
Sering dimalukan sejak dari zaman sekolah kerana berbadan besar, @syazlyananana kini rasa bersyukur dan menarik nafas lega setelah berjaya mencapai matlamatnya bagi menurunkan berat badannya ke tahap normal mengikut Body Mass Index (BMI).
Menulis di laman Twitter, dia telah berkongsikan rutin bagaimana dia boleh mencapai berat idealnya yang terkini berbanding dahulu.
kredit: twitter @syazlyananana