Kedutan pada dahi menjadi satu perkara serius dikalangan wanita terutamanya pada mereka yang semakin meningkat usia! Siapa yang mahu lihat tua, bukan? Kadang-kala kedutan di dahi jelas terserlah walaupun usia seseorang masih lagi muda.
Pelbagai produk yang kononnya mampu menghilangkan kedutan dijual di pasaran tetapi tidak mampu untuk merawatnya! Sudahlah kosnya yang tinggi, hanya membazirkan duit sahaja. Usah risau, apa kata kamu cuba dengan bahan semula jadi ini untuk menghilangkan kedutan di muka.
Kandungan nutrisi semulajadi di dalam minyak zaitun, dapat merangsang kulit untuk menghasilkan kolagen semulajadi. Antara nutrisi yang terdapat di dalam minyak zaitun adalah Vitamin C, Vitamin E, Vitamin D serta Zat besi.
Sebelum tidur, pastikan wajah di cuci terlebih dahulu. Kemudian, boleh sapukan minyak zaitun pada wajah dan biarkan ia semalaman.
Ambil lobak saiz sederhana besar, bersihkan dan parut. Campurkan dengan 2 sudu tepung jagung bersama dengan sebiji kuning telur. Gaulkan ketiga-tiga bahan ini, sehingga sebati.
Gunakan campuran tadi untuk dijadikan sebagai masker. Sapu pada keseluruhan wajah dan biarkan selama 40 minit.
Buah lemon adalah antara buah yang kaya dengan vitamin C.
Caranya sangat mudah. Mula-mula, belah dua buah lemon. Picitkan sehingga keluar jus lemon, dan sapukan jus lemon tadi pada bahagian dahi. Jika kamu ingin sapukan pada keseluruhan muka pun boleh juga!
Tapi, kalau kulit muka mempunyai luka, ia mungkin akan menyebabkan ada rasa pedih. Jadi, elakkan di kawasan yang luka.