Netizen Puji Foto Datin Seri Shahida Yang Polos Tanpa Mekap & Bertudung ‘Awning’ Selepas Melahirkan Anak

Share

Biasanya sebaik saat melahirkan, kebanyakan selebriti atau personaliti popular memastikan penampilan diri mereka kelihatan sempurna sebelum muat turut foto bersama anak yang baru dilahirkan. Tetapi bagi isteri jutawan kosmetik, Datin Seri Shahida bersedia berkongsi kegembiraannya di laman sosial di samping anak mereka dengan hanya bersandarkan pada wajah polos tanpa mekap serta menyarung tudung ‘awning’.

Beliau yang selamat melahirkan anak keempatnya masih sempat tersenyum ketika gambarnya diambil. Tanpa mempedulikan imejnya yang sebelum ini sentiasa kelihatan cantik dan anggun, beliau tetap kelihatan manis biarpun wajahnya sedikit pucat dan lesu.

Malah netizen turut memuji penampilannya itu yang tidak menunggu sebulan untuk kongsi wajah terbaru selepas bersalin. Beliau dipuji cantik dan sedap mata memandang.

@melah_crush Jutawan.. Xyah beria makeup nak bersalin.. Xyah nak tunggu sebulan baru nak up picture… Datin tetap cantik.. Sejuk mata memandang… Humble sgt.. Solute!!!… Ni yg dipanggil wanita cantik..

@has_aziz_73 Cantiknya datin….tahniah..sedap nama anak….

@kakti_dzy Ibu still gojes dan sweettttt sgt

@kamisanurun Congratulations hebatttnya seorg Wanita …tahniah datin shahidah tetap ayu walaupun baru je lepas besalin

Ada juga yang memuji wajah Datin Seri Shahida seperti budak sekolah dengan kecantikan semula jadi serta terserlah keikhlasan seorang ibu.

@idahmardhatillah Tahniah dato n datin….semoga menjadi anak yg soleh penyejuk hati ibu ayah….Subhanallah datin tak pakai make-up natural beauty gitew…mcm wajah budak sekolah

@bbqlambkemensahmaam Alhamdulillah..tahniah..sucinya muka.u…bersih tanpa make up..terserlah keikhlasan seorang ibu..

@rahmaharahman1 Cantiknya datin walau tanpa make up, natural beaty, tahniah

Dan semestinya orang paling teruja menanti kelahiran bayi ini juga pastinya adalah suami beliau, Datuk Aliff Syukri.

Jelas tergambar kegembiraan wajah beliau yang sebelum itu setia menanti detik kelahiran anak keempatnya itu di hospital berkenaan.

Ini dalam dilihat senyuman manis dilemparkan beliau yang begitu teruja menerima kehadiran rezeki dari Allah ini.

Bayi lelaki comel ini selamat dilahirkan di sebuah hospital terkemuka di ibu kota dan terus dinamakan Yusof Alqardawi. Nama yang sangat sedap ini merupakan nama alim ulama kerana bapanya mahu anak ini menjadi alim ulama satu hari nanti.

Pastinya Syawal kali ini menjadi lebih bermakna buat keluarga jutawan kosmetik ini dengan kelahiran anak lelaki ini.

Tidak seperti selebiriti yang menunggu lama untuk muat turut foto anak mereka, Datuk Aliff Syukri lebih bersikap terbuka dengan memuat turun foto anak bongsunya itu beberapa jam selepas dilahirkan.

Untungnya juga baru beberapa jam dilahirkan Yusof Alqardawi sudah mempunyai akaun instagram sendiri. Akaun menggunakan nama @yusoffalqardawi ini  sudah mempunya 71 ribu follower

sebaik didaftarkan oleh Datuk Aliff Syukri.

Turut hadir memberi sokongan dan menunggu kelahiran Yusoff Alqardawi adalah tiga lagi anak-anaknya serta ibunya dan ibu mertua beliau.

Malah ramai memuji kecomelan anak bongsu Datuk Aliff yang mengandaikan seorang yang berkulit putih gebu dan muka seperti ibunya.

@sheila_jasman SubhanAllah comel nyee

@amysufya_official Mcm muka mommy dia..

@i.am_putree masyaAllah indahnya ciptaan mu ya Allah~gebunyaa @aliffsyukriterlajaklaris

@amilia_syy Mcm muka mommy la

@lucyagelock comel’y baby..muka mcm mommy dia laa

Tidak kurang juga yang mendoakan baby Yusoff Alqardawi ini menjadi anak soleh serta penyejuk hati ibu dan ayahnya.

@lin_ar_35 Cantiknya anak ini. Semoga menjadi anak soleh penyejuk hati ibu dan ayahnya. Tahniah @aliffsyukriterlajaklaris & @shahidadherbs.

@asnursharah Subhanallah..indahnya&sempurnanya anugerah Allahswt ni..semoga jd soleh ya boboy!

@wanemelin Allahh !! Allahurabbi .. Allahu … sangat bijak .. cerdik .. Semoga menjadi anak yang taat kepada ibu bapa dan semoga menjadi anak yang soleh . in shaa Allah

Terdahulu dalam instagram Datin Seri Shahida beliau turut memuat turun status mengucapkan terima kasih pada Allah atas anugerah yang cukup bermakna ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada ibu mertuanya Bonda Rozita Ibrahim yang telah masakkan makanan berpantang.

Serta tidak lupa juga mengucapkan terima kasih juga kepada kedua ibu bapanya yang sentiasa menemani dan mendoakan dirinya sepanjang proses bersalin. Juga tidak ketinggalan rakan media sosial serta suami yang begitu teruja menanti kehadiran Yusoff Alqardawi.

Diakhir statusnya dia mendoakan agar baby Yusoff Alqardawi akan menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia serta akhirat.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM DATUK ALIFF SYUKRI & YUSOFF ALQARDAWI

 

IKLAN