Menangi Pas Percuma Ke Tayangan Perdana MARRY ME Bersama Hijabista!

Share

Adakah anda peminat Jennifer Lopez yang sinonim dipanggil J.Lo? Jika jawapannya ‘ya’, anda wajib menonton filem terbaharu lakonannya ini iaitu Marry Me!

Bakal ditayangkan pada 10 Februari ini, Marry Me mengisahkan tentang bintang pop terkenal, Kat Valdez bakal berkahwin di hadapan peminat setianya.

Bagaimanapun, beberapa saat sebelum majlis itu, dia mengetahui bahawa tunangnya telah curang dan terus mengalami gangguan emosi.

Dalam detik yang sungguh cemas itu, Kat telah melakukan sesuatu yang ‘gila’ apabila dia terus menyatakan mahu berkahwin dengan salah seorang peminatnya yang berada di bawah pentas selepas bertentang mata dengannya.

Bolehkah mereka hidup bersama dan mendapatkan cinta sejati meskipun datang dari dua dunia berbeza? Itu semua anda haruslah ketahuinya sendiri melalui filem komedi romantik ini!

Turut dibintangi oleh Owen Wilson, Maluma, Chloe Coleman serta ramai lagi, anda boleh memenangi pas tayangan perdana ke filem arahan Kat Coiro ini bersama Hijabista. Jawab sahaja soalan mudah di bawah ini untuk mendapatkannya.

IKLAN