Pasti Dirindui, Pendakwah Terkenal Indonesia, Syekh Ali Jaber Meninggal Dunia

Share

Pendakwah ternama dari Indonesia, Syekh Ali Jaber baru sahaja menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 8.30 pagi lalu di Rumah Sakit Yarsi, Jakarta.

Khabar duka ini telah dikongsikan oleh Ustaz Yusuf Mansur menerusi laman instagramnya @yusufmansurnew.

Innaa lillaahi Wa Innaa Ilaihi Raaji’uun

Syaikh Ali Jaber wafat di RS Yarsi, jam 8.30. Mohon do’anya…

Menurutnya, pemergian Syekh Ali Jaber bukan kerana covid-19 disebabkan allahyarham sudah pulih sepenuhnya daripada wabak itu.

Allahyarham disahkan positif Covid-19 pada Selasa (29/12) dan pernah dikerjakan ke wad ICU pada hari Rabu (30/12). Keadaan kesihatannya dilaporkan semakin baik pada 4 Januari yang lalu.

Menjadikan sedekah setiap Subuh dan membaca surah Al-Baqarah setiap hari sebagai rutin, inilah antara perkara baik yang kita boleh kita contohi daripadanya dan amalkan dalam kehidupan kita seharian.

Pemergiannya pasti sangat dirindui oleh rakyat Indonesia. Moga allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-fatihah…

sumber: CNN Indonesia

IKLAN