Pasti ramai yang ternanti-nanti perkembangan semasa pelakon jelita, Nad Zainal yang ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) KPJ Ampang Puteri hampir seminggu lalu.
Meninjau ke laman Instagram rakan gandingan serasi Nad, Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz memaklumkan, sejak tiga hari lalu, Nad sudah mula sedarkan diri walaupun hanya untuk beberapa ketika.
“Setiap hari ada perkembangan yang kecil. Tapi dalam masa yang sama ada keadaan agak membimbangkan juga apabila tiba-tiba oksigen serta darah tingginya naik turun.
“Bagaimanapun, Alhamdulillah ada progress. Dalam tiga hari lalu doktor dah kurangkan dos ubat tidurnya.
“Jadi dia ada buka mata serta gerak-gerakkan tangan… bila kita bercakap dengan dia hanya boleh menganggukkan kepala.
Ads
“Pada mulanya dia sedar itu dia agak panik apabila melihat keadaan di hospital tapi, kami cuba tenangkan dia.
“Dia sedar sekejap sahaja,” kata Ungku Ismail menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.
Tambahnya lagi, Nad masih perlu di pantau oleh doktor di ICU secara berkala, walaupun beliau sudah mula menunjukkan kesan-kesan pemulihan yang positif.
Ads
“Nad masih dalam ICU, maka dia masih dalam keadaan kritikal.
“Tak boleh nak gembira sangat kerana masih menunggu untuk paru-parunya betul-betul sembuh kerana kini mesin pernafasan masih belum cabut walaupun kadarnya sudah dikurangkan.
“Selagi mesin pernafasan belum cabut saya masih tak keruan, begitu juga keluarganya yang mahu melihat anak tunggal mereka sembuh seperti sediakala,” ujarnya.
Terdahulu, Hijabista melaporkan berkenaan keadaan Anad atau nama penuhnya, Farah Nadia Zainal Abidin yang ditidurkan ekoran mengalami pendarahan dan jangkitan kuman pada paru-paru.
Ibu kepada bekas anggota kumpulan Elite iaitu Abby Abadi meninggal dunia selepas pengsan ketika menjalani rawatan dialisis di sebuah pusat perubatan di ibu negara sekitar pukul 12 tengah hari tadi.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 45, berkongsi khabar duka pemergian ibu tersayang menerusi hantaran laman Instagram miliknya. Menurut Abby, ibunya iaitu Hasnah binti Abu jatuh pengsan ketika rawatan hemodialisis di hospital KPJ Tawakal, Kuala Lumpur.
Hantaran itu disertakan dengan kapsyen “Assalamualaikum. Baru semalam saya duduk mengadap Mak saya, masakkan makan, belikan buah kegemaran Mak, teman Mak makan, temankan solat, teman berbual.. harini Mak dah takde.
“Sedekahkan AlFatihah utk Arwah Mak saya & Mohon doa kalian ye agar Mak saya ditempatkan disyurga terbaik disisiNYA. Pada yg kenal dgn Mak saya, Puan Hasnah binti Abu & ingin dtg ziarah, inshaALLAH Arwah Mak tersayang skrg masih berada di KPJ Tawakal ( pengsan waktu dialysis & terus meninggal) akan dibawa ke Masjid Assobbirin AU5, Lembah Keramat utk dimandikan selepas Zohor ini & terus dibawa ke Tanah Perkuburan ISLAM AU4. Doakan” titipnya lagi.
Melalui temubual yang dilakukan bersama satu portal hiburan, suami Abby Abadi iaitu Muhammad Faizal Zakaria berkata; ini adalah kali kedua ibu mentuanya itu pengsan ketika menjalani rawatan dialisis. Tambahnya lagi, arwah pengsan sehingga jantungnya berhenti sebelum dimasukkan ke sebuah hospital dan diberi bantuan oksigen.
“Arwah sudah lama menghidap sakit buah pinggang. Selain itu, ibu mentua juga mempunyai masalah jantung.
“Minggu lepas pun arwah pengsan ketika dialisis dan jantungnya terhenti tapi keadaannya kembali baik selepas itu selepas mendapatkan rawatan,” jelasnya lagi.
Usai hantarannya di Instagram itu, rata-rata rakan selebriti dan warganet menzahirkan ucapan takziah dan mendoakan semoga dipermudahkan urusan Abby sekeluarga.
“Salam takziah buat seluruh keluarga. semoga Allahyaryamah diampunkan dosanya & ditempatkan dikalangan orang beriman”
“Allahuakbar salam takziah… teringat kt mak sendiri tengah dialisis buah pinggang jugak 3kali seminggu”
“Alfatihah. Takziah untuk Puan Abby dan sekeluarga. Semoga mak ditempatkan bersama golongan orang yang beriman. Samalah kita pun da tak ada mak. Rindu tiada penghujung”
Al-Fatihah…Team hijabista turut menitipkan ucapan takziah buat buat Abby Abadi sekeluarga. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman. Amin..
Sharifah Rose mula mengukir nama dalam industri sebagai pempengaruh media sosial tersohor sebelum mula menceburkan diri sebagai Pelakon. Ketika namanya sedang berada di puncak, wanita inspirasi hijabi ini telah mengasaskan peniagaan dibawah jenamanya sendiri iaitu ‘Harirose’.
Mengulas berhubung apakah yang membezakan Rose dengan pempengaruh serta pelakon BBNU yang lain, iaitu saat nama berada di puncak kemaruk mengeluarkan produk dan mengambil kesemb terjun ke kancah perniagaan, ini respon yang diberikan usahawanita muda ini!
Menurut Rose, sebelum menceburi bidang lakonan, Rose terlebih dahulu bergiat aktif sebagai model pada 2016 selepas tamat Tingkatan 5 dan pernah menjadi model untuk jenama-jenama fesyen muslimah.
Kemudian mula diperkenalkan ke dalam industri Hiburan pada seawal usia 20-an dan menyerahkan dirinya kepada mata umum. Apa yang membuat Rose unik berbanding bakat lain di luar sana adalah dirinya sentiasa berpegang pada slogan serta tagline “Hari Ini, I Choose Myself”.
Jelasnya lagi, tagline sama juga digunapakai untuk mencerminkan jenama miliknya Harirose yang bertujuan sebagai peringatan untuk dirinya dan para peminat bahawa walaupun berbeza cara, kita tetap perlu mengambilkira pendapat dan suara orang ramai.
“Justeru, sentiasalah ikut resmi padi yang sifatya menunduk ke bumi. Rose sentiasa mengelakkan sikap pentingkan diri sendiri atau memilih diri sendiri dahulu (self-centered).
“Diri adalah rumah pertama kita, dan ia perlu dihias, disayangi dan dipupuk dengan cara yang betul, sebelum kita boleh memaparkan diri kita kepada umum, menerima tetamu dan membiarkan dunia luar masuk ke dalam rumah kita.
“Ini adalah nilai-nilai yang terpahat diri Rose dan diterjemahkan dalam setiap koleksi bagi jenama Harirose.
Jelasnya lagi, tujuan dia berkecimpung dalam kancah perniagaan di usia muda, adalah untuk mengabadikan memori zaman kecil bersama ibunda tercinta, di samping memberi inspirasi kepada wanita diluar sana khususnya wanita muslimah untuk kuat dan menjadi diri sendiri!
“Saya mahu mencipta satu koleksi yang merakamkan perasaan zaman kanak-kanak saya bersama ibu.
“Semuanya kini telah bergerak pada kadar yang sangat pantas dalam hidup saya, oleh itu dengan adanya jenama ‘Harirose’ ini saya dapat mengenang semula memori yang terpahat dalam ingatan, serta kenangan indah yang penting buat diri saya.
“Saya mahu diingati selama-lamanya, kerana setiap koleksi ‘Harirose’ yang telah direalisasikan ini adalah cerminan kepada diri saya sendiri,” kata Sharifah Rose.
Untuk rekod, pada Mac 2022, Harirose jilid pertama mendapat sambutan dan reaksi yang memberangsangkan dan ia memutuskan untuk mengembangkan siri ini dengan reka bentuk dan warna baharu.
Menariknya, setiap reka bentuk selendang dan penjenamaan keseluruhan jenama ini dipengaruhi oleh falsafah estetika dan mencerminan peribadi pengasasnya, Sharifah Rose.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Sebagai ibu bapa, sukar untuk mengikuti aliran media sosial terkini. Tetapi TikTok bukan sahaja menjadi sensasi viral, ia juga menjadi tajuk utama antarabangsa pada 2020.
Memandangkan pangkalan penggunanya kebanyakannya berumur di bawah 25 tahun, anda mungkin tertanya-tanya, adakah TikTok selamat untuk kanak-kanak? Berikut ialah perkara yang perlu diketahui tentang apl dan bagaimana ia dapat dikawal oleh ibu bapa.
TikTok ialah apl media sosial yang membolehkan anda membuat video pendek, menetapkannya kepada muzik dan berkongsinya dengan dunia. Sangat mudah untuk mempelajari cara menggunakan TikTok dan pengguna boleh memuat naik video sehingga 10 minit. Sudah tentu, seperti mana-mana platform media sosial, anda boleh menyemak imbas, suka, berkongsi dan mengulas pada siaran, serta mengikuti saluran yang anda nikmati.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Walaupun TikTok popular di kalangan golongan muda, ini tidak bermakna aplikasi itu sesuai untuk kanak-kanak pada setiap peringkat umur atau kanak-kanak yang sangat muda.
Had umur TikTok, pemegang akaun perlu berumur sekurang-kurangnya 13 tahun. Apabila bercakap tentang mesra keluarga, anda perlu memerhatikan cara anak-anak anda menggunakan apl itu.
Memandangkan ia mengakses banyak muzik popular dan sesiapa sahaja boleh membuat video, kanak-kanak mungkin menemui kandungan yang tidak sesuai seperti kata-kata cabul dan bahan yang tidak sesuai dengan umur mereka.
Seperti mana-mana platform, sentiasa ada risiko yang dikaitkan dengan perkongsian maklumat peribadi, peluang untuk buli siber dan potensi pendedahan kepada tingkah laku berbahaya. Sebelum menggunakan mana-mana media sosial, ibu bapa dan anak-anak harus mempunyai perbualan terbuka dan jujur tentang risiko yang terlibat.
Jika anda bimbang anak remaja anda yang lebih muda menggunakan TikTok, terdapat kawalan ibu bapa yang boleh anda gunakan. TikTok’s Family Pairing settings membantu ibu bapa melindungi tetapan privasi tertentu pada akaun remaja dan membenarkan ibu bapa mengehadkan jumlah masa yang dihabiskan dalam apl.
Anda boleh menemui tetapan Pasangan Keluarga dalam tetapan akaun anda:
Ini tidak bertindak sebagai alat pengawasan. Sebaliknya, ini membolehkan anda menetapkan tetapan privasi untuk akaun mereka dan menyekat kandungan dewasa. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang tetapan berbeza untuk didayakan dan dilumpuhkan di bawah.
Sebagai permulaan, memandangkan lalai pengguna ialah akaun awam, mungkin mahu menukar akaun anak anda kepada peribadi. Dengan cara itu hanya pengikut bersama boleh melihat apa yang mereka siarkan.
Anda boleh melakukan ini dengan mudah dengan mengklik pada ikon Profil di sudut kanan bawah skrin, dan kemudian pada Menu tiga bar di penjuru kanan sebelah atas. Ini akan membawa anda ke tetapan.
Daripada menu tetapan, klik Privasi/Privacy. Jika anda mempunyai akaun awam di TikTok, sesiapa sahaja boleh melihat video dan mengikuti akaun anda. Dengan akaun peribadi, pengguna perlu meluluskan pengguna lain sebelum mereka boleh melihat dan mengikuti. Pengikut anda boleh melihat video yang anda suka juga. Anda boleh memilih untuk menjadikan akaun peribadi dengan mengalihkan suis togol/toggle ke kanan.
Tatal ke bawah halaman Privasi untuk melihat lebih banyak pilihan keselamatan, seperti:
Jika anda bimbang tentang jumlah masa yang akan diluangkan oleh anak anda pada TikTok, anda boleh meletakkan had masa:
Apl lalai kepada had masa 60 minit melainkan anda menyediakan tempoh masa yang lain. Apabila anak anda menghabiskan masa mereka, mereka perlu memasukkan kod laluan yang anda pilih untuk terus menggunakan apl itu.
Apabila anda mendayakan Mod Sekatan, anda boleh mengurangkan kemungkinan kandungan yang tidak sesuai akan dipaparkan dalam suapan anak anda. Apa yang anda perlu lakukan untuk menghidupkannya ialah klik Digital Wellbeing > Restricted Mode.
Kemudian klik butang Turn on Restricted Mode. Apabila anda mendayakan ciri ini, label Mod Sekatan muncul di bahagian atas skrin jam tangan. Jika anda mendapati sesuatu yang tidak sesuai, teruskan dan laporkan kepada TikTok.
Jika anda menjumpai akaun atau kandungan yang rasa tidak sesuai, mudah untuk menyekat pengguna itu supaya ia tidak muncul dalam suapan anak anda. Hanya klk pemegang akaun itu, klik tiga titik di bahagian atas sebelah kanan skrin, dan klik Sekat/Block. Akaun yang disekat tidak akan dapat menghantar mesej langsung kepada anak anda atau melihat apa-apa pada profil mereka.
Jika anda menyekat seseorang secara tidak sengaja, pergi ke Settings > Privacy > Blocked accounts dan klik butang Unblock.
Seperti mana-mana platform media sosial, terdapat risiko yang terlibat, jadi TikTok harus digunakan dengan berhati-hati apabila melibatkan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, ciri penyeliaan dan keselamatan orang dewasa boleh menjadikan apl lebih selamat dan menyeronokkan untuk kanak-kanak.
Oleh kerana kawalan privasi tidak sempurna, sesetengah ibu bapa memilih untuk berkongsi akaun TikTok dengan anak-anak mereka supaya mereka boleh memantaunya dengan lebih teliti. Mencuba aplikasi bersama-sama boleh menjadi peluang yang berharga untuk berhubung dengan anak-anak anda dan rakan-rakan mereka.
SUMBER: MAKEUSEOF
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.