Berita

“Moga Jadi Permulaan Untuk Tutup Aurat” Manis Bertudung Ketika Hadiri Jamuan Raya Sekolah Anak, Penampilan RITA RUDAINI Tuai Pujian

Share

Model dan pelakon jelita yang pernah popular dengan filem ‘Mami Jarum Junior’ Rita Rudaini baru-baru ini berkongsi momen ketika pertama kali menghadiri jamuan hari raya di sekolah anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin Mohamad Aidil Zafuan.

Kredit Foto: ritrud727

Nampak sangat meriah suasana yang dikongsi oleh ibu tunggal anak dua ini.

Terjalin Ukhwah

Terserlah ukhwah yang terjalin antara ibu bapa pelajar dan para guru walaupun majlis tersebut diadakan julung kali.

Rita memuat naik beberapa hantaran di Instagram peribadinya beberapa hari lalu.

“Jamuan raya warga SUBES. Walaupon hangat lit lit tapi seronok dan meriah. Tahun depan aci x buat lagi?”

Untuk info, Airit Rayyan Rizqin atau panggilan mesranya Rayyan merupakan pelajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar, Selangor.

Airit Rayyan Rizqin Mohamad Aidil Zafuan

Rayyan yang kini berusia 16 tahun bukan sahaja berbakat dalam sukan olahraga malah cemerlang dalam pelajaran.

Rayyan membuktikan gelaran sebagai jaguh pecut tidak menghalangnya untuk berjaya dalam pelajaran.

Anggun Bertudung & Berbaju Kurung

Dalam hantaran itu, finalis pertandingan Dewi Remaja 98/99 ini kelihatan sangat anggun berbaju kurung dan bertudung bawal rona soft pink.

Penampilannya itu meraih perhatian warga maya sekaligus menjadi perbualan utama di ruangan komen.

Rata-rata memuji kecantikan asli Rita walau hanya berpakaian longgar dengan solekan tipis, lebih-lebih lagi bertudung bawal. Nampak awet muda sungguh!

“Sukanya kami tengok sis Rita brtudung, lawa n cun”

“Alhamdulillah..cantik sangat bila bertudung, moga ini menjadi permulaan untuk terus tutup aurat…aminn”

“Cantiknya Rita bertudung. Nampak mud 10 tahun. Sejuk mata memandang. Kejelitaan anugerah Ilahi. Moga Rita istiqomah ya sayang.”

“SubhanALLAH.. Manisnya bertudung… “

Mereka turut menyifatkan Rita seorang yang mudah mesra, merendah diri, prihatin serta menghormati orang lain biarpun dirinya seorang artis terkenal.

“Bagus sebab dia pakai baju sopan, longgar, x ketat..ni common sense yang ramai orang luar x faham bila melawat sekolah, apatah artis2…”

“Sopan.. pandai suaikan pakaian dengan majlis dan tempat.”

“Pesen orang sambut raya kat sekolah tapi @ritrud727 lagi popular dari pengetua..!”

BACA JUGA: Tak Kedekut Dengan Haiwan! Asbab Rita Rudaini Berjaya Asuh Anak Celik Dunia Akhirat

Dalam pada rasa gembira kerana dapat bersuai kenal dan beramah mesra dengan ibu bapa serta warga sekolah, Rita turut meluahkan rasa sedihnya kerana tahun hadapan adalah tahun terakhir anaknya bersekolah di situ.

“Tahun depan tahun last kita ulang alik ke SUBES.”

Semoga Rita yang baru sahaja mencecah usianya yang ke-49 tahun pada 11 April lalu kekal bahagia bersama dua anak jejaka tampannya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Paling penting terus kuat dan memberi inspirasi kepada ibu-ibu tunggal di luar sana.

 

Related Post
Published by
Amy Mohd