Setiap kali ada saudara mara yang kahwin acara paling ditunggu adalah malam berinai. Rasa seronok dapat mewarnakan kuku dengan inai ‘homemade’ menggunakan daun inai.
Namun sekarang daun inai agak sukar untuk dicari dan proses membuatnya juga leceh. Daun inai kena hancur betul dan kemudian dicampur dengan kapur atau nasi untuk menjadikan ia lebih merah kekuningan.
Tetapi kini anda tidak payah bersusah lagi untuk memakai inai. Perkongsian dari di laman facebook Rosdiana Dian yang mengajar cara-cara membuat inai sendiri. Apa yang penting bahan digunakan selamat dan juga sah untuk dibuat solat.
Ads
Bahan-bahan:
Sabun
Ads
Pewarna
Ads
Sedikit kapur
Besor tu ja sabun mandi mak pakei. Dalam ukuran 2cm persegi. Hihihi.. Mak pakei sabun yang dapat dari hotel-hotel (mujur ada), sebab umah mak pakei sabun gemok.. Hehehe.. axion pun takde. Basuh pinggan pakai yang cecair. Mak parut pakei gunting jerk
Haaaa.. ni la hasil sabun mandi yang mak dah siap parut tadi..
Ini kapur sireh.. buleh beli kat kedai runcit. Takpun try jengah kat dapor kome.. mesti ada punya la.. bukan nak pakai banyak pun.. secoet ja. Hehehee
Haaa.. agak-agak gini laaa sukatan kapur sireh tu tadi… jangan banyak sangat kang lain jadinya.. Hehehee..
Cara membuatnya:
Bancuh ketiga-tiba bahan dan satukan. Biarkan sebati.
Ini la pewarna makanan yang mak pakai. Pewarna Ceri Merah cap bunga Rose. Rege dalam rm2.50. Ada jugek yang pakei sirap. Tak kesah la Uolls nak kaler apa pun.. ungu ke.. ijau ke… hitam coklat ke.. mak tak rela pulak nak kaler ijau.. Hihihi.. Tapi…. jangan yang jenis kordial tu tau.. naiyaaa ja kang tak jadik.
Ni struktur bancuhan 3bahan asas tadi.
Ni hasilnya… dapat setupperware kecik
2. Sapu pada jari satu persatu dengan kemas. Biarkan seketika sebelum dibasuh bersih.
Mak pakei putik kapas yang kecik tu haaa.. heheheee
Ni tangan kiri mak.. rasa kemas ja…
Ni hasilnya.. semoga terinspirasi buat uolls.. Mak buat ni sebab stok inai Mak dah abeh.. Inai dari Mekah tuari pun ilek… Dah la mak memang inai x putus dijari.. Sentiasa perantin baru ler katakannnn.. hihikk.. ? Lagi satu yang beli kat kedai tu tak tahan lama.. kejap ja pudar… Nak carik daun inai nak tumbuk-tumbuk jenuh ler pulak. Maka, terhasil laa inai moden nihh.. hehehe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Belum berhijab sepenuhnya! Ini pengakuan finalis rancangan realiti Pilih Kasih yang juga pelakon dan model wanita, Lia Natalia kini sering mengenakan hijab, hingga menimbul persoalan adakah si cantik manis itu kini sudah berhijrah ke arah yang lebih baik?
Malah, Lia juga kerap menghadiri majlis-majlis ilmu agama bersama rakan artis, sambil menggayakan busana patuh syariah seperti jubah dan bertudung litup.
Memetik hantaran kapsyen di ruangan Instagram milik Lia, jelitawan itu memaklumkan dirinya masih dalam fasa belajar dan belum berhijab sepenuhnya seperti yang didakwa netizen.
“Saya belum bertudung sepenuhnya, tapi keinginan itu sentiasa ada,” kata Lia.
Jelasnya lagi, gambar yang tular di media sosial adalah ketika menghadiri majlis ilmu agama, sekaligus menolak dakwaan dirinya kini sudah pun berhijab.
Namun, menurut lia, dia sememangnya ada menyimpan hasrat untuk ke arah itu dan memohon agar diberi ruang dan peluang untuk berubah secara perlahan-lahan dan kerana kemahuannya sendiri.
Pada masa yang sama, Lia berkata dia merasa cukup terharu dengan komen-komen positif yang dilemparkan netizen kepadanya, malah Lia berharap agar para peminat sentiasa mendoakan agar dia menjadi lebih baik di masa hadapan.
“Saya menerima banyak komen positif daripada peminat. Malah ramai juga yang minta saya teruskan dengan imej berhijab ini.
“Doakan semoga saya diberikan kekuatan dan hidayah. Saya juga sedar yang memakai tudung ini adalah wajib bagi menutup aurat,” katanya.
Sebagai rekod, pada sambutan ulangtahun kelahiran yang ke-30 tahun, lia telah memuatnaik gambar dirinya tampil bertudung litup serta menzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang memberikan kata-kata positif serta mendoakan supaya dia mendapat hidayah untuk kekal berhijab.
Sebut sahaja nama Fazura, pasti kita terbayangkan satu figura tinggi lampai yang disenangi ramai dengan penampilanya yang sentiasa on point meski setelah memutuskan untuk menutup aurat sepenuhnya.
Malah, Fazura tampil semakin cantik dan jelita sejak tampil dengan imej berhijab. Sejak kebelakangan ini, pelakon filem Pisau Cukur ini kerapkali memuat naik gambar OOTD nya dengan gaya hijab yang anggun, molek dan sopan. Apa yang penting, semua stailnya ‘on-point’ biarpun berhijab!
Suka benar kami melihat pelakon Fazura dalam rona putih. Sudahlah memang empunya diri cantik & manis, apabila menyarungkan rekaan berona putih, lebih tampak ayu dan sopan. Seperti gaya OOTD di atas, pelakon ini bijak menggayakan rona putih dengan rekaan celana potongan besar atau ‘palazzo’ untuk menjadikan seluruh imej lebih menarik.
Padanan akesesori seperi ‘handbag’ juga memainkan peranan penting menjadi pelengkap stail ini. Pilih warna-warna aksesori yang lebih ‘bold’ untuk dijadikan sebagai ‘fashion statement’ dalam keseluruhan gaya.
Gaya hijab juga menjadi nilai bonus dalam stail rona putih ini. Cuba gayakan hijab anda dengan gaya yang lebih moden! Pastinya ia memberi lebih ‘volum’ dan keunikan gaya OOTD anda. Jika anda ingin wujudkan stail wanita yang sofistikasi, jangan lupa bawa sekali cermin mata hitam untuk lebih mahal dan eksklusif!
Ayunya Fazura dalam rekaan serba ‘pink’ ini! Jelas kelihatan gaya yang santai, selesa dan paling penting, sopan! Biarpun hanya mengenakan rekaan ala jubah, pelakon ini masih nampak urban dan bergaya! Nak tahu triknya? Usah beli rekaan jubah yang terlalu besar atau terlalu kecil.
Anda harus membeli jubah yang sesuai dengan saiz tubuh anda. Barulah nampak gaya OOTD ‘on-point’ walaupun hanya menyarungkan sehelai jubah. Pilihan warna serta aksesori juga memainkan peranan penting untuk melengkap keseluruhan stail ini. Jika mahu selamat, elakkan pilihan corak yang terlampau. Ingat ya! ‘Less is more’! Lebih sederhana lebih mahal!
Ramai wanita di luar sana risau jika menggayakan ‘blouse’ yang kosong dan sopan, keseluruhan gaya nampak bosan. Tidak ya! Lihat saja pelakon ini! Bijak dalam menyesuai padankan rekaan ‘blouse’ yang berona polos putih bersama dengan celana biru cair, semestinya gaya ini wajib anda lihat dan rujuk untuk menghasilkan stail yang mewah!
Fazura tidak kekok dalam menggayakan busana muslimah tetapi menjadikannya lebih menarik dengan gaya hijab yang lebih ‘intrend’, warna yang segar serta pilihan cermin mata hitam yang sempurna gaya ‘Lady Boss’ versi islamik! Cubalah!
Ketepikan dahulu padanan yang sarat dengan corak bunga, potongan yang labuh atau feminin. Untuk gaya OOTD ini, kita raikan gaya ranggi si muslimah moden! Padanan ‘baseball shirt’ bersama seluar khakis berona tanah cukup sempurna untuk digayakan di tengah bandar raya Kuala Lumpur!
Pilihan kasut yang sesuai ala ‘sporty’ juga menghidupkan imej OOTD ini! Masih dalam konteks menutup aurat, cumanya ia lebih ranggi! Mengapa tidak?
Apa yang tidak kena dengan helaian denim? Tidak ada salah dalam menyarungkan rekaan denim samaada celana mahupun baju! Sesuai untuk anda yang ingin gaya minimalis dikala sibuk melakukan tugasan kerja di luar, sehelai rekaan denim mampu untuk membuatkan gaya anda mahal! Pilih kemeja yang kosong (lebih baik jika fabriknya ‘cotton’) untuk digayakan dengan celanan denim.
Percaya atai tidak, biarpun ianya tampak ringkas tetapi sebenarnya gaya ini sahaja sudah cukup untuk menonjolkan aura kejelitaan anda persis pelakon Fazura ini! Tidak salah juga untuk menyarungkan dari atas ke bawah dengan fabrik denim! Asalkan tidak terlalu sarat dan tidak kelihatan ‘murah’, ia sesuai untuk digayakan!
Ramai yang terlalu fokus pada penjagaan kulit seperti serum, pelembap, dan produk anti-penuaan, anda mungkin melupakan bahagian yang penting seperti pencuci muka. Pembersih adalah masalah yang sangat besar, terutama pada masa-masa yang lampau, seperti musim sejuk,” pengarah profesor klinikal di Pusat Perubatan Universiti Georgetown di Washington.
Kenapa? Suhu yang lebih sejuk di luar ditambah dengan panas kering di dalamnya akan melembapkan kelembapan dari kulit anda, jadi dengan menggunakan pembersih muka dengan bahan yang keras ke kulit muka anda ini akan menambahkan masalah kulit. Cuci muka anda untuk membersihkan kulit, kebanyakkannya terkandung dengan surfaktan iaitu sabun yang menarik kotoran, minyak, dan kotoran dari liang.
Bahan ini dapat menghilangkan lebih banyak kelembapan dari kulit dan menyebabkan tompok-tompok kering dan tidak stabil. Bukan hanya masalah keperitan atau perasaan ketat yang tidak selesa, kulit kering kelihatan bersisik, kusam, dan menonjolkan garis dan kedutan.
Walaupun anda menghadapi jerawat, berhati-hatilah untuk mengeringkan kulit anda. Ini menyebabkan kecederaan mikro pada kulit di mana bakteria boleh masuk dan memburukkan lagi jerawat. Bahkan mereka yang mempunyai kulit rawan jerawat, perlu mengetahui bagaimana udara musim sejuk yang kering dan sejuk mempengaruhi kulit mereka.
Inilah fungsis pencuci muka yang lembut dan menghidrat untuk anda. Pembersih adalah alat yang sangat kuat ketika berhadapan dengan kulit kering. Tetapi bagaimana anda mahu memilih apabila terdapat puluhan pilihan di pasaran? Di sini, pakar dermatologi menerangkan apa yang perlu dicari dalam mencuci muka yang berkesan untuk kulit sensitif.
Cari yang berkrim: Ramai yang beralih ke pembersih gel ketika berada cuaca panas seperti Malaysia untuk membantu mengawal minyak dan berkilap dalam kelembapan. Tetapi pencuci muka berkrim lebih bermanfaat jika anda mempunyai kulit kering. Cari label yang tulis”berkrim” atau “losyen”, kelihatan berwarna putih di luar botol, atau terasa seperti pelembap ketika digunakan.
Elakkan wangian: Sangat penting untuk memilih produk tanpa wangian, kerana wangian dapat menimbulkan kegatalan, kata pakar dermotologi. Cari label tanpa wangian atau tanpa wangian pada label. Produk kulit sensitif adalah satu lagi kaedah yang baik.
Cari bahan pelembap: Asid hyaluronik adalah pelembap terkemuka kerana menarik air ke kulit, kata dan ceramida juga memberikan kelembapan tambahan, sementara lidah buaya dan soya terasa menenangkan.
Perhatikan anti-penuaan: Bahan-bahan seperti asid glikolik atau laktik dapat membantu melawan tanda-tanda penuaan (dan menjaga bintik hitam yang menjengkelkan), tetapi mereka akan menghilangkan kulit kering dari minyak yang diperlukannya. Jauhkan bahan-bahan ini dari pencuci muka anda.
Sebaik sahaja anda sudah bertemu dengan pencuci muka yang anda sukai, pastikan membersihkannya hanya sekali sehari sebelum tidur. ika kulit anda terasa kering, tambah dengan air micellar atau toner penghidratan pada waktu pagi. Gunakan secara segera sementara kulit masih lembap, masukkan hidrasi dengan pelembap yang baik untuk kulit sensitif.
Sekarang anda tahu apa yang harus dicari, anda dapat mengubah rutin anda. Di sini, pencuci muka terbaik yang boleh anda cuba jika anda mempunyai kulit sensitif yang kering.
Disyorkan oleh pakar, pencuci muka tanpa komedogenik tanpa wangian ini kepada anda yang mudah terkena kulit sensitif yang kering. Ia membungkus dalam tiga ceramida penghidratan alias lemak yang secara semula jadi terdapat di kulit anda untuk mengelakkan kehilangan kelembapan, serta asid hyaluronik untuk menarik air ke dalam kulit dan mengunci hidrasi.
Pencuci muka ini kegemaran ramai, kerana tekstur lembutnya dan berkesan untuk kulit yang sensi. Formulatif kurang buih membersihkan kotoran tanpa menghilangkan kelembapan. Ia juga tidak berbau dan tidak komedogenik jadi ia tidak akan menyumbat pori-pori anda. Menjadikan ini juga pencuci muka yang sangat baik untuk kulit yang berjerawat.
Pembersih berkrim ini bebas sabun dan pewarna, jadi ia tidak akan membiarkan kulit kering dan sensitif terasa merah atau tegang. Aloe dan timun berfungsi untuk menenangkan kulit, sementara buih berkrim dengan lembut menghilangkan kekotoran. Keputusan? Kulit lembut seperti bayi yang terasa gebu dan bersih.
Diformulasi dengan teknologi cucian muka inovatif, pencuci muka ini berfungsi seperti magnet yang menyerap dan menyingkirkan minyak dan kotoran disamping mengekalkan kelembapan asal kulit muka. Ia mempunyai ajen anti-bakteria yang melawan bakteria yang menyebabkan jerawat untuk kulit muka yang halus dan licin.
Orang ramai mempercayai Neutrogena Hydro Boost Gel-Cream tetapi gel pembersih dalam barisan ini semestinya mendapat kepercayaan mereka yang selalu membeli di drug store. Dibekalkan dengan asid hyaluronik yang menghidrat, hanya sedikit pencucian muka tanpa sabun yang ringan ini. Gel berubah menjadi buih lembut, berkrim, mudah dicuci, dan tidak membuat kulit terasa tegang.
Tanpa sabun, paraben, minyak, dan pewangi, pencuci muka berkrim ini dari La-Roche-Posay dengan lembut menghilangkan solekan walaupun alat solek di bahagian mata dan kotoran sambil meningkatkan kelembapan, berkat air termal, ceramides, dan gliserin.
Pencuci muka dari Fresh ini agak sukar diikuti. Mereka yang mempunyai kulit kering dan sensitif akan mendapat manfaat daripada senarai ramuan soya untuk mengurangkan kemerahan, lidah buaya dan timun untuk menenangkan, gliserin untuk penghidratan, dan minyak biji bunga matahari dan borage untuk mengelakkannya perasaan rengsa. Tanpa wangian dan sabun, alat pembersih solek ini mampu melakukan semuanya.
Satu lagi pilihan lembut, gel pembersih khas dermalogica tidak pernah meninggalkan kulit terasa kering atau berminyak. Cukup pam sedikit ke tangan anda dan urut ke kulit, berfungsi menjadi buih lembut dan berkrim. Pudina dan lavender bekerjasama untuk menenangkan kulit. Keputusan? Kulit segar dan terhidrat yang sempurna untuk pelembap yang hebat ini.
Kulit anda akan bebas daripada kemerah-merahan apabila memakai pencuci muka ini. Formulanya lembut dan sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Pencuci muka yang dirumus dari ekstrak sakura ini membantu melembapkan kulit secara mendalam agar kulit lembap sepanjang hari. Ia juga mampu memperbaiki liang-liang pori supaya kelihatan licin halus.
Pencuci muka ini sesuai untuk kulit sensitif dan diperkaya dengan bahan-bahan yang dapat membaik pulih kulit anda. Ia berkesan untuk mengeluarkan minyak yang berlebihan dan membuat kulit terasa lebih lembut dan segar. Pembersih muka yang dirumus dari susu ini sangat lembut dan bebas sabun. Ia juga kaya dengan estrak lidah buaya yang dapat memberikan kelembapan kepada kulit.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui cara pilih gaya tudung ikut bentuk muka supaya penampilan lebih seimbang, manis dan yakin di Hari Raya. Panduan lengkap kenal 5 bentuk muka wanita.