‘Muka Macam Daddy La Ibu’- Shuib Bersyukur, Teruja Pertama Kali Melihat Ayash Affan

Share

Pelawak dan juga usahawan terkenal, Shuib Sepahtu berkongsi kegembiraannya apabila bertemu dengan anak bongsunya buat pertama kali iaitu Ayash Affan.

Buat makluman, Ayash dilahirkan secara pramatang pada 6 Ogos lalu dan ditempatkan di inkubator Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HTCM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pada 26 Ogos lepas, Shuib memaklumkan bahawa anak keempatnya itu sudah pun dikeluarkan dari inkubator dan dijangka boleh dibawa keluar pada bulan ini.

Shuib menganggap detik ini merupakan hadiah di ulangtahun kelahirannya yang ke 37.

Esok (hari ini) sudah boleh ke hospital tengok Ayash. Esok juga akan jadi hari pertama melihat dan menyentuhnya.

Selain itu, Shuib turut berkongsi bahawa sebelum ini arwah isterinya Siti Sarah kerap kali mengulang perkara sama iaitu menyuruhnya menjaga anak bongsu mereka ini.

Baby yang ke-4 ini U jaga dia tau, U jaga tau, U jaga OK

Beberapa jam lalu, Shuib menyatakan keterujaannya apabila pertama kali menatap wajah Ayash. Ujarnya, wajah anaknya itu mirip sekali dengan wajahnya.

Memang special sangat hadiah dari ibu. Allahuakhbar, I wish you were here sayang

 

IKLAN