Minta Doa Ibu Ketika Hari Jadi, Bagusnya Farhatul Johan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa Ke-61

Share

Ketika usianya baru 19 tahun, Nor Farhatul Faizurah Panut telah mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai johan qariah dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-61 tahun lalu.

Gemar menggunakan media sosial untuk berkongsi ilmu terutama mengenai tarannum al-Quran dengan orang ramai, gadis ini sudah menginjak usia usia 20 tahun.

Happy birthday to me. Kalau di Malaysia sekarang, pukul 12.AM Alhamdulillah genap 20 tahun dah seorang yg bernama Nor Farhatul Fairuzah Binti Panut…
benda first yg akan dibuat bila birthdayy mintak doa dari mak.. sbb mak lah yg melahirkan kite duluuu kann. siapa laa farha tanpa mak dan arwah abahhh btw dh mcm diperantauan dah gayanyaa.

Posting itu mendapat komen daripada rakan selebriti dan pengikutnya yang mengambil kesempatan memberi ucapan hari jadi selain memberikan kata-kata positif untuk qariah tersebut.

Sumber kredit: Farhatul Fairuzah

IKLAN