Ramai yang sedang berteka-teki mengenai tarikh perkahwinan di antara selebriti terkenal, Neelofa dan PU Riz yang dikatakan bakal berlangsung pada hujung minggu ini.
Tidak mengiya atau menidakkan khabar tersebut, Neelofa bagaimanapun telah memuat naik sebuah hantaran di laman instagramnya semalam berkenaan doa yang dihajatinya yang seakan-akan berkait dengan situasinya yang sedang diperkatakan.
Ads
dengan rahmatMu aku meminta pertolongan ya Allah.. 🤲🏼🤍 doakan saya dalam doa doa kalian
Di ruang komen, ramai rakan artis termasuklah para peminatnya turut mendoakan kesejahteraan dirinya. Di samping itu, mereka juga turut teruja kerana latar belakang foto tersebut seperti pelakon drama Red Velvet itu sedang melakukan sesi ‘fitting’ baju.
Ads
Adakah benar khabar angin tersebut? Sama-samalah kita nantikan dan doakan yang terbaik buat mereka berdua, InsyaAllah.
Ads
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Berkahwin dengan orang yang kita cinta memang menjadi impian kita semua. Begitulah juga seperti pasangan ini iaitu pemain pertahanan tengah pasukan bola sepak Pahang, Muslim Ahmad dan Farah Anisah,20 atau lebih dikenali sebagai Faralisa yang juga seorang instafamous dan model.
Pasangan sama cantik sama padan ini telah selamat bernikah pada hari Jumaat yang lalu di Klang dan telah melangsungkan majlis persandingan di Ampang pada keesokan harinya.
Bila berbicara mengenai kecantikan, pasti ramai yang ingat cantik itu haruslah berkulit putih gebu, tinggi, kurus dan sebagainya. Ini adalah tafsiran yang ternyata salah. Seperti yang dikatakan oleh Yang Mulia Che Puan Khaleeda, sebenarnya kecantikan itu datang dalam pelbagai bentuk, rupa dan yang paling penting sekali mestilah hati yang baik!
Sewaktu membesar, saya sering diberitahu yang saya hitam, ada telinga yang besar, terlalu kurus, mempunyai hidung yang besar dan rupa saya hanya ‘biasa-biasa’ sahaja. Nasihat saya untuk semua wanita di luar sana, setiap orang itu berbeza dalam caranya yang tersendiri. Belajar untuk SAYANG, JAGA dan MENGHARGAI diri sendiri. YA saya hitam, YA saya ada telinga yang besar, YA saya ada hidung yang besar. Saya bercakap sebegini untuk menunjukkan bahawa saya suka dengan apa yang Tuhan telah jadikan saya dan bersyukur dapat belajar menghargai diri saya pada usia seperti ini. Saya bersyukur dapat melihat, mendengar, bau dan menjalani kehidupan dengan sepenuhnya. Saya tak mahu sia-siakan peluang yang ada ini. Jangan pernah biarkan masyarakat meletakkan definisi sebenar cantik itu kerana kecantikan datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Dengan hati yang ikhlas dan tingkah laku yang baik, kecantikan itu akan datang dengan sendirinya dan seperti yang telah saya katakan tadi, ‘apa yang telah kita berikan, pasti akan datang kembali pada kita.’
#SELFLOVE #haveyourowndefinitionofbeauty
Selepas baca kata-kata daripada Yang Mulia Che Puan Khaleeda, pasti hijabi rasa terus positif kan? Jangan hiraukan apa yang orang nak kata, bersyukurlah dengan kurniaan Tuhan kerana kita semua cantik dalam cara tersendiri.
Sayur-sayuran bukan sahaja membantu mengekalkan kesihatan dan kecergasan, ia juga baik untuk kulit yang sihat. Dari keserian kulit kepada penyatuan tona kulit dan pencerahan kulit.
Jika anda ingin mendapatkan manfaat terbaik untuk kulit anda, pelajari cara memproses sayur-sayuran dengan betul supaya nutrien yang terkandung di dalamnya tidak hilang begitu sahaja.
Jadi sayur-sayuran manakah yang baik untuk kesihatan kulit? Jom, ketahui lebih lanjut di bawah!
Brokoli mengandungi pelbagai bahan yang baik untuk kesihatan kulit antaranya zink, vitamin A dan vitamin C. Selain itu, sayuran berdaun ini juga mengandungi lutein.
Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa lutein boleh melindungi kulit daripada kerosakan oksidatif yang boleh menyebabkan dehidrasi dan kedutan pada kulit.
Brokoli juga mengandungi sulforaphane. Bahan-bahan ini dipercayai dapat melindungi kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh pendedahan matahari.Sebaliknya, terdapat kajian yang mendapati sulforaphane yang terkandung dalam brokoli dapat mengekalkan tahap kolagen dalam kulit.
Sayur-sayuran yang biasa anda temui dalam sandwic itu sebenarnya baik untuk kesihatan kulit anda juga, anda tahu? Sayur itu ialah tomato. Tomato mengandungi cukup banyak vitamin C.
Tomato juga mengandungi beta-karotena, lutein dan likopena. Bahan-bahan ini dipercayai dapat melindungi kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh pendedahan matahari tomato juga boleh menghalang penampilan kedutan pada kulit.
Ia bukan sahaja menghalang dehidrasi dan menurunkan tekanan darah. Timun mempunyai pelbagai manfaat kesihatan kulit. Daripada melembapkan kulit sehingga kelihatan segar dan mengurangkan garis-garis halus pada kulit.
Selain itu, kandungan tanin dan flavonoid pada timun dipercayai dapat mencegah serangan radikal bebas pada kulit.
Satu lagi sayuran hijau yang boleh menyokong kulit yang sihat ialah bayam. Kandungan vitamin C dalam bayam bukan sahaja mengekalkan lembapan badan malah dikatakan dapat meningkatkan penghasilan kolagen dalam kulit.
Selain itu, bayam juga baik untuk kesihatan rambut. Kalau nak rambut nampak berkilat, tak salah makan bayam dengan kerap
Kandungan vitamin C dan beta-karotena dalam lobak merah dikatakan dapat melindungi kulit daripada pelbagai jenis kerosakan. Selain itu, sayuran ini juga berperanan dalam penghasilan kolagen.
Ini adalah lima sayuran yang anda boleh makan untuk mendapatkan kulit yang sihat. Saya harap maklumat ini berguna untuk anda.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.