Norman Syukur Kelahiran Anak Keenam Tak Ulangi Peristiwa Bersalin Dalam Kereta Macam 13 Tahun Lalu

Share

Di hujung Syawal ini menyaksikan beberapa selebriti selamat menimang cahaya mata masing-masing. Selepas jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri, Adam Corrie dan semalam pula Norman Hakim, selamat menerima kehadiran anak ketiga mereka. Menyedari isterinya sudah mengalami Mild Contstruction, berbekalkan pengalaman lalu dia cepat-cepat membawanya ke hospital dan proses bersalin dipermudahkan. Jika tidak, pasti Norman akan mengulangi kejadian 13 tahun lalu apabila anak keduanya, Marissa Dania Hakim yang telah dilahirkan dalam kereta.

Menurut Norman, sebelum itu mereka berdua memang merancang untuk pergi beraya. Tetapi oleh kerana pagi itu Memey memberitahu dia mengalami Mild Contruction, Norman terus membatalkan hasrat mereka dan membawa isterinya ke hospital.

Dan ramalannya memang benar kerana Memey sudah mengalami bukaan 5 cm sebelum terus ditahan untuk proses kelahiran anak keenamnya itu.

Kali ini mereka berdua cukup teruja kerana mendapat cahaya mata perempuan setelah sebelum itu mempunyai dua anak lelaki hasil perkahwinan dengan Memey.

Dalam status di muat turut di instagramnya, Norman melahirkan kesyukuran atas kelahiran anak perempuan mereka tengah hari semalam.

Kegembiraan pasangan ini juga menjadi berganda apabila dalam masa sama, Norman juga teruja menyambut kepulangan anak sulungnya, Danish Hakim dari Turki.

Norman turut melahirkan kesyukuran kepada Allah yang menggantikan perasaan resah sebulan sebelum itu dengan rasa syukur dan lega.

Rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah atas kelahiran anak perempuannya ini. Mereka turut mendoakan bayi ini menjadi anak yang solehah dan taat kepada kedua ibu bapanya.

@roslina.yunus. Alhamdulilah .Tahniah @normanhakim n @memeysuhaizaselamat melahirkan baby , semoga menjadi anak yg solehah dan taat kpd org tua. Selamat berpantang @memeysuhaiza

@murahnoorhitah Tahniah…Alhamdulilah…ank sulong selamat kembali dan menyusul pula kehadiran baby baru…indahnya suasana….kemeriahan d hujung Aidilfitri menyambut kehadiran org baru…

@sitijamry Tuan @normanhakim_786 tahniah di atas cahayamata baru. Sy dan suami doakan semoga mendapat barakah dalam setiap perihal amanah baru dari Allah swt. Semoga menjadi anak yg soleh/solehah.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM NORMAN HAKIM & MEMEY SUHAIZA

IKLAN