Perlukah cerewet ketika memilih tudung atau hanya ikut trend terkini? Sebenarnya apabila kita salah pilih warna tudung atau fesyen tudung yang sesuai, seri wajah kita seakan ‘terselindung.’ Tentu anda tidak mahu jadi begitu bukan?
Maka sebab itulah ketika memilih tudung, ambil sedikit masa untuk memilih yang sesuai. Perlu diketahui bahawa tidak semua warna tudung sesuai dengan semua orang. Dan tidak semua orang sesuai dengan gaya fesyen tudung yang orang lain nampak elok apabila digayakan.
Pexels.com
TIP PILIHAN TUDUNG AGAR TAMPIL MENAWAN
Tudung dan hijabi memang tidak dapat dipisahkan. Apa yang penting, anda harus bijak dalam memilih tudung dan cara menggayakannya, barulah penampilan anda nampak menyerlah.
Ads
Berikut adalah lima tip pemilihan tudung yang perlu anda ambil kira ketika memilih tudung:
1. Pilih yang sesuai dengan bentuk muka
Pastikan anda memilih tudung yang sama saiz dan sesuai dengan bentuk muka anda supaya, ia kelihatan cantik dan terletak.
2. Kain yang senang dibentuk
Pakai tudung yang senang untuk dibentuk. Anda akan rasa lebih selesa dan tampak kemas. Sebaik-baiknya tudung itu sepadan digayakan dengan baju anda.
Ads
Pexels.com
3. Elak warna kusam
Bagi mengelak anda tampak lebih berusia, elakkan daripada memilih warna tudung yang gelap dan kusam. Pilihlah warna yang terang yang mampu membuatkan anda nampak ceria.
4. Jangan pakai tudung dan baju daripada warna yang sama
Cuba elakkan daripada memakai tudung dan baju dengan warna yang sedondon.
Ads
Pexels.com
5. Pilih tanpa corak
Tudung tanpa corak juga sepadan digayakan dengan pakaian anda yang bercorak. Kalau dua-dua bercorak, nanti nampak berserabut.
HIJABISTA: Kala memilih tudung dan gaya fesyen lilitan tudung yang ingin digayakan, jangan lupa jaga soal aurat. Bahagian dada adalah aurat jadi labuhkan tudung menutupi dada.
Hijabi semua ada tak alami situasi bila cuci baju pakai mesin automatik tapi baju tetap berbau hapak walaupun sudah dituang sabun? Hmm, peliknya! Takkan tak bersih kot baju yang kita dah cuci tu?
Lagi pelik bila nampak ada habuk kerak-kerak hitam melekat di baju sekali. Sebenarnya kalau nak tahu itulah petanda atau signal dari mesin basuh yang ia perlu dicuci. Walaupun mesin basuh kerjanya membasuh baju setiap hari, namun ia juga perlu dicuci bagi memastikan kualitinya tip top.
FUNGSI SOAK/TUB CLEANING kat mesin basuh tu bukan semata-mata hiasan tau. Ada gunanya iaitu untuk buat cleaning tub mesin yang berkerja setiap kali membasuh.
So, mudah je cara nak basuh mesin basuh,
1.Tekan ON 2.Pilih dan tekan program SOAK/TUBE CLEANING , tekan START. 3.Bila mesin dah start isi air hingga tub hampir penuh masukkan CUKA + SODA BIKARBONAT.
**sukatan tu main agak je, suku cawan cuka dan 2-3 sudu soda bikarbonat, kalau tak letak soda pun okei dah sebab cuka sifatnya asid so buang segala bau kepam tu. Tapi kalau letak dua-dua lagi bagus sebab confirm bau macam mesin basuh baru beli.
Lepas tu tutup mesin basuh dan biarkan dia buat kerjanya. Dah siap biasanya akan bunyi macam mesin dah siap basuh kainlah, cuma bila buat sesi SOAK/TUB CLEANING janganlah mommy letak kain pulak.
Tu namanya, basuh kain bukan basuh mesin basuh😅. Nanti cuba buat tau,dan amalkan buat SOAK/TUB CLEANING 2bulan sekali supaya mesin berfungsi seoptimum mungkin.
Kalau lama-lama dibiarkan tak mustahil mesin basuh akan rosak sebab dah terlalu banyak habuk dan kotoran yang terkumpul. Rasa rugi plak tolak mesin basuh yang 8tahun diguna tiba-tiba stop. Ingatkan rosak bila nak servis boleh tahan harganya, beli yang baru, bagi free mesin basuh rosak tu, tak sampai seminggu kedai yang sama, display mesin basuh kita tu yang dah dibaiki, beza RM200 je dengan harga mesin yang baru beli. Aduudu..rugi rasanya.
Sebab selama 8tahun guna tak pernah tahu fungsi SOAK/TUB CLEANING ni, lepas tu baru tahu..hehhe,
Kredit : ika hazman
TOP, jenama pencuci pakaian No 13 di seluruh Malaysia, memperkenalkan “Advanced Micro-Clean TechTM” sebagai respon secara langsung kepada kebimbangan pengguna terhadap kemungkinan virus berbahaya yang masih melekat pada baju yang telah dicuci, seterusnya membawa risiko kepada mereka yang tersayang. “Advanced Micro-Clean Tech” TOP mampu untuk menanggalkan 99.9% virus, bukan sekadar bakteria.
“Advanced Micro-Clean TechTM” TOP menerusi revolusi “Anti-Microbial Tech” daripada Lion Jepun menggunakan teknologi pencuci pakaian generasi baru yang berkesan menyingkirkan 99.9% virus berbahaya (SARS-CoV-2, lebih dikenali sebagai COVID-19 & Influenza A) dan bakteria2. Rumusan khas ini bertindak segera dengan mengunci virus dan bakteria lalu menyingkirkannya daripada pakaian dengan satu cucian berkuasa.
Prestasi rumusan yang tersedia dengan semua fungsi TOP yang terkenal termasuk anti-sebum, anti bau hapak, anti-debu hama, ditambah dengan keberkesanan menyingkirkan 99.9% virus berbahaya dan bakteria untuk perlindungan optimum. Ia juga menembus jauh ke dalam serat pakaian untuk menarik keluar kesan peluh, minyak badan dan kotoran yang terperangkap, disamping mencegah kotoran dalam air basuhan daripada melekat kembali pada pakaian, memastikan pakaian anda bersih menyeluruh setiap masa dan berbau segar.
“Advanced Micro-Clean Tech” TOP dengan Anti-Microbial Tech telah dilancarkan tepat pada masa kepada mereka yang inginkan ketenangan minda dan memastikan telah mengambil langkah untuk mengurangkan risiko daripada menyebarkan virus kepada orang tersayang dan masyarakat secara tidak sengaja.
“Kami berasa bangga dapat meningkatkan kesedaran warga Malaysia dari peringkat masyarakat untuk mengambil berat melalui inovasi termaju TOP. Kita masing-masing dapat memainkan peranan penting dengan mengambil langkah-langkah kecil seperti memakai pelitup muka, membersihkan tangan dan mencuci baju dengan pencuci yang boleh menyingkirkan virus.”
“Sebelum wabak ini saya tidak tahu perbezaan antara virus dan bakteria. Saya risau akan menyebarkan penyakit ini kepada keluarga, kawan-kawan, pelanggan dan rakan sekerja secara tidak sengaja kerana saya pekerja barisan hadapan. Saya mendapati TOP menyingkirkan 99.9% virus termasuk COVID-19 dari pakaian saya, dan ia memberi jaminan dan ketenangan minda kepada saya. Menjaga kesihatan adalah tanggungjawab kita semua. Inilah #kitajagakita. Kini saya lebih pentingkan kebersihan berbanding dengan masa lalu. Tiada seorang yang harus menjadi penyebar virus,” jelasnya.
Pengguna TOP setia sejak sekian lama, Syakirah Yusof, rangkaian baru Antivirus 99.9% Advanced Micro-Clean Tech TOP adalah tepat pada masanya.
“Advanced Micro-Clean Tech” TOP 99.9% Antivirus terdapat dalam bentuk serbuk, cecair dan rendah buih untuk pilihan anda. Para pelanggan serbuk pencuci TOP boleh menikmati faedah “Advanced Micro-Clean Tech” melalui pelbagai, manakala rangkaian cecair TOP dalam rumusan rendah buih yang direka khas untuk mesin basuh muatan hadapan, demi cucian yang cekap dan berkesan. Pencuci pakaian TOP boleh didapati di peruncit seluruh negara dan atas talian melalui Shopee dan LazMall.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sebagai seorang hijabi, anda tentu mempunyai koleksi hijab dan selendang yang berwarna-warni. Selalunya, masalah terbesar untuk anda adalah bagaimana untuk untuk menyimpan koleksi hijab yang dimiliki dengan baik.
Meletakkannya secara teratur di dalam ruang kecil adalah satu tugas yang sangat membosankan! Sebaliknya, anda pasti akan serabut melihat almari anda sekiranya ia tidak disusun dengan kemas dan teratur. Malah, anda sendiri sukar untuk mencari padanan yang sesuai dengan pakaian setiap hari.
Memahami masalah anda, Hijabista kongsikan penyelesaian terbaik untuk anda simpan koleksi hijab anda. Dalam masa yang sama, ia membantu anda untuk mengekalkan tudung dengan baik.
Idea simpanan klasifikasi hijab adalah cara yang lebih mudah dan lebih cepat untuk anda memilih warna yang sesuai atau reka bentuk mengikut pakaian anda serta ia akan mengurangkan kedut pada hijab dan kelihatan lebih kemas.
Wall pocket organizer ini merupakan salah satu tempat menyimpan hijab diy yang mudah didapati di pasaran. Ia memudahkan anda untuk mengatur dan menyimpan peralatan bersaiz kecil dan pakaian seperti sarung kaki, jam tangan dan tudung. Anda boleh menggantungkannya di belakang pintu atau di dalam almari. Ia merupakan antara tempat menyimpan yang sempurna dan pantas. Ia juga boleh didapati dalam pelbagai warna agar dapat menambah lagi keindahan bilik anda.
Penyangkut ikat tali pinggang adalah perkara yang sempurna untuk menyimpan koleksi hijab anda dengan mudah dan selamat. Ia akan memaparkan warna dan memudahkan anda untuk memilih hijab yang sempurna setiap hari. Dalam ruang minimum, anda boleh menyimpan koleksi hijab yang banyak dan menggantungnya di dalam almari.
Sekiranya anda kurang ruang menggantung di dalam almari, kotak-kotak hijab yang direka sendiri adalah pilihan yang terbaik. Tidak perlu berbelanja besar untuk membeli mana-mana perabot atau mana-mana tempat simpanan lain. Apa yang anda perlukan hanyalah kotak kosong (anda boleh menutup dan menyediakan kotak kasut kosong juga!). Lipat semua hijab dan letakkan hijab anda di dalam kotak tersebut dengan kemas. Anda boleh letakkannya di bawah katil atau di atas almari.
Besi penggantung tuala adalah pilihan lain yang juga murah serta mudah untuk menguruskan hijab. Ia boleh didapati dalam pelbagai saiz, tekstur dan harga. Jadi pilih dan aturkan hijab yang anda fikir paling sesuai untuk almari pakaian anda dan simpulkan semua hijab di atas besi penggantung tuala tersebut. Tiada lagi masalah untuk anda melipat dan lebih mudah untuk anda mencapainya.
Rak kasut juga boleh digunakan untuk menggantung hijab anda di belakang pintu. Anda boleh menyusun hijab anda dengan menyusunnya mengikut rona warna. Petua untuk memudahkan aktiviti harian anda adalah dengan menyusun hijab yang digemari di baris pertama.
Idea Hanger Hijab – Jadi sedikit kreatif dengan menggunakan organiser hijab yang dibuat sendiri. Apa yang anda perlukan ialah membeli penyangkut dan ring daripada kedai yang terdekat. Letakkan ring ini di dalam penyangkut dan buat seberapa banyak tempat menggantung yang anda perlukan. Anda boleh meletakkannya dengan mudah dan menarik tanpa sebarang masalah. Ini merupakan perkara terbaik untuk rutin harian yang sibuk.
Penyangkut baju mudah didapati di mana-mana sahaja kedai. Ia mengambil sedikit ruang dan sebilangan besar hijab boleh diaturkan seperti gambar di atas. Anda boleh memasukkannya ke dalam almari pakaian bersama-sama dengan pakaian harian.
Teknik ‘Do It Yourself’ ini merupakan teknik yang paling mudah untuk anda. Dapatkan shower curtain ring dan susun dengan baik. Susun di mana-mana tempat yang anda rasakan sesuai dan mudah untuk mencapainya.
Jika anda mempunyai warna dan mahu memakai hijab yang sesuai setiap hari mengikut pakaian, anda perlu melakukan sedikit usaha dan letakkan semua hijab anda dengan pakaian yang sesuai. Jadi, anda tidak perlu membazir masa untuk memikirkan apa yang harus dipakai.
Hijab yang diletakkan di dalam laci sentiasa rosak! Sangat sukar untuk memastikan ia teratur di dalam laci kerana akan bercampur-campur. Tetapi jika anda mempunyai laci kosong, anda boleh meletakkan mini thesis organizer di dalamnya untuk menjadikan ia lebih teratur dan tersusun.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kalau mengenakan hijab pastinya kita juga memerlukan pin supaya hijab tersebut terletak kemaskan. Namun, hijabi juga perlulah berhati-hati dan mengambil langkah selamat sewaktu memakai pin atau kerongsang tersebut kerana ia boleh mencederakan anda juga secara tidak sengaja.
Jangan ambil mudah sis… Untuk penjelasan yang lebih lanjut, ikuti perkongsian daripada Doktor Nurul Yaqeen ini.
Kepada para hijabista/wanita di luar sana, tolong berhati-hati ketika memakai hijab/tudung menggunakan pin, kerana ia boleh mencederakan paru-paru anda.
Memegang pin tudung menggunakan mulut/bibir/gigi ketika menggayakan hijab, adalah sangat berbahaya, kerana pin itu boleh terlepas masuk ke dalam mulut, seterusnya pergi ke paru-paru, dan mencederakan paru-paru
Sekiranya ia berlaku, pembedahan dengan secara bius penuh terpaksa dilakukan menggunakan ‘rigid bronchoscopy’ (kamera untuk melihat ke dalam paru-paru), seperti yang telah dilakukan oleh doktor-doktor pakar paru-paru dari Respiratory UKMMC semalam
Pesakit wanita itu bernasib baik kerana pin tudung tersebut telah berjaya dikeluarkan dengan selamatnya. Syabas dan tahniah kepada team doktor pakar paru-paru Respiratory UKMMC atas kejayaan ini
Adalah lebih selamat meletakkan pin tersebut di tangan baju atau di tempat lain sahaja ketika menggayakan hijab/tudung anda. Kes-kes seperti ini telah banyak berlaku sebelum ini. Antara simtom tersedak pin tudung adalah batuk berterusan, batuk berdarah, sakit dada dan susah nafas. Segeralah berjumpa doktor pakar paru-paru jika anda tersedak pin tudung
Saya akan kongsikan cara-cara memegang pin tudung yang betul ketika memakai tudung dalam posting seterusnya, insyaallah NOTA : Jangan pegang pin tudung menggunakan mulut/bibir/gigi ketika memakai tudung/hijab
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!