Setelah sekian lama, filem Top Gun yang sentiasa menjadi bualan ramai lakonan aktor kacak, Tom Cruise kini kembali dengan kisah terbaharu Top Gun: Maverick.
Selepas lebih 30 tahun berkhidmat sebagai salah seorang penerbang terkemuka Tentera Laut, Pete “Maverick” Mitchell kembali menggalas tugasnya sebagai juruterbang yang berani dalam menangani segala masalah dan rintangan.
Melatih orang baru untuk tugasan khas, Maverick terpaksa berhadapan dengan kisah masa lalu dan ketakutannya yang paling mendalam dan memuncak sewaktu dalam misi yang menuntut pengorbanan muktamad daripada mereka yang memilih untuk memperjuangkannya.
Ads
Diarahkan oleh Joseph Kosinski, filem ini turut dibintangi oleh Miles Teller, Val Kilmer, Jennifer Connelly dan ramai lagi barisan pelakon handalan Hollywood.
Mahu jadi antara yang terawal menontonnya? Jawab saja soalan mudah di bawah ini bagi memenangi pas eksklusif tayangan perdananya bersama Hijabista!
Ads
Semoga berjaya!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Nama Ariani Nisma Putri atau Putri Ariani pernah menjadi fenomena apabila tular klip video memaparkan dirinya, seorang gadis istimewa berasal dari Indonesia yang berjaya memberikan persembahan memukau dalam siri realiti televisyen America’s Got Talent (AGT).
Putri Ariani berjaya membuktikan kelainan upaya yang dimiliki bukanlah halangan untuk dirinya menempa kejayaan di persada antarabangsa.
Nama-nama besar seperti David Foster, Ronan Keating, Peabo Bryson dan Leona Lewis pernah berkolaborasi dengan gadis berusia 18 tahun ini.
Terbaharu, Putri Ariani mengumumkan dia bakal mengeluarkan video persembahannya bersama pemuzik kelahiran United Kingdom, Alan Walker dan penyanyi Peder Elias.
Menerusi muat naik di Instagramnya, Putri Ariani telah menyiar semula posting Alan Walker yang memaparkan foto dirinya bersama dua pemuzik terkenal itu.
Kita mesti biasa dengar mengenai mitos-mitos mengenai kesihatan yang sering kita anggap benar. Sebab semua orang percaya akan mitos itu, maka kita pun tanpa usul periksa ikut sahajalah apa yang disampaikan itu. Entah betul entah tidak.
Menjawab segala mitos kesihatan mengarut melalui instastory, doktor tersohor, Dr. Amalina Bakri memberikan penerangan yang ringkas namun jelas kepada semua agar tidak terpengaruh lagi dengan perkara-perkara yang tidak benar.
Moga lepas baca penerangan daripada Dr.Amalina ini, kita tidak akan terpengaruh lagi dengan benda-benda karut yang akhirnya memberi kesan buruk pada diri sendiri. Ingat ya girls, kaji dulu sesuatu sebelum melakukan sesuatu!
Orang cantik pakai apa pun cantik! Pelakon Hannah Delisha, pakai kostum karakter ‘superwoman’ versi muslimah pun tetap nampak menawan. Rupa-rupanya gelagat Hannah ini menjayakan aksi ‘terbang’ dalam iklan raya yang sibuk diperkatakan.
Baru sehari ditayangkan dengan 481 k tontonan dan 10k tanda suka, iklan raya bulan bintang ramai yang memuji iklan ini, level level iklan TNB! Rata-rata pujian daripada netizen apabila jenama fesyen Bulan Bintang berkongsi video promosi terkini mereka menampilkan pelakon seperti Hannah Delisha, Syukri Yahya, Beto Kusyairy dan Shanaz Ahmad yang sedang hangat diperkatakan di laman sosial.
Suntingan yang mendapat pujian ramai, video yang dihasilkan sempena pelancaran koleksi baju Melayu Bulan Bintang Teluk Belanga yang menampilkan Beto sebagai duta. Pengasas Bulan Bintang sendiri akui idea untuk ambil inspirasi filem Mat Kilau terlintas ketika sedang bergurau bersama rakan.
“Idea asal video ini bermula dengan aku main-main sahaja cakap dengan rakan, “Jom buat video Mat Kilau-inspired untuk launch Bulan Bintang Teluk Belanga”.
“Akhirnya, dah boleh release videonya. Aku harap korang enjoy video ini, as much as I do. Paling suka babak akak promoter tu,” kata Azzim Zahid Azmi.
Rata-rata netizen memberikan tindakbalas positif terhadap video kempen terbabit serta memuji kualiti video berkenaan yang setaraf filem sebenar. Begitu juga dedikasi pasukan Bulan Bintang yang tidak memilih marketing murahan untuk melariskan jenama mereka.
Pada mulanya pengikut heroin drama Andai Itu Takdinya terhibur melihat gelagat Hannah ketika mahu menjayakan aksi ‘terbang’. Apatah lagi karektornya di dalam video yang menjadi dara pujaan kampong.
Hannah berpakaian sebegitu demi memenuhi tuntutan penggambaran iklan jenama pakaian, Bulan Bintang. Menurutnya jua, itu kali pertama dia membawakan karakter ‘superwoman’ sepanjang enam tahun dalam dunia lakonan sejak 2017. Tetap cantik, meskipun tampak lucu!
Selain dari mempromosikan jenama pakaian, Bulan Bintang bijak menyelitkan mesej. Antara soloroh dan jenaka dalam karektor tersirat beberapa mesej yang boleh diguna pakaikan kita untuk kekalkan perpaduan antara satu sama lain.
“Raya bermakna kerana keikhlasan di terima”, ramai pula meminta ada sambungan iklan next level ini.
Bulan Bintang punya iklan raya, lain macam weh level dia. Dah tahu dah tahun depan nak tunggu iklan siapa. Power! 🥹🔥 pic.twitter.com/IhK1Y4kHkf
Ketahui cara pilih gaya tudung ikut bentuk muka supaya penampilan lebih seimbang, manis dan yakin di Hari Raya. Panduan lengkap kenal 5 bentuk muka wanita.