Sumber untuk menjaga kecantikan sejak turun temurun bertunjangkan alam semulajadi. Sehingga kini, produk-produk kecantikan baik keluaran antarabangsa atau tempatan sedaya upaya mencipta produk mereka dengan ekstrak bunga-bungaan ataupun tumbuh-tumbuhan lain supaya lebih menarik di mata pencinta kecantikan.
Petua mudah dari alam sekeliling kita, bunga raya yang merupakan bunga kebangsaan Malaysia. Bunga raya ataupun nama saintifiknya Hibiscus rosa-sinensis memiliki banyak manfaat terutamanya untuk menyegarkan dan melebatkan rambut.
Asid amino yang terdapat dalam bunga raya bunga memberikan rambut nutrien yang membantu dalam menggalakkan pertumbuhan rambut. Asid amino ini menghasilkan sejenis protein struktur khas yang disebut keratin, yang mana ia merupakan sejenis protein yang membina struktur rambut.
Ini adalah cara bagaimana anda boleh menggunakan tumbuhan ini untuk petua melebatkan dan menyihatkan rambut.
Selamat mencuba!