
Baru-baru ini pasangan selebriti terkenal Indonesia, Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-4.
Untuk menjadikan detik itu lebih manis dan bermakna, pasangan bahagia ini mengambil keputusan untuk bercuti bersama ke Madrid, Sepanyol.
Kunjungan Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar ke Madrid bukan sekadar untuk meraikan ulang tahun perkahwinan mereka.
Mereka turut memenuhi hasrat Atta Halilintar untuk melawat stadium kelab bola sepak kegemarannya, Real Madrid.
Sepanjang percutian bersama, Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar tampil serasi dengan outfit rona hitam putih yang menyerlahkan gaya eksklusif mereka.
Ketika berada di lapangan terbang, Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar serasi bersama dengan jaket serba hitam dan ribbon sunglasses. Kedua-duanya membawa copper cabin luggage serta beg berjenama mewah Louis Vuitton, Bottega Veneta dan Chanel.
Pasangan ini memilih untuk duiduk di bahagian business class semasa di dalam pesawat. Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar mempamerkan rasa sayang mereka di bawah selimut baldu ungu.
Tiba di Stadium Estadio Santiago Bernabéu, Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar sekali lagi tampil serasi dengan puffer jacket dan outfit rona neutral.
Aurel memakai long john suit bersama seluar panjang, dan tudung rona nude. Aurel melengkapkan gayanya dengan down vest rona putih. Aurel turut membawa Chanel flag bag rona coklat.
Atta Halilintar kelihatan ceria memakai puffer jacket rona putih bersama seluar kargo khaki.
Ketika membuat kandungan TikTok bersama-sama, Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar mengenakan jaket kulit dan seluar jeans.