Padanan warna tudung mengikut warna kulit muka anda.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Padanan warna tudung mengikut warna kulit muka anda.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di

Hijabi yang mesra disapa Syira ini ternyata gemar bercuti mengelilingi dunia bersama keluarga tersayang. Membuka cerita, sememangnya banyak negara yang telah dilawatinya seperti Jordan, Madinah,Mekah, Australia,Indonesia, Thailand, Singapore, Beijing, Korea, United Kingdom, Paris, Switzerland, Italy, New Delhi, Kashmir dan juga China.
“Kebiasaannya, kami pergi dengan agensi pelancongan sebab ibu bapa saya lebih selesa begitu melainkan di Indonesi kerana sudah biasa dengan negara itu. Biasanya kami akan habiskan masa selama seminggu tetapi jika umrah ataupun jelajah Eropah itu akan mengambil masa lebih lama sekurang-kurangnya dua minggu.
“Setiap negara akan memberi pengalaman yang berbeza-beza. Macam pergi Madinah dapat naik bus yang gunakan magnet tanpa enjin dan rasa seperti magis pula. Malah sepanjang tempoh mengerjakan umrah, kita boleh perhatikan pelbagai jenis ragam orang dengan bermacam-macam dugaan.
“Saya masih ingat satu kisah di mana ada seorang jemaah umrah sewaktu di Makkah, dia tiba-tiba jadi seperti hilang arah walhal sebelum itu keadaannya baik-baik sahaja sewaktu di Malaysia. Berdepan pengalaman itu sememangnya amat menginsafkan,” cerita anak bongsu daripada empat beradik ini.
Selain itu, banyak kisah menarik yang dikongsi oleh Syira ini dan antaranya pengalaman ketika pergi ke Australia, Chin dan juga Switzerland serta Kashmir, India.
“Pergi Australia dapat bermain tobboggan dalam salji. Di Guilin dapat menaiki kereta kebal terbuka hingga ke atas gunung, di Switzerland pula dapat menaiki titlis rotait 360 darjah seperti dalam filem Kingsman.
“Lain pula pengalamannya ketika berkunjung ke Kashmir, India. Anda akan dapat lihat pemandangan yang sangat indah dan gambar yang diambil langsung tidak perlu diedit kerana semuanya sudah cukup sempurna,” ujarnya.
Ketika ditanya mengenai pencarian makanan halal sewaktu bercuti, Syira menjelaskan ianya tidaklah sukar namun adakala agak mahal di sesetengah negara. Tambahan pula, mereka sentiasa membawa periuk nasi mini dan juga segala jenis makanan segera sebagai persediaan di sana.
Gadis ini juga tidak menyangkal keseronokan membeli-belah sewaktu melancong.
“Membeli-belah paling seronok semestinya di Eropah kerana barangan berjenama lebih murah di situ berbanding di Malaysia dan kita juga boleh mendapatkan pulangan duit di sana jika kita membeli-belah melebihi jumlah tertentu.
“Layanan masyarakat berbeza di setiap negara. Ada yang sangat peramah seperti di Australia dan UK. Tetapi jika di Paris, Itali dan China, mereka agak sombong mungkin kerana mereka tidak mahir bercakap dalam bahasa Inggeris jadi mereka enggan berkomunikasi dengan kita.
“Seperti di China, kebanyakan pemandu teksi enggan mengambil kami sebagai penumpang kerana tidak pandai berbahasa Inggeris,’’ tambah gadis berusia 23 tahunini ketika ditanya mengenai cabaran dan pengalaman yang mengujinya sewaktu bercuti di negara orang.
Sebelum mengakhiri perbualan, dia sempat memberikan sedikit tips buat para hijabi di luar sana yang berkeinginan pergi bercuti.
“Jika anda ada peluang untuk bercuti, ambillah peluang itu kerana melaluinya anda akan dapat melihat kebesaran Tuhan dan keindahan ciptaan-Nya.
“Selain itu, ianya pasti membuatkan anda bersyukur dengan nikmat Tuhan. Misalnya di India atau Kashmir, masyarakatnya tetap dapat hidup gembira walaupun serba kekurangan. Itu pasti akan membuka mata anda dan buatkan anda lebih menghargai kehidupan ,” tuturnya yang berazam untuk ke New Zealand dan Hong Kong pula selepas ini.
Dapatkan Majalah Hijabista Terbaharu Solo Travel Edisi muslimah
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download sekarang di

Baru-baru ini telah berlangsungnya sambutan ulangtahun pertama radio yang semakin mencuri hati pendengar tempatan, Zayan FM. Meskipun disambut dengan bersederhana, sambutan yang diadakan bersama anak-anak yatim di Cafe Nu-In, Bandar Baru Bangi ini tetap meriah dengan kehadiran ramai artis popular seperti Ippo Hafiz, Yassin dan cikgu matematik viral, Sir Uzairi Taib.
Liveupdate : Majlis kesyukuran ulangtahun Zayan yang pertama. #IndahDihati #SetahunZayan
A post shared by ZAYAN (@zayan.my) on
Sempena sambutan ulangtahunnya yang pertama, ZAYAN, jenama destinasi gaya hidup Muslim moden #IndahDiHati, berkongsi pencapaian yang telah diraih dan juga tawaran seleksi kandungan yang lebih hebat merentasi platform radio, dalam talian dan acara lapangan agar dapat terus menepati citarasa para peminatnya.
Usaha ini mencerminkan strategi semasa ZAYAN untuk memperkukuhkan kedudukannya sebagai jenama gaya hidup pelbagai platform di Malaysia.
A post shared by ZAYAN (@zayan.my) on
@ekinmawi & @aennarif juga turut hadir di majlis #SetahunZayan #LiveupdateZayan
A post shared by ZAYAN (@zayan.my) on
Pengurus Kandungan ZAYAN, Wan Syahrul Amry Wan Mansor berkata, “Megimbas kembali satu tahun keberadaan ZAYAN dalam industri hiburan, pelbagai pencapaian telah kami kecapi dan ini amat membanggakan bagi kami.
Namun, perjalanan ZAYAN hanya baharu sahaja bermula dan masih panjang bagi kami.
Oleh itu, ZAYAN ingin memanfaatkan kecapahan media ini untuk terus menghiburkan peminat-peminat kami dengan menawarkan kandungan interaktif, berinformasi dan relevan agar menepati gaya hidup dan citarasa mereka.”
Kemeriahan majlis kesyukuran @zayan.my malam ini.. #SetahunZayan #liveupdatezayan
A post shared by ZAYAN (@zayan.my) on
Zayan juga tidak melupakan sokongan padu dari peminat-peminat jenama ZAYAN yang mencecah lebih 830k di laman media sosial seperti Facebook, Instagram, YouTube dan Twitter secara mingguan.
Antara kek sumbangan dari @kengkawanproject untuk majlis #SetahunZayan …
A post shared by ZAYAN (@zayan.my) on
A post shared by ZAYAN (@zayan.my) on
Terima Kasih @lin_ariffin datang. Cikgu @uzairitaib juga. Untuk tatapan siapa tu Lin.. hihi.
A post shared by Nu-in Kafe (@nuinkafe) on
Hijabista mendoakan agar Zayan terus sukses mencapai matlamat dan terus menghiburkan hati pendengar tempatan dengan konsep muslim moden. Sememangnya Zayan tetap #IndahDiHati!
sumber: instagram Zayan, Nu-In Kafe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download sekarang di
© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd 🧕🏻 Dikendali Oleh Astro Group
