Murninya HATI Dua Wanita Ini Yang UBAHSUAI Bas 2 Tingkat Jadi Kediaman SELESA Untuk GELANDANGAN Di UK

Share

Manusia ini tidak semuanya beruntung memiliki hidup yang mewah. Ada yang perlu bekerja keras untuk mendapatkan tempat tinggal dan juga bekalan makanan dan minuman setiap hari. Namun ada juga antara kita dikurniakan hati yang baik dan cukup prihatin dengan masalah orang lain.

Sikap dua orang wanita yang berasal dari UK ini patut dipuji kerana dia telah menyediakan tempat tinggal untuk mereka yang kita gelar gelandangan. Mereka telah mengubahsuai sebuah bas dua tingkat menjadi sebuah kediaman yan sangat selesa.

Menyedari niat murni dua wanita ini, penduduk Portsmouth, Sammy Barcroft dan Joanne Vines, pemimpin kumpulan kebajikan The Rucksack Project, memutuskan untuk menyertai trend terkini yang mengubahusai kenderaan terpakai

kepada tempat perlindungan rumah yang mudah alih.

Walaupun begitu, projek ini mengambil masa yang sedikit lama. Hamper 8 bulan masa yang diambil untuk menyiapkannya menjadi kediaman selesa dengan menelan kos sebanyak USD8000.

Setelah kerja-kerja pengubahsuaian itu selesai, bas itu kemudiannya telah dilengkapi dengan 12 katil bertingkat, sebuah lounge dan dapur kecil berfungsi sepenuhnya.

Setelah siap, memang cantik sangat rupa bas dua tingkat yang diubahsuai ini. Jom kita lihat perubahan yang dilakukan oleh mereka daripada bas menjadi rumah

yang amat selesa.
Keadaan asal bas dua tingkat.
Ubahsuai dimulakan.

 

Kerusi dicabut terlebih dahulu.
Ruang kosong setelah kerusi dicabut.
Merangka ubahsuai bersesuaian.

 

Ruang kosong diganti dengan rangka katil..
Ruang katil yang selesa.

 

Sangat selesa.
Ruang lounge untuk berehat.
Dapur kecil turut disediakan.

SUMBER: VIA OMM

IKLAN