Mati itu pasti dan setiap orang pasti akan mengalaminya. Tentunya anda mahu meninggal dunia dalam keadaan yang baik dan husnul khatimah. Namun, hanya insan terpilih sahaja akan meninggalkan dunia dalam husnul khatimah, bergantung kepada amalan semasa hayatnya.
Baru-baru ini, viral di media sosial tentang pemergian seorang gadis bernama Andi Aisyah Bahar, 22 tahun. Walaupun dia bukan dari kalangan selebriti ternama, tetapi ia cukup memberi kesan yang mendalam kepada netizen.
Apa yang menarik perhatian adalah Aisyah telah meninggal dunia ketika sedang membaca ayat suci Al-Quran. Menurut laporan sebuah portal media Indonesia, Liputan 6, bapa Aisyah, Andi Bahar telah memaklumkan bahawa ketika itu anaknya sedang membaca surah Al-Mutaffifin selepas selesai menunaikan solat Subuh.
Ads
“Malam sebelum meninggal, Aisyah telah bangun menunaikan solat sunat. Dia juga sempat bersahur untuk berpuasa kerana sudah menjadi kebiasaan untuk dia berpuasa pada setiap hari Isnin dan Khamis,” kata Andi sambil memberitahu anak kelimanya itu tidak pernah menunjukkan tanda-tanda tidak sihat.
Malah menurut Andi, Aisyah ada juga meminta ayahnya itu menemaninya membaca Al-Quran untuk memperbetulkan bacaan tetapi sebelum ini dia tidak pernah berbuat demikian. Belum sempat dia menghabiskan bacaan surahnya itu, dia telah menghampiri dan memeluk ayahnya, meminta untuk membimbingnya mengucap dua kalimah syahadah. Kemudian, dia terus meninggal dunia.
Ads
Tambah bapanya lagi, dia pernah mengadu sakit kepala beberapa kali tetapi disahkan sihat oleh doktor. Sebelum ini, dua abang Aisyah iaitu Andi Ibrahim dan Andi Asri telah meninggal dunia ketika sedang beriktikaf di masjid pada tahun 2009 dan 2011. Allahuakbar, beruntungnya mereka…
“Kami redha. Mereka dipanggil balik dalam keadaan yang sangat baik,” kata Andi Ratna.
Ads
Aisyah merupakan graduan lulusan pertanian dari Universiti Hasanuddin telah selamat dikebumikan pada petang Khamis di tanah perkuburan Lembaga Dakwah Islam Indonesia yang terletak tidak jauh dari rumahnya.
Hijabista ucapkan takziah buat keluarga arwah Aisyah. Semoga rohnya dicucuri Allah dan tergolong dalam golongan yang beriman, insyaAllah.
Selain pengacara popular Jihan Muse yang selamat melahirkan bayi lelakinya malam tadi, presenter di TV Al-Hijrah dan personaliti Farahanim atau mesra dipanggil Anim juga selamat melahirkan bayi kembarnya. Anim mengucapkan syukur kepada Allah atas kurniaan rezeki dan turut memberitahu kedua-dua bayinya sihat dan sempurna. Posting yang dimuat turun di laman instagramnya mendapat ucapan tahniah dari kenalannya termasuk beberapa selebriti popular seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Apa yang seronoknya apabila sudah mengetahui bakal melahirkan cahaya mata perempuan, jadi segala persiapan termasuk baju dan kelengkapan lain lebih terarah kepada bayi perempuan.
Bukan itu sahaja persediaan yang dilakukan Anim. Dia juga turut mengikuti kelas mengenai cara breastfeeding serta soalan berkisar tentang penjagaan ibu dan bayi. Segala persoalan yan tidak difahami dilontarkan pada konsultan bertauliah dalam kelas yang dihadiri.
Selain itu, Anim juga turut mempratikkan amalan yang baik kepada bayi kembarnya. Sejak dalam perut lagi menurut Anim dia sudah memperdengarkan bacaan ayat Al-Quran dengan hanya melekatkan sejenis alat pada perut.
Hijabista mengucapkan tahniah atas kelahiran bayi kembar ini dan semoga sihat dan ceria menjalani fasa baru sebagai ibu muda.
Ternyata bukan mudah persediaan untuk menjaga anak kembar. Persediaannya sekali ganda berbanding melahirkan seorang anak. Kami kongsikan panduan menjaga anak kembar yang dikongsi dalam facebook Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Comel.
Masa menyusu Sebenarnya tidak sukar menyusukan si kembar serentak tetapi lebih baik jika setiap orang mempunyai waktu menyusu yang khusus supaya setiap kembar mendapat perhatian sama.
Cara pertama: Peruntukkan 10 minit bagi setiap seorang iaitu selepas menyusukan kembar pertama selama 10 minit, susukan pula kembar kedua selama 10 minit dan ulangi cara ini selama sejam atau sehingga si kembar kenyang.
Namun, jangka masa penyusuan bergantung kepada keperluan bayi anda. Jika kembar yang kuat menyusu mungkin waktu yang diperuntukkan perlu ditambah hingga 15 minit atau setengah jam setiap seorang.
Bagaimanapun, jangan sesekali mengamalkan tabiat menyusukan si kembar hanya apabila mereka menangis kerana ini akan menyukarkan anda untuk melayan kerenah kedua-duanya secara serentak.
Cara kedua: Menyusukan kembar pada waktu berasingan. Kaedah ini boleh diamalkan kerana ada pasangan kembar yang mempunyai keperluan susu dan waktu tidur yang berbeza.
Misalnya, kembar pertama mungkin kurang menyusu tetapi kuat tidur manakala kembar kedua, kuat menyusu tetapi kurang tidur. Di sekitar tempat tidur pula, letakkan semua peralatan seperti lampin, susu, sarung tangan, seluar, sarung kaki, kelambu dan peralatan membancuh susu berdekatan.
Mandi Jangan mandikan si kembar serentak jika anda bersendirian. Anda boleh mandikan kembar pertama ketika kembar kedua sedang tidur.
Jika bayi kembar anda sudah boleh duduk, mungkin boleh mandikan mereka bersama tetapi jangan sesekali meninggalkan kembar berseorangan dalam besen mandi ketika anda mengelap kembar pertama.
Pakaian Elakkan daripada terlalu kerap menukar pakaian bayi. Satu lagi, jangan biasakan diri terlalu memikirkan pakaian apa yang perlu dipakai – bereben, berenda, seluar panjang atau pakai baju yang serupa corak dan warnanya. Asalkan ia bersih dan selesa, jangan bimbang.
Jus buah-buahan yang segar memang enak jika diminum beramai-ramai apatah lagi jika ia dibuat sendiri di rumah. Siap boleh tambah apa sahaja bahan yang anda mahukan seperti coklat, madu atau sebagainya.
Paling penting, anda dapat berjimat kerana kosnya lebih murah berbanding jika anda minum di kedai. Seronoknya jika dapat dinikmati bersama keluarga, lagi-lagi pada waktu panas dan diminum sejuk-sejuk. Fuh, memang nikmat!
Wanita bernama Lin Chalo ini telah berkongsi resepi jus avokado super creamy yang memang ‘yummy’. Tengok gambar pun dah tahu memang sedap. Jom kita lihat kebaikan jus ini serta cara-cara membuatnya. Esok pun cuti kan, boleh la buat di rumah!
Jus alpukat yang digilai satu keluarga.
Beli buah avocado pastu buat sendiri.
Anggaran untuk 6 orang.
InsyaAllah akan dapat jus alpukat yang creamy dan sedap. Jangan la kata mahal. Kalau beli kat Wong Solo 1 gelas tu dah hampir RM10 kannnn. Pastu dah kurang fresh sebab dorang dah buat siap-siap.
Avocado ni adalah salah satu buah yang sangat kaya dengan mineral dan vitamin. Antaranya ada magnesium, omega 3, leutin, vitamin C, K. Ada folate sangat bagus untuk mommy & baby.
Biasanya usaha untuk menurunkan berat badan hanya berlaku pada sebelah pihak sahaja. Dan kaum wanita memang paling teruja untuk menurunkan berat badan dengan mengamalkan pelbagai cara. Tetapi perkongsian Rabiatul Yusuf dari Kelab Diet Kalori (Malaysia) di mana dia suami isteri yang sama-sama berazam untuk menguruskan berat badan.
Diet dilakukan bermula Julai 2016 dan daripada tempoh itu kedua-duanya berjaya mendapat berat badan ideal. Bagi si isteri, dari berat 105 kilogram berjaya menurunkan sehingga 67 kilogram. manakala suaminya pula dari 90 kilogram berjaya mendapat berat 60 kilogram.
Apa yang dilakukan pasangan ini hanyalah dari segi menjaga diet pemakanan dengan begitu berdisiplin. Menurutnya tidak kisah jika berat turun sedikit tetapi dalam tempoh setahun akan nampak hasil yang tidak mengecewakan. Dia juga turut menyarankan usaha menurunkan berat badan menjadi lebih mudah jika dilakukan bersama pasangan.
Ikuti perkongsian menu diet pasangan suami isteri ini. Admin memang salute melihat kesungguhan dan hasil yang ditunjukkan terutama isteri. Memang kelihatan perubahan cukup ketara.
Hari ni nak share sikit tentang perjalanan diet saya suami isteri
Permulaan diet just control makan dan totally cut air manis.Setiap pagi jalan kaki lebih kurang 8-10 km.
Pada saya proses turunkan berat badan lebih mudah jika kita buat bersama partner ( husband /wife), (kawan baik), (ibu /anak) sebab boleh motivate each other
Yang paling penting sekali jangan give up walaupun berat kita turun sikit sangat.Macam saya average turun dlm 3 kg je per month.Hari ni kita gagal esok kita try lebih baik.Dalam setahun InshaAllah boleh nampak hasilnya.Memang lama, sebab kita kalau boleh esok jugak nk kurus betul tak hehe
Pagi : makan buah/ scramble egg/oat
Tengahari : nasi campur/subway/Kenny rogers/pasta
Malam : buah/ roti peanut butter
Air +/- 3 litre
Snacking : greek yogurt/ nuts
Diet kalori memang the best sebab takde istilah cheating kan..pandai2 lah adjust kalori makanan sendiri..
Saya belum achieve target lagi sebab nak berat 48 kg.Husband dah achieve
Sekian sahaja perkongsian dari saya.Harap bermanfaat
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!