Bagi mengenang tragedi yang berlaku di Christchurch, New Zealand pada Jumaat yang lalu, satu kempen khas telah diadakan iaitu National Scarf Day bagi tujuan mengajak wanita di seluruh dunia mengenakan hijab pada hari ini sebagai lambang solidariti.
Ramai wanita dari seluruh negara tak kira apa jua bangsa dan agama sekalipun menyokong kempen dan memuat naik gambar mereka berhijab di media sosial sebagai tanda sokongan mereka terhadap komuniti Islam.
⠀”Maafkan saya kerana mungkin saya tak memakainya(hijab) dengan betul dan saya tidak pasti dengan warnanya namun saya mahu tunjukkan sokongan saya terhadap wanita muslim hari ini. Berdiri bersama.”- Nicola Inui, New Zealand.
Ia berhenti bersama kita. Apa pun ibu bapa, nenek, datuk dan saudara mara kita percaya, apa jua kejahilan dalam komunikasi, gurauan atau tidak, secara sedar mahupun tidak langsung…
Ads
Kita tidak akan menyambungnya kepada generasi seterusnya.
Anak-anak dilahirkan bai mengenal kasih sayang. Mereka tidak kira warna kulit seseorang, dimana dia dilahirkan dan siapa ibu bapa mereka. Biarkan mereka belajar dan memimpin.
Menjadi kuat bersama.”-Catalina, New Zealand, @catb73
“Berikan penghormatan dan tunjukkan solidariti untuk saudara komuniti muslim. Ingatan dan doa saya ada untuk mangsa dan keluarga mangsa.”-Jordy, New Zealand.
“Seperti mana yang kawan saya tahu, saya telah menjelah banyak negara Islam dan saya hanya menerima penghormatan dan kebaikan daripadanya. Marilah kita sama-sama menghormati saudara muslim kita pada hari ini dengan memakai hijab. Idea ini timbul kerana serangan pengganas Jumaat lalu yang menyebabkan wanita muslim takut untuk mengenakan hijab. Negara kami menunjukkan kebebasan beragama, kebebasan ekspresi dan juga toleransi. Tolonglah sokong saudara kita pada hari Jumaat bagi memberi kekuatan pada mereka. Kita adalah satu.”-Kerrin, New Zealand.
“Tragedi Jumaat lalu sememangnya telah mematahkan kita. Jika anda seperti saya dan merasakan ingin menunjukkan sokongan tapi tidak tahu bagaimana, saya ingin menyeru semua wanita bagi mengenakan hijab pada hari Jumaat ini… seminggu selepas serangan, bagi menunjukkan solidarity, cinta dan sokongan. Wanita muslim tidak patut rasa takut meninggalkan rumah mereka. Saya sememangnya sangat bangga dengan curahan kasih sayang yang telah ditonjolkan oleh negara saya.”-Courtney, New Zealand.
Kehadiran zuriat sememangnya dinantikan oleh setiap pasangan yang sudah berkahwin. Zuriat dianggap penyeri rumah tangga. Biar lama mana pun perlu menunggu kehadiran si comel ini, anda perlu bersabar dan percaya dengan setiap apa yang telah Allah rancangkan untuk kita.
Terkini, dikhabarkan bahawa pelakon, Adam Corrie bakal menimbang zuriat setelah hampir 10 tahun honeymoon berdua bersama isterinya. Alhamdulillah, syukur dan tahniah Hijabista ucapkan. 10 tahun bukanlah satu masa yang sekejap. Memang lama. Ternyata penantian itu tidak sia-sia.
Hijabista doakan agar Allah permudahkan segala urusan Adam Corrie dan isterinya. Malah, Hijabista turut berbangga dengan Adam Corrie yang kekal positif menanti kehadiran cahaya mata.
Berikut merupakan perkongsian Adam Corrie menerusi Facebooknya:
Alhamdulillah.. syukur ke hadrat ilahi atas kurniaanMu..
Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan kebahagian kami. Alhamdulillah .
Allah dah bagi honeymoon 10tahun berdua. InsyaAllah kelak bertiga pula.
Saya bukan ada ramai kawan. Kawan baik saya, kawan bergaduh saya, kawan travel, bisnes partner, teman sekatil adalah bidadari saya. Jadi Alhamdulillah nanti bertambahlah meriah suasana rumah kami dgn kehadiran si comel nanti.
“Ya Allah, semoga Engkau jadikan bayi ini sihat, sempurna, berakal cerdas dan mengerti dalam urusan agama. Ya Allah semoga Engkau memberikan kepada bayi ini umur yang panjang, sihat jasmani dan rohani, bagus budi perangainya, fasih lisannya. Serta bagus suaranya untuk membaca dan Al Quran Dan tinggikanlah darjat. Dan luaskanlah rezeki. Dan jadikanlah bagi manusia yg selamat di dunia dan akhirat dan taat pada agama dan Allah. “
Saya doakan juga mereka yang masih menanti rezeki zuriat semoga Allah berikan zuriat juga.
Memang menjadi tabiat kaum wanita yang gemar makan asam atau jeruk sebagai kudapan terutama ketika sedang membuat kerja. Namun sebenarnya ada antara produk makanan asam yang digemari ini merbahaya kepada kesihatan. Malah KKM sendiri turut mengeluarkan amaran tentang betapa bahaya produk makanan jenis ini.
Jadi bagi mereka yang gemar makan asam, pastikan tidak mengambil tiga produk yang diberitahu ini bagi mengelak sebarang masalah kesihatan. Malah siasatan pihak KKM mendapatu pengeluar produk ini adalah palsu.
Jadi diingatkan agar orang ramai tidak membeli produk ini dan jika nampak dijual di pasaran mohon agar maklumkan kepada Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan dan pejabat kesihatan tertera bagi tujuan rampasan dan pelupusan.
Maah bagi mereka menjual atau mengedar tiga produk ini dianggap satu kesalahan di bawah seksyen 13(B)(2) Akta Makanan 1983 yang boleh didenda RM20 ribu atau penjara tidak kurang 5 tahun jika sabit kesalahan atau kedua-duanya sekali.
AMARAN KKM TENTANG PRODUK MAKANAN MERBAHAYA KESIHATAN
Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman ingin mengeluar amaran KKM tentang penjualan produk makanan yang didapati membahaya kesihatan.
Nama produk: 1. ASAM CELAGI SIRA BOTOL mengandungi siklamat (Kelantan) 2. ASAM MANGGA SIRA BOTOL mengandungi siklamat (Kelantan) 3. NATURAL DRIED SEAWEED mengandungi Kadmium (Perak) Rujuk Gambar dan maklumat produk disertakan
Produk ini telah diambil sampel dan analisa makmal mendapati mengandungi *siklamat* sejenis pemanis tanpa zat dan *Kadmium* yg boleh beri kesan kepada kesihatan
Siasatan pihak KKM mendapati maklumat pengeluar produk ini adalah PALSU. Orang awam yang mengesan produk ini dijual di pasaran dipohon tidak membeli dan perlu memaklumkan kepada Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman di talian 09-8504243 bagi tujuan rampasan dan pelupusan.
Mana-mana orang yang menjual atau mengedar produk ini adalah menjadi satu kesalahan di bawah seksyen 13(B)(2) Akta Makanan 1983.. Sabit kesalahan boleh di denda RM 20,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
Harap maklum. Terima kasih.
Rentetan dari posting ini oleh laman facebook PQ Community telah mendapat maklum balas dari netizen apabila mendapat lebih 8 ribu butang share serta 2 ribu lebih butang komen dan suka.
Pihak PC Community juga turut memberi penjelasan lanjut mengenai perkara ini. Juga kesan sampingan jika makan produk yang mengandungi bahan Siklamat sebagai pemanis tanpa zat yang boleh mengundang penyakit kanser.
MAKLUMBALAS ISU 3 PRODUK MAKANAN AMARAN BAHAYA KESIHATAN
Terima kasih keatas semua pelayar FB Mysihat diatas keperihatinan dan komen anda semua. Berikut adalah penjelasan admin bagi pencerahan semua.
1. Amaran kesihatan ke atas 3 produk ini dibuat oleh pihak Keselamatan & Kualiti Makanan (BKKM) KKM bagi tindakan di seluruh Malaysia. Makluman ini dibuat secara proaktif khususnya kepada pengguna di Daerah Kemaman dan tindakan juga di buat di daerah2 lain di seluruh Malaysia mengguna pelbagai kaedah pendekatan masing-masing.
2.Persempelan makanan merupakan salah tugas utama yg dijalankan oleh BKKM di seluruh Pejabat Kesihatan Daerah bagi mempastikan semua makanan yg dijual dipasaran adalah selamat. Semua makanan akan dibuat sample secara berjadual dan perancangan tahunan. 3 sample yang terlibat ini diambil secara rasmi pegawai berkuasa yg menjalan persempelan makanan rutin ke atas makanan ini dan dihantar ke makmal mendapati ia positif dengan Siklamat dan Kadmium.
3. Makanan ini dikesan melalui sampel yang dibuat di Kelantan dan Perak. Semua pelanggaran akan diambil tindakan mahkamah keatas pengilang /pengimport berdasarkan label pengeluar/pengimport
“Salah satu strategi yang digunakan oleh segelintir pengeluar (pengilang) adalah penipuan dengan menggunakan alamat palsu pada label produk makanan mereka. Ini bagi menyukarkan pihak berkuasa mengesan dan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang terbabit.
Bagi produk ini pula, ia juga masih dalam siasatan pihak KKM termasuklah untuk mengenalpasti pengimport /pengeluar/pengilang yang terlibat.”
4. Siklamat adalah pemanis tanpa zat yg 30-50 kali manis daripada gula biasa.Manakala Kadmium, cemaran logam yg boleh ada secara semulajadi atau pencemaran dalam proses penyediaan makanan. Kedua produk ini tidak dibenar hadir dalam makanan dan ia menyalahi peraturan 133(3) dan 38 (1A) Peraturan -Peraturan Makanan 1985
6. Amaran ini HANYA merujuk kepada BATCH dan PRODUK yang tertera sahaja yang khusus kepada produk yang dianalisa makmal. Produk lain atau batch yang berbeza adalah tidak berkaitan. Namum pihak kami menasihatkan pengambilan makanan seumpama ini adalah tidak sesuai untuk kesihatan terutama kandungan penggunaan bahan pengawet, pemanis dan pewarna yg tidak diketahui statusnya.
7. Orang ramai yang telah mengambil makanan terutama daripada jenama dan batch tertera dinasihatkan hentikan serta merta kerana ia memberi kesan jangka pangjang terhadap kesihatan.
8. Penjual dan pengedar dinasihatkan memberhentikan penjualan makanan ini. Pihak berkuasa Pejabat Kesihatan boleh mengambil tindakan terhadap mana-mana orang yang masih menjual produk ini. Sabit kesalahan boleh di denda sebanyak RM 20K atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya di bawah Akta Makanan 1983.
Layari FB Mysihat untuk mendapat berita-berita dan info kesihatan terkini.
Sekian terima kasih. Admin Mysihat
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kuasa viral akhirnya menemukan seorang kanak-kanak perempuan comel yang mempunyai raut wajah yang sama dengan ikon fesyen, selebriti dan juga usahawan, Neelofa. Minggu lalu melalui satu perkongsian di Twitter, Sara telah berkongsi gambar anak saudaranya dan ia mendapat perhatian selebriti popular berkenaan.
.
.
Hasilnya mini Lofa telah dijemput ke studio MeleTOP. Maka bertemulah Neelofa dengan si cilik bernama Che Naura Auni dalam satu segmen khas rancangan temu bual MeleTOP. Kanak-kanak berusia 5 tahun ini walaupun nampak sedikit gementar namun respon dan gayanya yang bersahaja menghiburkan hos dan penonton di studio.
A post shared by MeleTOP (@meletop) on Dec 17, 2019 at 7:34am PST
Sambil memangku kanak-kanak itu akui Neelofa wajah kanak-kanak itu persis dirinya ketika zaman kanak-kanaknya. Kebetulan negeri kelahiran mereka juga sama.
.
.
Majoriti netizen juga turut mengakui bahawa adik Che Naura Auni memiliki iras wajah seakan sama dengan selebriti terkenal itu.
.
.
.
Sumber kredit: Neelofa dan Meletops
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di