Niat Berbakti, Dato Rizalman Ibrahim Kini Ahli Lembaga Pengarah UiTM. #uitmdihatiku!

Share

Jutaan tahniah diucapkan kepada Dato Haji Rizalman Ibrahim di atas pelantikannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM). 

Sebagai alumni UiTM, beliau terharu apabila ditawarkan posisi tersebut dan berjanji untuk berkhidmat dengan sebaiknya.

Kau Ilham Ku

yang terikat itu baldi
yang dalam itu telaga
yang manis itu budi
yang ilmu itu harta

Saya berjanji selagi hayat terkandung sebagai seorang rakyat Malaysia, sebagai bangsa Melayu, sebagai umat Nabi Muhammad SAW dan sebagai makhluk ciptaan Allah SWT.. saya pasti berkhidmat selagi diperlukan bakat dan kederat.


.
#uitm
#uitmdihatiku

Pelantikannya itu disambut baik oleh semua pihak dan menganggap beliau sememangnya layak bagi jawatan tersebut dan merupakan antara alumni yang paling berjaya. Tahniah Dato!

 

 

IKLAN