Metod detoksifikasi atau lebih dikenali dengan kaedah detoks untuk kecantikan semakin popular di kalangan kaum wanita. Malah jadi topik perbincangan cukup hangat masa kini. Maklumlah siapa yang tidak mahu badan kekal sihat dan slim. Penurunan berat badan dalam waktu singkat dan keinginan memiliki kulit yang cantik dan sihat alami membuat detoks menjadi fenomena.
Hijabista kongsikan detoks dari bahan alami yang boleh mengurangkan berat badan anda.
Lemon popular sebagai detoks alami untuk menyingkirkan racun-racun di dalam tubuh. Campurkan beberapa hirisan lemon bersama air putih secukupnya. Biarkan semalaman dan boleh diminum sejuk setiap pagi.
Makanlah sekurang-kurangnya setengah cawan kekacang setiap hari. Serat dalam kacang membantu menjaga usus.
Minum jus sayuran segar yang baru dibuat setiap hari. Cubalah resepi ringkas ini!
Bahan-bahan
Brokoli
Lobak merah
Madu
Air putih
2. Masukkan sesudu madu. Kacau.
3. Letakkan beberapa ketul air batu untuk rasa lebih enak. Sedia untuk diminum. Bernafaslah Sedalamnya!
Epal Singkir Lemak Jahat
Pernahkah anda mendengar pepatah ‘An apple a day keeps the doctor away?’. Cubalah amalan detoks yang mudah ini kerana epal memiliki berbagai manfaat yang membebaskan tubuh dari lemak-lemak jahat.
Artikel Berkaitan: Amal 3 Minuman Ini Untuk Dapat Kulit Cantik & Sihat