Miliki Pesona Tersendiri, Ini 10 Wanita Kerabat Diraja Yang Cantik Lagi Jelita Dari Seluruh Dunia

Share

Pada hari Selasa yang lalu, telah berlangsungnya istiadat pertabalan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam sebuah majlis penuh adat istiadat diraja di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan.

Bukan itu sahaja, pada hari itu juga seluruh mata tertumpu kepada lima orang puteri raja negeri itu yang ternyata sangat cantik dan jelita.

Tengku Puteri Iman Afzan adalah yang sulung antara tiga puteri selain Tengku Ilisha Ameera dan Tengku Ilyana, iaitu hasil perkahwinan Yang di-Pertuan Agong dengan seorang aktres tahun 80-an, Cik Puan Julia Rais.

Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah Al-Sultan Abdullah pula merupakan puteri keempat Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau merupakan pasangan kembar kepada Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah, yang juga merupakan putera kepada Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Seorang lagi puteri, ialah Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Al-Sultan Abdullah. Beliau merupakan puteri bongsu kepada Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dan telah berjaya menarik perhatian ramai ketika berangkat ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Istana Negara apabila mengenakan persalinan yang yang pernah dikenakan bondanya Tunku Azizah semasa istiadat pertabalan nenda beliau Almarhum Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan pada November 1984.

Selain puteri-puteri raja negeri Pahang, Hijabista senaraikan juga lima lagi wanita kerabat diraja yang jelita dari seluruh pelusuk negara.

Kate Middleton (England)

Sentiasa mengenakan solekan yang natural membuatkan Kate Middleton tampil berbeza dengan kejelitaan tersendiri. Wanita berusia 36 tahun ini adalah isteri kepada Putera William, anak Putera Charles dan cucu Ratu Elizabeth II. Kate bertemu dengan suaminya ketika mereka belajar di University of St Andrews, Scotland, pada tahun 2001 sebelum bertunang pada November 2010 dan berkahwin pada 29 April 2011 di Westminster Abbey.

Rania Al Abdullah (Jordan)

Dilahirkan di Kuwait, Rania Al-Yassin,47, mempunyai wajah lembut dan cantik dan tidak akan jemu bila memandangnya. Selain itu, Permaisuri Rania juga merupakan seorang wanita yang pintar dan telah berkhidmat sebagai permaisuri selama beberapa dekad.

Jetsun Pema (Bhutan)

Jetsun Pema merupakan Ratu Bhutan, sebuah kerajaan berperlembagaan dan isteri kepada Raja Jigme Khesar Namgyel Wangchuck, Raja Bhutan. Mereka berkahwin pada 13 Oktober 2011 di Punakha Dzong. Beliau dilahirkan di Thimphu, 4 Jun 1990 dan telah belajar di Lawrence School di Sanawar, India. Di samping itu, beliau juga menerima pendidikan  di Regents College, London dalam jurusan psikologi.

Puteri Ameerah Al-Taweel (Arab Saudi)

Memiliki rias wajah persis seorang pelakon, Puteri Ameerah sentiasa kelihatan manis dengan senyumannya yang menawan. Bukan hanya seorang puteri, beliau juga merupakan pengerusi Yayasan Al-Waleed bin Talal dan seorang ahli lembaga penyeliaan di Silatech.

Charlotte Casiraghi (Monaco)

Charlotte Casiraghi merupakan anak kedua pasangan Hanover Princess dan Stefano Casiraghi. Puteri Charlotte berada di turutan ke-sebelas dalam kerajaan Monaco. Wajah manisnya sering dirakam ketika berada di pameran fesyen, pameran seni dan acara menunggang kuda. Beliau juga pernah menghiasi majalah Vogue Paris pada bulan September 2011.

kredit: instagram @istana_negara, astro awani

IKLAN