Masalah kulit biasa dialami kebanyakan individu. Apabila tidak menjalani rutin penjagaan kulit dengan cara yang betul dan teratur, ia boleh menyebabkan kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya.
Bagi mereka yang memiliki kumpulan kulit jenis berminyak, anda perlu lebih selektif dan cerwet dalam soal perawatan kulit wajah. Seharusnya bagi mereka yang mempunyai tona kulit berminyak hindari lakukan beberapa perkara ini.
Membersihkan wajah secara berlebihan dan terlalu kerap boleh membuatkan kulit anda semakin berminyak. Hal ini terjadi kerana berpengaruh pada kadar pH kulit anda. Meskipun merasakan wajah kotor terkena debu, sebaiknya cuci wajah di saat akan keluar rumah dan setelah keluar rumah sahaja.
Wajah berminyak rentan terhadap munculnya jerawat. Tidak salah merawat jerawat tetapi janganlah secara berlebihan. Hal ini karena produk perawatan jerawat biasanya mengandung salicylic acid. Memang ia baik untuk menghilangkan jerawat namun tidak dengan keadaan kulit berminyak menjadi semakin buruk.
Jangan sesekali anda skip penggunaan pelembap wajah dek kerana tidak mahu tampil berkilat. Pilih produk pelembap yang betul. Bagi Anda yang memiliki wajah berminyak, gunakanlah pelembap yang memiliki kandungan air tinggi sehingga dapat menyeimbangkan kadar minyak berlebih pada kulit.
Sama halnya dengan pelembap, Anda juga tidak dapat melewatkan proses pengaplikasian toner pada wajah. Toner berfungsi untuk menutup pori kulit yang melebar. Hal ini tentunya dapat membantu mengurangi produksi minyak pada kulit. Meskipun memiliki kulit berminyak, jangan melewatkan toner dalam rangkaian perawatan kecantikan. Pilihlah toner tanpa alkohol dan gunakan tidak secara berlebihan.
Air suam membuka pori-pori kulit dan mengeluarkan kotoran yang banyak. Namun mencuci wajah berminyak menggunakan air suam juga menjadi faktor pengeluaran minyak pada kulit wajah semakin bertambah. Cukup basahkan sahaja wajah dengan air suam dan basuh wajah dengan cepat untuk menghilangkan kotoran. Kemudian cuci kembali wajah dengan air dingin untuk menutup kembali pori-pori pada kulit wajah anda.
Berikut dikongsikan beberapa jenis produk yang sesuai untuk merawat kulit jenis berminyak.
Dengan ekstrak kebaikan abu gunung berapi daripada kepulauan Jeju, serbuk arang, biji kacang soya, biji kacang bijan, buah beri hitam dan daun buah blackcurrant, pencuci ini mampu menyedut dan menarik keluar semua kotoran dan lebihan sebum. Ia tidak mengeringkan kulit wajah. Hasilnya kulit wajah sentiasa terhidrat dan lembap.
Krim ini akan melindungi kulit wajah daripada pembentukan jeragat, bintik hitam, kesan sunburn, tona tidak sekata, tanda penuaan awal dan kulit kusam. Sunblock adalah produk penting di dalam rutin penjagaan wajah bagi hijabi yang aktif menyertai sukan atau aktiviti luar dan kerap terdedah kepada sinaran UV.
Dengan bahan yang terkandung di dalam mask ini seperti buah teh dan buah lemon, ia semestinya bagus untuk kulit anda. Ia kaya dengan antioksidan bagi memberikan wajah anda kekal segar dan pastinya menenangkan.
Diperkaya dengan khasiat minyak Tea Tree, AHA, BHA dan PHA, serum ini amat sesuai untuk kulit berminyak dan berjeragat. Serum ini dapat membantu mengawal pengeluaran minyak dan membersih pori tersumbat.
HIJABISTA: Kesimpulannya bagi mereka yang memiliki kulit berminyak, pastikan kulit wajah sentiasa bersih sebelum tidur. Jangan sesekali tidur dengan solekan wajah yang belum dibersihkan lagi kerana kulit wajah akan mudah ditumbuhi jerawat selain risiko alahan.
Sumber: Top image (Canva)