Pelajar Kongsi Prosedur Yang Perlu Dilalui Sebelum Dibenarkan Pulang Ke Rumah. Teliti Sungguh!

Share

Umum sedia maklum bahawa pelajar-pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dengan melalui prosedur yang telah diselaraskan oleh pihak kerajaan.

Di ruangan instastory, seorang pelajar IPT telah berkongsi kisahnya bagaimana prosedur tersebut telah dijalankan sebelum dia dibenarkan pulang ke rumah. Ternyata banyak proses yang perlu dilakukan dan dia juga berterima kasih kepada pihak yang terlibat seperti petugas kesihatan, pihak polis dan bomba yang menjalankan prosedur tersebut dengan teliti.

Mula-mula sekali haruslah lakukan ujian saringan kesihatan

Segala barangan haruslah melalui proses nyahkuman terlebih dahulu sebelum dapat dibawa pulang

Tiba-tiba insiden lucu pula terjadi…

Pelbagai makanan juga turut disediakan supaya pelajar dapat mengalas perut sewaktu berada di dalam bas

kredit: Akalili Amin

IKLAN