Baru sahaja melancarkan single raya terbaharunya, Kelepok Raya, Dato Sri Aliff Syukri Kamarzaman menerima kritikan yang bertubi-tubi daripada warganet disebabkan klip musik video tersebut yang seolah-olah mempromosikan budaya songsang dalam masyarakat apatah lagi dipromosikan di bulan yang mulia ini.
Turut tampil sama memberi teguran buat usahawan tersebut adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkenaan isu klip musik video yang tular itu.
Ujarnya, beliau berasa terpanggil bagi mengulas isu berkenaan kerana risau perkara tersebut menenggelamkan semangat umat Islam untuk mengejar rahmat di 10 malam terakhir Ramadan ini.
Ads
Ads
“Saya mengambil maklum ada beberapa video yang tular berkenaan klip video raya yang dimuat naik oleh seorang ahli perniagaan yang tersohor di Malaysia.
“Saya terpanggil untuk mengulas isu ini kerana pada ketika semua umat Islam pastinya berasa teruja untuk mengejar 10 malam terakhir Ramadan untuk mencari sebanyaknya pahala yang Allah tawarkan kepada mereka yang beriman, seolah isu ini saya khuatir menenggelamkan keghairahan umat Islam dalam mengejar rahmat taqwa ini.
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa”
(Surah al-Baqarah: ayat 185)
“Ternyata terdapat perdebatan dan perbincangan yang agak panas di kalangan rakyat Malaysia terhadap klip video ini, yang diringi watak penari yang jauh daripada adab ketimuran dan ajaran Islam, pastinya saya kira kurang sesuai untuk dikaitkan dengan kemenangan umat Islam pada bulan Syawal kelak setelah kita menempuh ujian dan tarbiyah di dalam bulan Ramadan,” jelasnya.
Tambah beliau, di kesempatan ini juga beliau berharap masyarakat akan lebih menjaga sensitiviti dan batasan dalam berhibur khususnya umat Islam.
“Saya cuba untuk mengambil peluang terhadap isu ini dengan mengajak semua rakyat Malaysia dan seluruh umat Islam khususnya untuk kita menjaga sensitiviti kepada perkara yang berkaitan dengan agama dan menjaga batasan terhadap hiburan yang kita mahu tonjolkan kepada masyarakat.
“Apatah lagi negara kita baru nak pulih daripada ingatan Allah terhadap bala COVID19 yg melanda seluruh dunia.
“Peluang dan rezeki yang Allah berikan kepada kita sebagai seorang yang berpengaruh, manfaatkanlah sebaiknya untuk mengajak umat Islam untuk lebih takutkan Allah dan menjauhi tingkah laku yang menjarakkan diri kita dengan ketaqwaan dan redha Allah SWT, lebih-lebih lagi kita berhadapan dengan bulan yang cukup mulia.
“Sebagai tindakan awal, klip video ini telah saya rujuk kepada JAKIM untuk dibawa ke pihak berkuasa,” ujarnya.
Tak mahu masyarakat terus leka, beliau juga turut memberi nasihat yang penuh berhemah agar kita terus teguh berpegang pada ajaran agama yang sebetulnya.
“Nasihat saya, dengan penuh kasih sayang dan cintanya saya kepada insan-insan hebat yang mampu membangunkan ummah agar klip video seumpama ini boleh dikeluarkan daripada disiarkan dimana-mana platform media, atau ianya boleh di ‘private’kan hanya untuk tatapan peribadi empunya video.
“Saya yakin ianya mampu memberi jiwa yang besar dan hati yang lebih lapang jika kita patuh pada ajaran dan nilai agama yang tidak rugi pun jika kita menturutinya, malah insyaAllah Allah akan melapangkan lagi rezeki kepada kita atas patuhnya kita kepada Allah SWT.
“Dalam masa yang sama, saya seru untuk semua rakyat Malaysia agar sentiasa berhati-hati dan cakna terhadap perkara yang boleh menyentuh sensitiviti agama yang makin baik dikalangan rakyat Malaysia.
“Sekali lagi, dengan penuh rendah diri dan kasih sayang saya kepada semua saudara seislam, moga nasihat ini adalah kerana Allah, dan biarlah Allah sahaja yang menentukan segala aturan kebaikan kepada hamba-Nya.
“Jika ada peluang, mungkin saya boleh bertemu mata bersama dengan empunya video ini sebagai tanda ingatan dan ukhwah sesama Islam, dan mungkin banyak perkara yang boleh dikongsi bersama dalam pertemuan ini. InsyaAllah,” tambah beliau.
Ads
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Lailatul qadar bermaksud malam yang memiliki keagungan kerana Al-Quran diturunkan pada malam berkenaan.
Pada malam itu juga, Allah SWT menurunkan pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan penuh khusyuk serta berdoa penuh keikhlasan.
Malaikat turut turun bersama membawa berkat dan rahmat Allah SWT yang dikhaskan untuk malam itu.
Selain itu, Al-Qadr juga membawa maksud ‘penetapan’. Pada malam itu, berlaku penetapan segala urusan hamba-Nya yang bakal berlaku pada tahun berikutnya.
Ingatlah, Allah SWT menjanjikan sesiapa yang beribadat bertepatan dengan malam Al-Qadr, maka dia akan diberi ganjaran pahala melebihi ibadat yang dilakukan selama 1,000 bulan.
LAILATUL QADAR UNTUK SESIAPA SAHAJA YANG BERUSAHA
Setiap dari kita amat berharap untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar kerana banyak kebaikan di dalamnya. Bagaimanakah ciri orang yang akan mendapat Lailatul Qadar?.
Berikut adalah 3 Ciri orang yang mendapatkan lailatul Qadar dikutip dari berbagai sumber.
1. Orang yang mendapatkan Lailatul Qadar akan lebih berusaha mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.
Kebaikan yang didapat dari malam Lailatul Qadar bila didapatkan oleh orang yang ikhlas beribadah kepada ALLAH, setelah Lailatul Qadar orang itu akan sentiasa selalu berusaha terbaik dimata ALLAH dan berbuat baik sesama umat muslim. Dia juga akan selalu mengerjakan perintah ALLAH SWT.
2. Orang itu akan takut dengan dosa
Keberkahan orang yang mendapat dari malam Lailatul Qadar ialah dia akan takut dengan perbuatan dosa. Semua perbuatan yang menghasilkan dosa dia akan jauhkan. Sebab sebagaimana yang diketahui bahwa perbuatan yang menghasilkan dosa sangat tidak disukai oleh ALLAH SWT.
3. Orang yang mendapatkan dia selalu ingin beribadah dan merasa sangat kurang dalam hal beribadah.
Orang yang mendapatkan malam yang lebih baik dari seribu bulan itu akan sentiasa menjalankan ibadah 5 waktu dan juga menjalankan sunnah-sunnah nabi Muhammad SAW sebab dia akan selalu merasa sangat kurang ibadahnya.
Tidak ada amalan khusus untuk mendapatkan Lailatul Qadar. Hakikatnya Lailatul Qadar itu untuk SESIAPA sahaja yang berusaha untuk memberikan commitment untuk berjaga malam pada 10 malam terakhir Ramadan dan clue yang diberikan oleh Rasulullah Saw adalah pada malam-malam ganjil.
Jadi pada malam-malam ganjil pada 10 malam yang terakhir Ramadhan nanti, bangunlah pada jam 2.00 pagi, sama ada kalian memperbanyakkan solat atau membaca Al Quran atau berzikir sehingga waktu sahur. Kejarlah Lailatul Qadar semasa masih ada kesempatan ini.
Sebagai wanita kita tidak pernah lari dari mengalami masalah keputihan. Kadang-kadang keputihan ini buat kita rasa tidak selesa lebih-lebih lagi jika mahu solat. Jadi ramai yang tertanya-tanya apakah keputihan ini dianggap najis dan bolehkah ia membatalkan wuduk hingga menjejaskan solat kita.
Ini jawapan Ustaz Azhar Idrus berhubung permasalahan ini.
Hukum keputihan yang biasa dialami oleh wanita adalah seperti berikut :
1. Apabila cairan tersebut keluar dari mulut faraj yang zahir maka hukumnya suci. Ia tidak membatalkan wuduk.
2. Apabila cairan tersebut keluar dari dalam faraj tetapi dari kawasan yang dikira zahir, maka hukumnya suci menurut pendapat yang paling sahih. Ia juga tidak membatalkan wuduk.
3. Apabila cairan tersebut keluar dari bahagian batin faraj, maka hukumnya najis dan menyebabkan batalnya wuduk.
Antara punca terjadinya keputihan ialah sebab Menopause, ubat penyubur kehamilan, kesan yang berpunca dari rahim, seluar dalam yang ketat, setengah sabun pembersih vagina dan stress.
Dipetik dari Kitab :
Hasyiyah I’anatut Tholibin & Hasyiyah Al-Jamal Ala Syarah Al-Manhaj
Dahulu nama Nor Eleena Hamzah atau nama pentasnya Eleena Sui sempat memuncak ketika memegang watak antagonis Inara dalam sebuah drama fenomena ‘Suri Hati Mr.Pilot’ bersama Neelofa dan Fattah Amin.
Namun, semenjak melangsungkan perkahwinan bersama jejaka pilihan yang juga seorang peguam, Ahmad Faisya Mohd Bustamam pada 4 Februari 2017. Perjalanan karier seni, bekas model dan pengacara program hiburan Hlive itu dilihat mulai perlahan.
Malah, apa yang membuatkan peminat terkejut dalam masa sama teruja dan gembira apabila tahun lalu, Eleena berkongsi sebuah berita gembira menerusi laman Instagramnya dengan memuatnaik sebuah video memperlihatkan perjalanan serta momen bahagia dalam hidupnya termasuk detik penghijrahannya mengenakan hijab.
Sebuah portal infortainment, turut melaporkan bahawa ibu kepada seorang cahaya mata perempuan itu kini sudah berhijab sepenuhnya dan masih kekal istiqamah sehingga kini sejak setahun setengah yang lalu.
Sepanjang tempoh berkenaan, Eleena tidak henti-henti memohon agar orang ramai terus mendoakan dia agar kekal istiqamah dan terus patuh pada perintah agama.
“Saya berharap agar Allah SWT dapat terus memberi petunjuk dan merahmati perjalanan berhijab saya. Semoga Allah kurniakan istiqamah dan kesabaran di dalam kisah hijrah saya”, ujarnya.
Menurut pelakon berusia 31 tahun ini, dia kini sedang dalam fasa memperkukuh ilmu agama dan menyesuaikan diri dengan cara hidup yang lebih baik meskipun sedikit sukar.
Mengintai ruangan komen hantaran-hantaran Eleena yang terbaru, dilihat ramai peminat dan rakan-rakan artis mendoakan serta memberika kata-kata semangat kepada Eleena.
HIJABISTA juga mendoakan agar segala urusan Eleena Sui dipermudahkan dan semoga kekal istiqamah.
Sekadar info, dilahirkan dalam keluarga campur dimana ibunya berbangsa Cina dan bapanya yang berbangsa Melayu, Eleena Sui merupakan seorang model, pengacara dan pelakon wanita Malaysia.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.