Melihat perkembangan pelakon Emma Maembong yang kini sedang hamil anak kedua bersama pasangan, Muhammad Shazli Azhar, terselah seri wajah yang manis pada mukanya. Emma kelihatan lebih ceria dan kulit putih kemerahan jambunya menjadi tanda tanya apa rahsia penjagaan kulitnya.
Ketika ditemubual, Fatimah Rohani Ismail atau lebih dikenali sebagai Emma Maembong turut berkongsikan tentang pengalamannya ketika mengandungkan anak sulungnya, Shariq, dimana mengalami masalah kulit wajah.
“Masa first time saya hamil, muka saya agak teruk sehinggakan tak berjumpa dengan orang,
“Saya sendiri tak biasa lihat perubahan badan dan ada satu ketika saya menangis di dalam tandas. Suami terpaksa pujuk disebabkan perubahan yang saya alami ketika itu mengejutkan diri ini.” ujarnya.
Ads
Pelakon berusia 30 tahun itu berkata lagi tiada tip penjagaan wajah namun dia lebih akur dalam penjagaan emosi ketika hamil. Malah dia juga akui selepas bersalin, penjagaan pantang amat ditekankan dan cuba untuk melangsingkan badan bagi kesihatannya.
“Bila dah hamil kali kedua, saya dah pandai jaga emosi. Tengok sahaja muka naik jerawat, saya pakai face masker atau skincare, jaga sebelum makin teruk,
“Mengandung memang akan berbadan besar, lihat pula ramai kakak-kakak saya jaga badan jadi saya ikut cara mereka untuk penjagaan badan,
Ads
“InsyaAllah lepas bersalin saya akan cuba untuk kecilkan semula badan tapi bukan untuk suami atau orang, malah lebih demi diri sendiri dan kesihatan.” katanya lagi.
Sekadar info, Emma Maembong dan suaminya mendirikan rumah tangga pada 20 Ferbruari 2020. Perkahwinan mereka diserikan lagi dengan kedatangan anak sulungnya, Shariq Arshan Gabriel pada 8 November 2020.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hari-hari baca doa tapi antara faham ke tidak apa yang anda baca. Mungkin dari doa di dalam Bahasa arab anda hanya menghafal tanpa endahkan maknanya. Selepas ini boleh tukarkan doa-doa yang kita baca itu kepada Bahasa Melayu pula.
Bila dah faham doa, pasti lebih seronok untuk memohon permintaan dari Allah. Sekali gus kita juga akan lebih khusyuk dan lebih menghayati doa yang dibacakan. Di saat inilah kita disarankan perbanyakkan doa agar dijauhkan dengan wabak yang tular.
Sebelum ni kita selalu berdoa, “Ya Allah berikanlah aku kekuatan”.
Jika doa begini, maka Allah akan sentiasa menguji hambaNya untuk test kekuatan kita.
Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah, “Ya Allah lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi hari ini, Ya Allah keluarkanlah aku dari kesulitan ini, Ya Allah bantulah diriku ini.”
Sebelum ni kita selalu berdoa, “Ya Allah BERILAH aku..”
Jadi cara doa yang kita boleh betulkan ialah, “Ya Allah KURNIAKANLAH aku..”
Sebab bila kita sebut BERI, bila-bila masa Allah boleh ambil nikmat tersebut. Jika sebut KURNIA, maka Allah akan kurniakan sesuatu pada kita sampai bila-bila masa, InshaaAllah.
Sebelum ni kita selalu berdoa, “semoga DIMURAHKAN rezeki.”
Jadi cara doa yang kita boleh amalkan ialah, “semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat.”
Bila kita sebut “dilimpahkan”, maka benar Allah betul-betul limpahkan rezeki yang sangat banyak, berbanding dengan dimurahkan, sebab bila sebut murah, Allah berikan rezeki yang biasa dan mencukupi sahaja. Satu lagi perkataan selain dilimpahkan, boleh juga guna perkataan TAMBAHKANLAH. Dan ini doa yang boleh kita amalkan bersama setiap kali dalam sujud terakhir kita.
“Ya Allah, TAMBAHKANLAH bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang baik, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”
Sebelum ni kita selalu meng’amin’kan doa begini, “Amin Ya Rabbal Al-Amin.”
Jadi cara yang lebih baik untuk kita amalkan bersama-sama adalah, “Amin Ya Allah Ya Mujib”.
Sebab maksud Mujib ni ialah memakbulkan. Kita bersungguh-sungguh nak Allah makbulkan doa kita ni, jadi sebut dengan penuh yakin Ya Mujib.
Sebelum ni kita selalu berdoa dengan cara kita ‘mengarahkan’ Allah untuk cepat-cepat keluarkan kita dari masalah-masalah yang kita hadapi.
Jadinya doa yang terbaik kita boleh amalkan sambil mendoakan juga untuk orang lain, adalah dengan cara ini,
(Allah adalah Rabb kami yang kami tidak pernah sekutukan dengan siapa pun)
Baca 100x, doa ketika beramai-ramai.
“Allah.. Allahu Rabbi.. Laa Usriku Bihi Syai’a”,
(Allah adalah Rabbku yang aku tidak sekutukan dengan siapa pun)
Baca 100x, doa apabila seorang diri.
Kenapa kita baca doa atau zikir ini adalah sebab doa ini penyingkir kesulitan, kesusahan, kegelisahan, kekhuatiran dan keresahan.
Sekali gus doa ini boleh menghilangkan beban hutang, beban hati, beban fikiran, serta sangat baik sekali buat bantu sahabat-sahabat kita dalam mencapai hajat-hajat mereka.
Sebelum ni kalau di masjid nak sedekah tu, mungkin ada yang sedekah dan berlalu pergi macam tu je tanpa berdoa, atau mungkin ada yang berdoa dan terlalu mengharapkan Allah bagi rezeki cepat-cepat kat kita. Allahu.
Jadi InshaaAllah selepas ini, betulkan niat kenapa kita nak sedekah dan berdoalah dengan bersungguh-sungguh kepada Allah,
“Ya Allah aku sedekahkan sejumlah ini kerana untuk digunakan demi mencari redhaMu. Semoga sedikit sumbangan ini dapat menghapuskan segala dosa-dosaku yang membuka segala pintu rezeki yang tidak pernah ku duga.”
Doa di bawah ini adalah khusus untuk orang yang sibuk berniaga siang malam, solat pon kadang hujung waktu dan lebih sedih lagi sampai tak ada masa nak spend time bersama dengan keluarga tersayang.
Faktor jadi macam ini mungkin antara sebabnya doa kita tak spesifik minta kepada Allah. Jadi, InshaaAllah doa di bawah ini dapat membantu anda yang berniaga.
“Ya Allah ilhamkanlah kami dengan perniagaan ini dapat membawa kami dekat denganMu, yang membuatkan kami banyak masa untuk beribadat denganMu, banyak masa bersama suami/isteri, anak-anak kami serta ahli keluarga kami. Ya Rabb, kurniakanlah kami jutawan Islam yang kembali menegakkan ekonomi Islam. Dan Engkau kurniakanlah kami hamba-hambaMu yang menyebarkan dakwah dalam berniaga.”
Sebelum ni kita selalu berdoa, “Ya Allah kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah”.
Dan setiap kali tak dapat pasti kita akan rasa kecewa. Jadi doa yang boleh kita amalkan bersama adalah,
“Ya Allah sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan diriku dengan diriMu, maka makbulkanlah Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau melihatku, maka kurniakanlah anak yang soleh dan solehah. Kerana Engkau sebaik-baik perancang dan Engkaulah Tuhan Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu.”
Paling penting sekali adalah tips yang terakhir ini, kita dah berdoa bersungguh-sungguh ni dan dah tukar cara berdoa kita. Namun kita terlupa, untuk bersyukur kepada Allah swt terlebih dahulu.
Sebab barangsiapa yang bersyukur, Allah akan tambahkan lagi nikmat buat dirinya. Waktu terbaik untuk kita ucapkan kesyukuran kita adalah setiap pagi bangun je dari tidur dan juga waktu malam sebelum tidur, buat terapi kesyukuran iaitu 7 rasa kesyukuran kita kepada Allah swt. Contohnya begini,
“Syukur Alhamdulillah terima kasih Ya Allah.. aku bersyukur masih lagi bernafas pada pagi ini, aku bersyukur Engkau kurniakanku kesihatan yang baik, aku bersyukur Engkau kurniakanku rezeki yang melimpah ruah buat diriku..”
Selain mekap dan pakaian bersesuaian, salah satu perkara wajib bagi menyempurnakan penampilan seorang hijabi adalah pemakaian kasut. Namun jika salah memilih kasut menyebabkan kita tidak rasa selesa untuk melangkah gara-gara beberapa masalah yang dihadapi. Lebih-lebih lagi jika menggayakan kasut baru yang pastinya mendatangkan masalah pertama kali memakainya.
Jika berhadapan situasi begini, janganlah risau atau rasa rugi membelinya kerana ada beberapa penyelesaian yang boleh kita kongsikan di sini. Hanya gunakan beberapa bahan semula jadi segala solusi akan diatasi segera.
Sentiasa melecet di celahan jari dan permukaan kaki akibat geseran getah selipar? Balutkan getah sandal leper anda dengan fabrik. Selain dapat mengelakkan melecet, ini juga dapat mengubah sandal leper anda menjadi lebih stailo.
Letakkan bedak bayi ke dalam kasut anda untuk mengelakkan bunyi berdecit. Solusi terbaik dan cukup pantas!
Kasut kain anda sering basah dan lambat untuk kering. Mudah sahaja! Hanya sapukan ‘wax’ lebah ke seluruh bahagian fabrik kasut anda dan panaskan menggunakan pengering rambut.
Usah gundah lagi gulana! Kini anda dapat mengelakkan melecet di belakang tumit dengan hanya sapuan gel deodoran.
Hapuskan bau kasut yang kurang menyenangkan dengan meletakkan uncang teh yang belum digunakan ke dalam kasut anda dan ia akan menyerap bau kurang menyenangkan itu.
Gunakan kertas pasir ke tapak kasut untuk lebih daya tarik. Ini dapat mengelakkan anda terjatuh akibat tapak kasut yang licin.
Sebut sahaja nama Fathia Latiff, pasti terbayang pelakon yang sering terpalit dengan kontroversi satu ketika dahulu sehingga namanya hampir tengelam dalam persada seni tanah air.
Namun, mengambil ikhtibar dari masa hitam itu, Fathia kini mengorak langkah yang lebih besar penuh fokus serta komited apabila kembali melebarkan sayapnya dalam industri lakonan tanah air.
Memetik laporan Getaran, perkara ini turut disahkan oleh penerbit, Fadzil Teh, atau lebih dikenali sebagai Haji Zeel, ketika mengulas mengenai penglibatan pelakon tersebut di dalam drama bersiri, Jesnita terbitan syarikat produksinya.
“Dia bukan Fathia Latiff yang dahulu, sekarang dia dah banyak berubah dan dia sentiasa komited dengan kerjanya.
“Dia dah banyak berubah, dia sentiasa tiba awal ke set penggambaran dan dia bukan Fathia yang penuh kontroversi sepertimana dahulu,” katanya pada sidang media drama ‘Jesnita’.
Mengulas isu sama, Fathia turut mededahkan dia sebelum ini sememangnya merindui dunia lakonan dan bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana produksi yang ingin mmeberikan ‘peluang kedua’ kepadanya.
Fathia berkata, drama ‘Jesnita’ adalah naskah yang istimewa baginya, kerana ini merupakan naskah pertamanya selepas beberapa tahun tidak berlakon. Justeru, Jesnita membuka peluang baharu bagi Fathia untuk membuktikan dia bukan lagi Fathia yang dahulu.
“Sebenarnya saya tidak ingin menjual nama sendiri, tetapi saya bukan lagi Fathia yang sebelum ini, jadi pihak -pihak produksi di luar sana tidak perlu ragu-ragu untuk bekerjasama dengan saya.
“Benda itu dah berzaman, ini Fathia yang baharu, kita pun dah matang, Fathia rasa mereka boleh tengok sendiri selepas drama ‘Jesnita’ ini ditayangkan nanti,” ujarnya.
Untuk rekod drama Jesnita meruapakan sebuah drama terbitan Zeel Production dan akan ditayangkan secara bersiri sebanyak 40 episod. Drama ini turut menampilkan nama-nama besar seperti Intan Najuwa, Nasha Aziz, Fikry Ibrahim dan Malek Maccrone.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.