Setiap wanita Muslimah pasti mengimpikan syurga Allah. Panduan untuk mendapatkan apa yang dihajati ini hanya melalui empat rahsia. Jika keempat-empat rahsia ini dilaksanakan, insya-Allah, syurga sedang menantimu.
1. Mendahulukan yang Wajib
Amal Makruf, Nahi Mungkar. Dahulukan segala yang wajib dan niat kerana Allah s.w.t.
2. Berpuasa Di Bulan Ramadhan
Anda bermula dengan sebuah niat, kemudian berusaha menahan diri daripada makan dan minum, akhir sekali, berbuka puasa.
Mungkin orang yang tidak faham Islam, tidak akan nampak bahawa ini ialah latihan rohani dan jasmani untuk ahli syurga seperti anda.
Ads
Puasa selama sebulan berturut-turut bukan sahaja melatih ‘otot’ kesabaran dalam hati, tetapi menyihatkan tubuh badan secara semula jadi.
3. Menjaga Kehormatan Diri
Wanita, anda memang golongan penduduk bumi yang dilindungi. Hijab dan pakaian labuh dan longgar bukan sahaja menutup aurat diri, tetapi membalut hati anda daripada perkara kemungkaran secara sendiri.
Pakaian Muslimah yang mengikut syariat itulah pakaian buat wanita syurga di atas dunia.
Ads
Berbanggalah anda menutup aurat dengan sempurna kerana mungkin itu petanda anda bakal ahli syurga jika memenuhi semua syarat yang lain. Selain pakaian, menjaga kehormatan diri juga bermaksud menjaga tingkah laku dan menjaga batasan dalam pergaulan.
4. Taat Perintah Suami
Bayangkan jika suami anda meminta anda membuat air dan anda buatkan, ketahuilah malaikat sedang mencatat markah ke dalam kitab amalan anda.
Ads
Bertambah-tambah markah anda dalam misi ke syurga. Anda hanya membancuh minuman kegemarannya, bukan bertadarus 30 Juzuk.
Itu pun sudah “gemuk” pahalanya, apatah lagi jika anda melakukan ibadah sunat kerana suami, pasti di tahap obesiti kantung pahala anda!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Nama isteri kepada Nedim Nazri, sekali lagi menjadi bualan. Apabila aktres jelita Nora Danish tampil begitu anggun, sopan dan mempersona dalam persalinan jubah patuh syariah berona hijau lumut ketika menghadiri sebuah majlis ilmu baru-baru ini.
Hijabista difahamkan bahawa, majlis ilmu berkenaan dianjurkan oleh rakan selebriti karibnya, Betty Rahmad yang juga merupakan adik kepada seniwati Erma Fatima dan Datin Seri Umie Aida.
Perkara berkenaan dimaklumkan Nora menerusi satu muatnaik hantaran di laman Instagram miliknya, sebagai satu hantaran penghargaan kerana Betty merupakan sahabat yang sering menganjurkan majlis-majlis ilmu. Malah, Betty turut menghadiahkan sepersalinan jubah untuk dipakai Nora pada majlis ilmu berkenaan.
“Alhamdulillah syukur ya Allah. Terima kasih tuan rumah yang baik hati macam bidadari untuk semua ini. Masak lagi, bagi jubah lagi. MasyaAllah. Semoga Allah merahmati mu sekeluarga.
Kepada ustazah yang fun, membuatkan setiap ilmu berjaya masuk ke hati, sampai air mata tidak berhenti mengalir. Jangan berhenti doa untuk Nora ustazah ye.”-kapsyen Nora di Instagram
Hijabista sempat meninjau ruangan komen untuk melihat respon wargamaya berhubung isu ini. Rata-rata netizen meninggalkan komen yang positif dan optimis apabila melihat ibu kepada tiga cahaya mata itu mengenakam busana patuh syariah dan menutup aurat dengan sempurna.
Selain itu, ramai diantara warganet yang turut sama menitipkan doa agar Nora dikurniakan hidayah Allah untuk menutup aurat dimasa hadapan. Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan wargamaya.
“Nape kita dah tahu bab aurat tapi kita tak ambil kisah apa yang diperintah. Bertangguh lagi.”
“Sahabat-sahabat sebegini yang selalu mendoakan kita semasa pergi nanti dan insyAllah kekal menjadi sahabat-sahabat syurga.”
“Pakai tudung lagi cantik 😍.”
“InsyaAllah one day u juga mendapat hidayah seperti yang lain. Aamin.”
Sama-sama lah kita mendoakan yang baik-baik buat aktress yang pernah popular dengan sitkom ‘Puteri’ ini agar dikurniakan hidayah dan kekal istiqamah menghadiri majlis-majlis ilmu sekaligus mendekatkan dirinya kepada yang maha esa.
Umum sedia maklum, penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif kini merupakan seorang tenaga pengajar di salah sebuah Universiti terkemuka di Selangor.
Bagaimanapun, terbaharu isteri kepada penyanyi, Akwa Arifin ini memaklumkan bahawa dengan berat hatinya dia terpaksa mengorbankan kerjayanya sebagai pensyarah bagi memberi tumpuan kepada pengajian Doktor Falsafah (PhD) yang sedang diikutinya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Menurut pemilik nama Imratul Najwa Abdul Latif atau lebih mesra disapa sebagai Wawa ini, dia mengakui agak sukar baginya untuk melunaskan dua perkara dalam satu masa. Justeru, Wawa nekad mengambil keputusan untuk berehat daripada kerjayanya sebagai pensyarah dan menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajian.
“Ya, saya berhenti kerja sebab nak fokus PhD, sebab PhD saya tak bergerak dan kerja pun terus-menerus. Memang rasa berat hati sangat sebab saya tak pernah tak kerja.
“Inilah kali pertama saya betul-betul rehat daripada bekerja. Penulisan PhD saya masih berjalan cuma pergerakannya sangat perlahan. Sudah hampir setahun dan saya kena korbankan kerja buat sementara waktu,” katanya lapor Murai.
Jelas Wawa lagi, dia hanya berehat untuk satu jangkamasa pendek sahaja dan tidak bercadang untuk menganggur lama. Malah, ujarnya lagi dia masih tetap akan meneruskan usaha menjadi pensyarah semula sebaik sahaja pengajianya selesai dan dalam masa sama masih aktif dalam industri muzik.
“Insya-Allah tahun depan saya akan kembali bekerja (pensyarah) semula. Nanti saya usaha cari kerja semula. Saya cuma perlu beberapa bulan untuk fokus (PhD) sekejap,” katanya.
Sekadar info, sebelum ini Najwa yang memiliki Sarjana Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Malaya (UM) bertugas sebagai pensyarah Universiti Selangor (Unisel).
Kini Najwa masih dalam proses menjalani pengajian PhD dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Love Lock atau turut disebut Love Padlock adalah mangga yang ditulis nama pasangan, kemudian diletakkan di tempat-tempat tertentu seperti jambatan, pagar, monumen atau tempat yang dikatakan menjadi simbol cinta. Kebiasaanya ditulis nama pasangan sebagai harapan cinta mereka akan kekal.
Dalam menjawab persoalan ini, marilah kita mentadabbur ayat yang sering kita bacakan di dalam solat lima waktu setiap hari. Selain membacanya, marilah kita memahami inti patinya:
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Maksudnya: Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (Surah al-Fatihah: 5)
Imam Ibn Kathir menerangkan bahawa lafaz “iyyaka” diletakkan di permulaan ayat dan diulang penggunaanya untuk menekankan bahawa hanya kepada Allah SWT kami menyembah, hanya kepada Allah kami bertawakkal menyerahkan segala urusan, dan tidak akan sesekali kami bertawakkal melainkan kepada Allah SWT.
Maka, jelaslah dalam kehidupan kita seharian, kita diajar untuk sentiasa memohon segalanya kepada Allah SWT dan bertawakkal dalam setiap urusan. Selain itu, terdapat begitu banyak dalil daripada al-Quran yang menunjukkan rahmat Allah SWT kepada hambanya yang memohon doa daripadanya, antaranya:
Maksudnya: Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
Jelaslah berdasarkan ayat-ayat di atas, bahawa Allah SWT Maha kaya, lagi Maha luas rahmatnya. Tidak ada yang lebih layak untuk diminta pertolongan, rezeki atau memohon untuk diselamatkan melainkan daripada Allah SWT. Hal ini sebagaimana yang diajarkan oleh Baginda Nabi SAW di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas RA:
Maksudnya: Apabila kamu meminta, maka minta kepada Allah, dan apabila kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan daripada Allah. Riwayat al-Tarmizi (2516)
Selain itu, dalam membahaskan persoalan ini, perlu untuk kita berhati-hati agar tidak menjadi orang yang melakukan perbuatan khurafat.
JAUHI AMALAN KURAFAT
Umat Islam juga hendaklah menjauhi semua amalan khurafat, yang menyatakan apabila meletakkan kunci di pagar atau tempat-tempat tertentu akan mengekalkan perhubungan dan cinta. Ini jelas seperti mana yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud R.A,
Maksudnya: “Al-Tiyarah adalah syirik, al-Tiyarah adalah syirik (Baginda menyebutnya tiga kali) dan setiap orang pasti (pernah terlintas dalam hatinya sesuatu dari hal ini). Hanya sahaja Allah SWT menghilangkannya dengan tawakkal.” Riwayat Abu Daud (3910), Ibn Majah (3538) dan al-Tirmizi (1614)
Istilah tatayyur atau tiyarah berasal daripada perkataan al-tayr (الطير) iaitu bermakna burung. Dalam kepercayaan masyarakat Arab Jahiliyah, apabila mereka akan mengadakan perjalanan, mereka akan terlebih dahulu melepaskan burung. Sekiranya burung itu terbang ke kanan, maka ia dikenali sebagai sa’ih, mereka akan gembira dan perjalanan dibolehkan. Sebaliknya, jika ke kiri barih, ia bermakna sial dan mereka akan bersedih kerana ia memberi petanda musibah akan menimpa lantas mereka akan menangguhkan pemergian. (Lihat Miftah Dar al-Sa’adah, m. 584-585)
Begitulah juga, apabila seseorang meletakkan harapan dan kepercayaan ke atas sesuatu yang sebenarnya tidak mampu memberi apa-apa jaminan untuk kebahagiaan.
KESIMPULANNYA
Ini kerana kami berpendapat konsepnya hampir sama dengan al-Tiyarah yang mengharap dan meletakkan kepercayaan ke atas sesuatu perkara yang hakikatnya tidak dapat memberi manfaat. Selain itu, sudah jelas daripada dalil-dalil di atas bahawa untuk meminta sesuatu hanyalah kepada Allah SWT.
Sumber kredit: Mufti Wilayah Persekutuan. Sahibus Samahah Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.