Setiap insan itu diberi hidayah dalam pelbagai cara. Dan sememangnya hanya insan yang terpilih oleh Allah untuk menerima hidayah dari-Nya. Seperti juga perkongsian seorang gadis mualaf ini yang sudah hampir tujuh tahun memendam rasa ingin memeluk Islam dan akhirnya keinginan itu tercapai.
Menulis perkongsiannya di laman twitter menggunakan akaun nama @neythrose hingga viral, nyata kisahnya ini memang memberi inspirasi kepada mereka di luar sana yang masih belum terlambat untuk berhijrah atau berubah ke arah suatu kebaikan.
Berminat dengan agama Islam sejak tingkatan 1 lagi.
Apa yang menariknya menurut gadis ini juga dia sangat beruntung kerana mendapat sokongan dari ahli keluarga dan insan yang berada di sisinya sepanjang perjalanannya dalam memeluk agama barunya ini.
Selepas tujuh tahun menunggu & turut mendapat sokongan ahli keluarga.
Ads
Sejak tingkatan 1 sudah pendam keinginan dan ketika itu keluarga kata masih muda untuk buat pilihan.
Semuanya bermula dari mimpi hingga ustaz juga meremang dengar cerita ini.
Mimpi nampak seorang perempuan pakai telekung duduk atas sejadah ditemani Al-Quran dalam masjid.
Ads
Mimpi yang cukup indah sebelum terjaga sebab azan.
Rentetan dari mimpi itu tadi akhirnya terus ambil keputusan untuk memeluk agama Islam.
Ads
Netizen minta belajar slow-slow bab syariah termasuk akhlak, pemakaian dan mengaji Al-Quran.
Doakan semoga terus istiqomah.
Besarnya kuasa Allah & tahniah kerana telah temui jalan sebenar.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Demi mencari sesuap nasi dan rezeki, kadangkala seseorang itu perlu berkorban walaupun terpaksa berjauhan dari keluarga pada jarak lebih 1,000 kilometer (KM).
Begitulah halangan yang terpaksa ditempuh guru muda ini yang berasal dari Kedah ini demi berbakti pada negara mendidik anak bangsa.
Justeru, guru muda, Nor Hasnina Hatta, 24 mencipta kenangan indah buat dirinya sendiri, meraikan ulangtahun kelahiran bersama 21 orang anak muridnya. Ekoran tidak dapat pulang ke kempung halaman untuk tujuan itu
Malah, lebih mangagumkan apabila Hasnina yang mahu berkongsi rezeki sanggup memasak sendiri sajian mi goreng lengkap dengan sayur dan protein, khas buat anak didiknya.
“Melihat murid saya menghabiskan mi goreng itu membuatkan saya gembira dan ini cara saya menghiburkan hati apabila jauh daripada keluarga, selain untuk menaikkan semangat.
Bagaimanapun, disebalik ketulusan tindakan itu, Husnina tidak menyangka bahawa anak muridnya telah memberikan kejutan buat dirinya apabila menerima hadiah hari lahir yang cukup bermakna.
“Mereka beri hadiah hari jadi yang paling bermakna antaranya termasuk timun dan rambutan, hasil tanaman keluarga,” ujarnya.
Menurut Hasnina dia ada memaklumkan kepada anak muridnya berkenaan ‘jamuan makan’ itu beberapa hari sebelum melaksanakanya, namun pemberitahuan itu bukan bertujuan agar mereka menyediakan hadiah untuknya.
Hasnina hanya mahu memastikan semua anak muridnya tidak ponteng dan hadir ke sekolah pada hari majlis berkenaan.
“Namun itu hanyalah sekadar gurauan dan saya pesan kepada mereka berulang kali supaya tidak membawa apa-apa.. Hanya datang makan.
“Pada Isnin, hari jamuan itu, murid saya jelas teruja dan gembira melihat bungkusan makanan yang saya bawa. Saya pun seronok tengok reaksi mereka.
“Tak sangka mereka beri hadiah sambil ucap selamat hari lahir. Ada lebih 10 hadiah seperti makanan ringan, keropok, timun, limau dan rambutan,” jelasnya.
Hasnina berkata dia berasa terharu dan menghargai hadiah yang diberikan oleh anak muridnya itu, meskipun bukan hadiah barangan berjenama dan bernilai.
Apa yang penting bagi Hasnina adalah tanda ingatan para pelajarnya itu telah berjaya menyentuh hati dan sanubarinya, sekaligus membuatkan itu hadiah paling bernilai yang pernah diterimanya.
“Murid kelas saya bukanlah daripada keluarga yang senang dan segelintir ibu bapa mereka petani. Itu membuatkan saya terharu dan anggap ini mungkin cara mereka ‘membalas’ masakan saya.
“Walaupun hadiah mereka tidak mahal tetapi saya sangat menghargainya. Timun itu diberikan murid perempuan yang beritahu ibunya sendiri bungkuskan untuk saya dan itu hadiah daripada dia dan ibunya,” katanya.
Terdahulu, Nor Hasnina memuat naik video di TikTok menunjukkan anak muridnya menikmati mi goreng yang dimasaknya sendiri dan dia menerima hadiah hari lahir.
Populariti pelakon, pengacara dan juga usahawan, Neelofa memang tidak dapat disangkal. Malah apa saja yang dilakukan pastinya jadi perhatian. Bukan sahaja cantik tetapi bijak seiring dengan kejayaan demi kejayaan dikecapi. Selain tidak mudah kenal putus asa dan sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu kerja, Neelofa juga turut mementingkan penjagaan diri serta cara pemakanannya. Mengakui tidak menggemari kopi tetapi amat gemar menikmati minuman Frappucino Chocolate Chip di Starbucks. Dan mungkin ini salah satu rahsia kekal cantik, sihat, aktif, dan bertenaga selebriti ini.
Beliau yang ditemui ketika majlis Kempen Khidmat Masyarakat bersama Starbucks berkata memang Starbucks menjadi pilihannya kerana banyak pilihan makanan dan minuman. Tetapi bukan untuk minum kopi sebaliknya dia lebih senang memilih minuman yang menjadi kegemarannya itu sejak dulu.
“Saya paling suka Frappucino Chocolate Chip dan boleh skip my meal untuk menikmati minuman ini.
“Tetapi untuk projek ini, apabila mereka tanya apa minuman saya suka. Dan saya katakan sesuatu yang similar seperti slurpee atau juicer yang sesuai dengan musim panas sekarang. Dan daripada situ terhasilnya dua air yang berbeza,” ujar Neelofa ketika ditemui di majlis berkenaan.
Selain itu dia yang turut menjadi Barista kelmarin berkata cukup teruja untuk menyertai projek CSR ini.
Dalam kempen itu menurut Neelofa bagi setiap pembelian minuman Apricot And Peach Yoghurt Frappuccino atau Ruby Grape Frappuccino, 50 sen dari harga minuman akan didermakan pada badan kebajikan yang akan dipilihnya nanti.
Dia yang lengkap berpakaian seperti Barista ternyata mendapat sambutan menggalakkan dari peminatnya yang tidak lepaskan peluang untuk membeli air berkenaan. Malah netizen turut memuji kecantikannyanya dalam pakaian berkenaan.
Bagi figura berusia 29 tahun ini tetap kelihatan cantik walaupun dalam pakaian apron hijau berkenaan. Malah dia juga antara yang dikenali sebagai seorang selebriti yang bijak bergaya terutama dengan jenama barangan mewah.
Menurut Neelofa dalam hal ini dia tidak pernah mengajar dirinya untuk membeli barangan tiruan dan sentiasa menjadikan barangan idaman satu inspirasi untuk mendapatkannya.
“Dulu masa saya tidak ada duit, saya tak beli dan simpan duit untuk beli. Malah saya sentiasa jadikan barangan yang diidakan sebagai satu inspirasi bahawa satu hari nanti saya boleh beli tanpa fikirkan apa-apa,” katanya berhubung isu berkenaan beberapa artis dan instafamous yang menggunakan barang jenama tiruan.
Walaupun kurang bersetuju dengan tindakan pemilik akaun instagram berkenaan kerana dianggap kasar, tetapi dia bagaimanapun melihat sudah tiba masanya masyarakat menukar cara pemikiran mereka.
“Memang cara mendedahkan itu agak kasar kerana ia memalukan, mengaibkan si pengguna. Tetapi sudah tiba masanya masyarakat kena tukar cara pemikiran.
“Bagi saya kalau anda teringin beli atau pakai barangan berjenama tetapi tidak mampu, jadikan ia sebagai target, kumpul duit dan beli. Bukan guna alasan tak mampu dan beli barangan tiruan atau gred A, gred B dan sebagainya,” tambah usahawan muda ini yang turut berdepan dengan masalah di mana jenama Naelofar Hijab turut betdepan dengan masalah tiruan ini.
Menurutnya mereka masih berdepan masalah ini dan tidak dinafikan berasa sakit hati. Namun ini Naelofae Hijab keluarkan pelbagai koleksi dan mereka (pengeluar tiruan) tidak sempat untuk kejar pengeluaran terkini.
Namun tambahnya lagi, yang salah tetap salah dan beli benda palsu itu adalah perkara yang salah.
Ketahui cara pilih gaya tudung ikut bentuk muka supaya penampilan lebih seimbang, manis dan yakin di Hari Raya. Panduan lengkap kenal 5 bentuk muka wanita.