Solat yang dituntut wajib dilakukan 5 waktu sehari bagi umat islam bukanlah perkara yang boleh dipandang remeh. Mendirikan solat sama juga mendirikan tiang agama. Namun ada beberapa perkara yang menjadi kekhilafan kita antara sedar dan tidak telah membatalkan solat.

Melalui ciapan hijabi ini @AinulNunanaa harap menjadi arah tuju kita untuk perbaiki solat semasa ke semasa.

Perkara Yang Membatalkan Solat:

  1. Berkata-kata dengan sengaja.

Berkata-kata dengan sengaja yang selain daripada al-quran, zikir atau doa dua huruf dan ke atas walau tidak difahami, atau satu huruf yang difahami maknanya.

2. Menambah atau mengurangkan perbuatan rukun solat.

Membuat beberapa perbuatan yang pada urufnya (adatnya) tidak disuruh melakukannya dalam solat.

IKLAN

3. Kedatangan hadas.

Sama ada hadas kecil atau hadas besar.

4. Najis yang tidak dapat dimaafkan.

Kedatangan najis yang tidak dimaafkan sama ada pada badan dan pakaian. Sekiranya jatuh najis yang kering pada pakaian dan boleh dibuang pada masa itu juga, maka tidaklah batal solat.Tetapi najis itu tidak boleh disentuh dengan tangan.

5. Terbuka aurat.

IKLAN

Terbuka aurat walaupun tidak dengan sengaja seperti ditiup angin tetapi sekiranya boleh ditutup sekejap itu juga, maka tidaklah terbatal.

6. Membelakangkan kiblat dengan dadanya.

7. Mengubat niat

Umpamanya ia solat fardu zohor kemudian ditukar niatnya kepada solat sunat zohor maka batal solatnya. Tetapi kalau berniat sunat mutlak tidaklah batal.

IKLAN

8. Makan walaupun sedikit

Seperti menelan sebiji nasi di dalam mulutnya kecuali dia terlupa.

9. Minum

Seperti menelan air liur yang masih lagi terasa manisnya.

10. Mengeluarkan suara selain bacaan dalam solat.

SUMBER: Aku Islam

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI