Kecantikan

Rabun Isteri Hilang Dalam Masa 4 Hari, Lelaki Ini Kongsi Petua Cukup Mudah

Share

Memanglah nampak cantik kalau pakai kanta lekap. Malah ada macam-macam warna yang dijual di pasaran sekarang. Namun situasi ini hanya sementara kerana memang leceh menjaga mata yang menggunakan kanta lekap.

Ramai yang mengalami sakit mata hingga perlu menjalani pembedahan gara-gara terlupa tanggalkannya dan terus bawa ke tidur.

Justeru, ramai antara kita yang lebih senang menggunakan kaca walaupun dikatakan macam cikgu atau orang tua.

Tetapi sebenarnya ada cara untuk elak rabun dan tidak perlu pergi menjalani rawatan sebaliknya hanya menggunakan petua sedia ada.

Perkongsian di laman sosial oleh Mohd Helmi yang berkongsi pengalaman isterinya yang tidak lagi rabun setelah mencuba petua ini.

Bahan-bahan:

2 sudu cuka epal

2 sudu madu tualang

Air secawan

Cara membuat:

Campurkan semuanya dan amalkan minum pagi dan malam. Amalkan secara konsisten dan insya-Allah hasilnya menggembirakan.

p/s: Boleh minum untuk ibu yang sedang menyusukan badan

IKLAN