangsa

Share

Nama penyanyi nombor satu negara, Dato Sri Siti Nurhaliza ‘trending’ di Twitter selepas nama beliau tersenarai dalam carta penyanyi dunia yang menerima anugerah paling banyak dalam karier mereka.

Beliau yang mesra disapa Tok Ti menduduki tempat ke 27 dengan 329 anugerah dan telah mengatasi artis-artis antarabangsa dalam ‘ranking’ tersebut termasuklah Katy Perry, Selena Gomez, Celine Dion dan ramai lagi.

Mengungguli tempat teratas adalah penghibur lagenda dunia, Michael Jackson dengan 1003 anugerah manakala Beyonce (896 anugerah) di tempat kedua dan diikuti dengan penyanyi sensasi, Taylor Swift (867 anugerah) di tempat ketiga.

Susulan itu, ramai netizen yang bangga melihat pencapaian pelantun lagu Anta Permana ini dan terharu kerana nama Tok Ti tersenarai sebaris dengan artis terkenal antarabangsa.

IKLAN