Seramai 12 orang peserta telah diumumkan sebagai TOP 12 Ratu Hijabista 2020. Hijabista sebagai satu-satunya jenama majalah dan digital di Malaysia yang menjadi rujukan lengkap fesyen, gaya hidup dan kecantikan untuk fashionista bertudung membawakan rancangan realiti Ratu Hijabista.
Dalam sidang media pengenalan Ratu Hijabista 2020 sebentar tadi juga telah menyaksikan pengumuman hos dan juri tetap untuk musim ini.
Puan Sri Normala Samsudin telah diumumkan sebagai juri tetap Ratu Hijabista 2020. Manakala pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim pula diberi mandat untuk mengendalikan pencarian kali ini sebagai hos program.
Ads
Pencarian Ratu Hijabista yang diadakan buat julung kali ini membuka peluang kepada semua wanita berhijab tanpa mengira status. Ujibakat secara dalam talian telah pun berlangsung selama 14 hari bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2020.
Ads
Para peserta bukan sahaja mempertaruhkan rupa tetapi juga bakat serta personaliti menarik untuk dinobatkan sebagai juara di penghujung pencarian.
Ads
Program realiti Ratu Hijabista akan bersiaran selama sejam setiap minggu untuk lapan episod setiap Rabu bermula 12 Ogos 2020 jam 9 malam di saluran Astro Prima.
Pemenang Ratu Hijabista akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000, tiara dan berpeluang menjadi penghias kulit majalah Hijabista keluaran Januari 2021.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Gayanya yang bersahaja sewaktu berceloteh dalam Video Dengan loghat utara mencuri perhatian ramai. Tapi aksi videonya Itu bukan sekadar omongan kosong sebaliknya dengan niat Mahu berkongsi ilmu kepada masyarakat, itulah Siti Hawa Mohd Nor, ataupun lebih dikenali sebagai Sitiawe.
Mempunyai pengikut melebihi 100,000 ribu di Instagram, ahli farmasi yang sedang bertugas di Pahang ini sering tular di media sosial. Videonya bersama ML Studios mendapat perhatian ramai tidak kiralah apabila dia berbicara mengenai isu kesihatan atau pun topik lain. Namun, dia juga tidak dapat lari dari dikecam malah ada juga yang mempersoalkan kredibilitinya sebagai ahli farmasi yang dikatakan tidak layak untuk memberi info kepada orang ramai seperti seorang doktor.
“Sebenarnya orang Malaysia ini tidak terdedah dengan fungsi pegawai kesihatan selain seorang doktor. Mereka fikir hanya doktor sahaja yang bertugas dalam bidang kesihatan. Farmasi juga antara cabang dalam bidang kesihatan yang bukan remeh.
“Realitinya, ramai yang berkelayakan untuk menjadi doktor tetapi memilih untuk menjadi ahli farmasi. Macam saya sendiri saya tidak suka darah, nanah dan saya tidak suka waktu kerja seorang doktor yang panjang. Saya mahukan kehidupan yang lebih relaks jadi itulah sebabnya saya memilih bidang ini.
“Setiap profesion ada cabaran dan pengorbanan yang tersendiri. Sebagai seorang ahli farmasi, saya mahu orang ramai sedar peranan ahli farmasi yang sebenarnya. Sebab apabila kita ke hadapan dan bercerita, kita sebenarnya membantu adik-adik sekolah untuk fikir kerjaya mereka nanti.
“Contohnya kerjaya biotech, tidak ramai orang tahu mengenainya kerana di Malaysia ianya tidak begitu membangun. Jadi, jika ada orang yang memberikan pendedahan, pelajar lepasan sekolah lebih senang untuk menentukan kerjaya pilihan mereka secara realistik dan bukan hanya apa yang sekadar didengari sahaja,”ujar gadis yang pernah melakukan terjunan udara ini.
Melihat kepetahannya berkata-kata, pasti ramai menyangkakan dia seorang yang peramah. Namun Sitiawe menafikan tanggapan tersebut.
“Saya sebenarnya seorang yang pendiam. Saya hanya banyak bercakap dengan keluarga dan teman-teman rapat sahaja dan bukanlah mulut ‘bertih jagung’ seperti yang dilihat di dalam video. Saya hanya cakap bila perlu sahaja . Ramai juga menyangkakan saya dari utara tapi sebenarnya saya memang lahir dan membesar di ibu kota, hanya ibu bapa saya yang berasal dari Kedah,”tambahnya lagi.
Ditanya adakah dia mengalami tekanan tatkala dikecam segelintir netizen, Sitiawe menjelaskan bahawa dia langsung tidak terjejas dengan perkara sebegitu.
“Sebenarnya dalam video itu hanya gimik sahaja yang menunjukkan saya stress jika orang merendahkan ahli farmasi sebab kita sendiri tahu nilai kita bagaimana. Kita hanya sekadar mahu memberi penjelasan kepada orang ramai. Sebenarnya, jumlah yang mengecam terlalu sedikit jika dibandingkan dengan mereka yang berminat dan ingin mengambil secara positif apa yang ingin saya sampaikan,’’ katanya yang gemar menonton drama Korea pada waktu lapang.
Kejayaan demi kejayaan yang dicapainya tidak datang bergolek. Sebaliknya, dia sudah melatih dirinya sejak dari dahulu lagi untuk sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap perkara yang dilakukannya.
“Sejak dari dahulu lagi prinsip saya ialah ‘belajar sampai muntah’. Itu bermakna kita harus buat sehabis baik dan good things will come. Kita buat yang terbaik dan kalau kita tidak dapat apa yang kita inginkan, kita pasti akan dapat balasan lain.
“Saya buat yang terbaik dan selebihnya perkara lain akan datang dengan senang. Contohnya, selepas tamat persekolahan dulu banyak tawaran penajaan pengajian tinggi yang saya terima. Jadi, kita hanya perlu berikan yang terbaik sahaja dalam setiap apa yang dilakukan,” katanya.
Lama kita tidak mendengar khabar pelakon jelita, Ardell Aryana. Rupa-rupanya, Ardell kini baru sahaja bertolak ke Palu, Indonesia bagi mengikuti misi kemanusiaan di sana.
Assalamualaikum, Alhamdulillah.. saya tak sangka misi pertama saya akan bermula secepat ini , sepatut nya saya akan ke palu indonesia pada bulan ramadhan nanti . Tetapi tadi saya terima panggilan dari pihak@ydkmm_official saya kena kesana , flight saya kesana awal pagi esok untuk misi kemanusiaan & bencana alam “ #Gempa “ yang berlaku sejak beberapa hari lalu di sana . Saya akan ke palu, sigi , donggala, petobo ,sulawesi tengah .. doa kan perjalanan saya semua & doakan semoga palu indonesia tidak melalui tsunami ? yang dasyat seperti tahun lepas . Terakhir yang di beritahu saya beberapa hari lepas gegaran 6.9 yang berlaku disana oleh itu , jika ada yang nak mewakafkan rezeki anda buat bantuan yang akan kami berikan kepada mereka .. saya amat lah menerima dengan hati terbuka & berterima kasih kepada awak semua followers saya ??? , tak kira berapa RM pun yang awak beri saya terima ?. MAYBANK RASMI @ydkmm_official : 564294307891 . May Allah ease everything for my journey tomorrow & to all of us ??☺️ amin …❤️ . Saya akan update dari masa ke semasa pada awak semua keadaan disana inshaallah ? . #togetherwearestronger#BerkongsiRezeki#BerbagiSemangat#yayasandanakebajikanmuslimmalaysia ????? Bismillahirahmanirahim ✨
Alhamdulillah, moga niat baik Ardell dan pasukan dipermudahkan di sana. Pasti banyak hijabi yang terinspirasi dengan aktiviti yang dilakukan oleh Ardell ini bukan? Marilah kita sama-sama membantu mereka yang memerlukan. Sedikit pun tidak mengapa sis!
Pemenang Anugerah Ratu Favourite, Mellya berasa seronok kerana telah berjaya mengharungi segala cabaran dalam Ratu Hijabista hinggalah ke pentas akhir.
Tidak menyangka berjaya menyandang gelaran ini, Mellya,23, sangat bersyukur kerana sokongan hebat daripada para penyokongnya itu membuahkan hasil.
Sangat lega dan puas lepas 8 minggu bertarung menghadapi pelbagai cabaran dan kejutan. Lega kerana kini boleh fokuskan pada apa yang sepatutnya.
Banyak yang berubah cuma yang paling Mell ingat adalah kesabaran dan cabaran Mell berfikir tentang dunia lain daripada dunia yang Mell ceburi sebelum ini. Kita akan fikir oh macam ni rupanya. Jadi kehidupan itu berubahlah mengikut keadaan semasa.
InsyaAllah. Itu adalah salah satu impian yang saya harap boleh jadi realiti di masa hadapan sebab Mell suka sangat-sangat untuk memberikan inspirasi pada orang dan dalam masa yang sama juga membantu mereka yang memerlukan.
Rasa nak nangis kerana tak expect Anugerah Ratu Favourite. Namun, Mell tahu Mell ada rakan-rakan yang hebat di luar sana yang sokong Mell. Merekalah yang selalu buat poster dan sebagainya untuk mengundi Mell.
Bila teringat Mell akan terfikir yang tiada apa yang dapat Mell lakukan untuk membalasnya. Cuma doa yang dapat Mell berikan agar mereka juga merasai apa yang Mell rasa.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.